Selasa, 26 September 2017

KESAH DOBI YANG SUCI



INI DOBI

YANG SUCI

DAN BERSIH

Jika TT  kerap mengagongkan pejuang pejuang kebangsaan saperti Mat Indera,Ishak Hj Muhammad,Ahmad Boestaman,Chin Peng dll,.kesah Kedai Dobi di Muar itu menusok hati saya untok mencherita kesah pembunohan di Sibu, Sarawak tanggal 3hb December 1949.

Rosli Dhobi yang belum menchechah umor 18 tahun bersama rakan2 seperjuangannya Morshidi Sidek,Awang Ramli Amit Awang Matsaruddin dan Bujang Suntong telah membunoh Governor Sarawak Kedua , Sir Duncan Stewart.

Rosli Dhobi dan rakan2 nya merupakan ahli Gerakan Anti Penjajah.

Kesemua mereka digantong di Penjara Pusat Kuching pada 2hb March 1950 dan di tanam tanpa nesan di perkarangan penjara kerana British kwathir mereka akan dijadikan martyr perjuangan anti kolonial Sarawak.

Alhamdulillah 46 tahun kemudian Kerajaan Sarawak pada 2hb March 1996 menyemadikan jasad2 Rosli Dhobi dan ketiga tiga pejuang Sarawak ini di Makam Pahlawan  Sarawak bersebelahan Masjid Sibu dan di berikan penghormatan negeri atau  State Funeral.Chebisan jasad 2 mereka dibaluti Bendera Negeri Kenyalang itu sesuai dengan pesanan atau wasiat terakhir Rosli Dhobi.

Ada banyak persoalan mengenai  kesah  ini,. Bagaimana Rosli  Dhobi di gantong walaupun  dibawah umor.Penjajah kata tak apa sebab masa di gantong umornya telah melewati 18 tahun. Mengapa Sarawak tak minta ganti rugi Crime Against Humanity chontohya, Adakah keempat empat pejuang ini di berikan penghormatan berterusan yang setimpal..chontohnyaa nama2 jalan,sekolah dsbnya.Adakah keluarga mereka dibantu?

Walau apapun Rosli Dhobi dan  ketiga tiga rakan nya adalah Wira Negara dalam ertikata sebenar. Semoga Allah swt menchuhuri rahmat ke atas roh2 mereka. Al Fatihah.




-----------------

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bagus coretan ini Tok TT...

Tanpa Nama berkata...

Bank islam & tabung haji pun tak soal duit tu dr halal atau sebaliknya. Duit tabung haji yg hampir 100% halal pun kena rembat oleh manusia yg kononnya nak diri tu amal sunah nabi.....