Rabu, 25 Oktober 2017

PAK PANDIR CARI PEGUAM










PAK PANDIR

BILA NAK 

GI LONDON

CARI 

PEGUAM?



Laporan-laporan tersebut dibuat susulan dua tulisan Raja Petra bertajuk “Strong Rumours Surrounding the AG: Part 1 and Part 2” yang terbit di blog Malaysia Today pada Jumaat dan Ahad.

Antara dakwaan yang dilemparkan oleh Raja Petra terhadap Apandi ialah kononnya peguam negara itu meminta RM4 juta daripada seorang ahli perniagaan China, yang dirujuk sebagai "rakan kongsi perniagaan" Sultan Johor, berhubung satu kes yang memihak kepadanya.

Raja Petra juga menulis tentang kononnya sebuah pertemuan pada 2015 antara hakim-hakim kanan — bekas Ketua Hakim Negara, Arifin Zakaria; Ketua Hakim Negara, Md Raus Shariff dan Presiden Mahkamah Rayuan, Zulkefli Ahmad Makinudin – dengan seorang ahli politik kanan bagi membincangkan dakwaan menjatuhkan kerajaan.

Apandi menafikan dakwaan Raja Petra mengenai rasuah dan kononnya bagaimana beliau mendapat jawatan peguam negara dalam tulisan-tulisan itu dan mengatakan beliau akan saman Raja Petra "sampai ke akhirat".

“Serius saya akan saman dan saya sedang berunding dengan peguam di UK. Ini tidak lain hanya berita palsu yang dibuat dengan niat jahat," kata Apandi seperti dipetik oleh media.

Raja Petra menyerang dengan tulisannya yang kedua dengan bertanya bahagian manakah yang palsu dalam tulisan.

"Banyak yang disentuh dalam tulisan itu, jadi Apandi perlu jelaskan yang mana yang palsu kalau dia rasa itu palsu," kata penulis blog itu.
– 25 Oktober, 2017.



DI SOHO

BANYAK

PEGUAM

KAH KAH

KAH KAH





--------------------

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Peguam kat london tu melayu islang ke..tak pon peguam pas pis pus kot..pak pandir dapat saranan kalau nak saman afdhal saman selasa depan..

Tanpa Nama berkata...

tunggu donation masuk dulu

ke

tunggu donation diproses?