MANA ILANG
TOK IMAM
ALIM ULAR MAK
TOK MUFTI
SEMUA
SEMUA
SENYAP MENIKUS
Kitaran putar belit dobi
MEMEGANG kedudukan tinggi di Malaysia bukanlah jaminan akan ada bistari akal atau kebijaksanaan. Isu dobi untuk orang Islam sahaja adalah bukti terbaik.
Apabila Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar masuk campur dalam isu dobi untuk orang Islam sahaja, baginda tidak bertindak begitu kerana ia melanggar undang-undang.
Tuanku Sultan bertindak begitu kerana baginda faham bahaya polarisasi dan perpecahan yang akan timbul dalam persekitaran keji “kita berbeza daripada mereka”.
Baginda faham yang entiti perniagaan adalah salah satu kategori yang boleh membentuk pandangan bagaimana kita melihat satu sama lain.
Dengar sahaja apa yang dititahkan baginda kepada pelajar di Johor tentang menghentikan operasi dobi itu di negeri itu kerana ia menggambarkan gaya hidup Islam yang ekstrem.
“Pemikiran yang sempit ini bukanlah cara masyarakat Islam di Johor.
"Sebagai contoh setiap orang ada membawa duit kertas yang telah bertukar-tukar tangan. Duit yang sama juga mungkin dipegang oleh penjual babi, penjual arak dan mungkin terkena najis-najis berat. Adakah selepas ini kerajaan kena pula mengeluarkan duit yang mesra Muslim? Saudara fikirlah sendiri,” titah Sultan dalam satu ucapan disiarkan di Facebook.
“Perkara ini tidak akan berakhir. Kalau semua sudah tak boleh, maka nasihat saya lebih baik hidup seorang di dalam gua dan tak perlu hidup bermasyarakat,” titahnya dan menambah sudah menjadi tanggungjawab baginda selaku ketua agama Islam negeri bagi mengekalkan keamanan dan perpaduan masyarakat pelbagai kaum berlainan agama di Johor.
“Oleh itu, apa jua perkara yang saya rasa boleh membawa kepada perpecahan akan diambil tindakan dengan segera,” titahnya lagi.
Tetapi kini, kita ada seorang bekas ketua hakim negara yang turut mahu mengulas isu itu dan menawarkan pendapatnya menerusi lidah rasmi PAS, Harakahdaily, dengan mengatakan pemilik dobi itu tidak melanggar mana-mana undang-undang dengan menubuhkan perniagaan hanya untuk orang Islam.
Pemilik dobi itu mungkin tidak melanggar mana-mana undang-undang tetapi individu seperti Abdul Hamid Mohamad, seorang bekas ketua hakim negara nampak gayanya terlupa soal bistari akal dan kebijaksanaan.
Sejak mula lagi, isu itu bukanlah soal undang-undang. Ia soal apa yang betul dalam sebuah masyarakat pelbagai kaum dan agama seperti Malaysia; soal menyuburkan perpaduan dan bukannya mencipta lebih banyak perpecahan dan pengasingan.
Jika seorang bekas ketua hakim negara pun gagal memahami konsep semudah itu, apa lagi rakyat Malaysia boleh harapkan kepada mereka yang masih berkhidmat dalam kerajaan. Adakah kita semua perlu bergantung hanya kepada kebijaksanaan dan semangat keadilan Raja-Raja Melayu?
Jika itulah yang sebenarnya berlaku, apa guna ahli politik yang berdegar-degar bercakap soal perpaduan dan muhibah tetapi gagal memastikan konsep itu diterapkan dan dilaksanakan dan bukannya sekadar impian atas kertas sahaja?
Masih ada orang yang memutar belitkan isu dobi itu sedangkan ia adalah isu ketaksuban agama dan kaum yang sepatutnya tidak patut berlaku di Malaysia.
Nampaknya yang faham, tahu dan bijak memikirkan isu ini hanyalah Raja-Raja Melayu dan rakyat jelata berbanding mereka yang memegang kepimpinan tertinggi kerajaan. – 16 Oktober, 2017.
MANA
ILANG
AJEN
SYURGA
KAH KAH
-----------------------
3 ulasan:
ajen 'james beruk' dah kalah?
ke
dah lari lintang pukang?
HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR
Undang undang bukan segala segalanya
Bekas chip hakim dah join parti dobi ugama. Parti dobi ugama di control oleh para lebaian. Jadi kalau bekas chip nak naik jadi calong pru14, bekas chip kena la tunjuk sifat kelebaian jugak baru boleh geng dengang ugamawang eh ugamawan!
Catat Ulasan