LAGI KESAH
MELAYU
Cherita ini bukan jenis dongeng Neil Armstrong masuk Islam tapi cherita benar yang berlaku kepada abang saya pada 8hb March tahun 1971.Abang Kam semasa itu merantau tugas di Dungun, Trengganu dan lebeh kurang jam 1100 pagi berkunjong ke dewan orang ramai.Ada siaran terus menerus perlawanan boxing antara Muhammad Ali dengan Joe Frazier.
Keadaan dewan riuh rendah dan zaman itu berapa kerat sahaja yang ada..
TV.Seluruh pekan berada di dewan orang ramai hingga para nelayan pun tak ke laut.
Abang Kam telah menoleh ke belakang dan bertanya seorang budak berumur sembilan tahun.Berikut ada lah dialognya..kurang lebih:
Abang Kam: Awang weh.Mu tahu ke sapa belawang ni?
Awang: Tahu aahh. Mamat Ali lawang Jo Prezar.
Abang Kam : Awang weh.... Mu nak suroh saper menangg?
Awang : Mamat Ali aahh!
Abang Kam : Bak per mu nak suroh Mamat Ali menang? Bak per mu tak mmbohh Jo Prezar menang?(translation: Sebab apa awak mau Muhammad Ali dan tak mahu Joe Frazier menang?)
PS...Tahukah para pembacha TT yang budiman apa kah nama Islam peninju Mike Tyson setelah dia memelok Islam??? Kantoi! Semua tak tahu. Jawaban nya MUHAMMAD BIN MUHAMMAD TAIB kAH KAH KAH
--------------------------
1 ulasan:
Terima kasih....Ha.ha.a. .
Jenaka ..dalam duka. .. (tukar angin sementara.....sambil
menunggu ..rebut melanda)
Catat Ulasan