Ahad, 15 Oktober 2017

UNTUK PEMBACA TUKAR TIUB








MARI KITA

BERSMA  BANTU

MANUSIA  YANG

BAIK HATI

Doktor Melayu dan anjing berkaki tiga

SAAT Dr Taqiyudin Zainal bertemu dengan BJ, anak anjing itu hanya mampu menyalak meminta tolong kerana terperangkap di dalam longkang, setahun lalu. 

Kini BJ, anjing berkaki tiga ini menjadi anjing kesayangan doktor haiwan muda atau Dr Taq, pemilik Taqwa Animal Shelter di Kampung Sijangkang, Teluk Panglima Garang, Selangor. 

Kata Dr Taq, kaki BJ terpaksa dipotong dalam pembedahan waktu itu kerana kaki kanannya yang patah akibat langgar lari. 

“BJ dilanggar kenderaan dan saya jumpa dia dalam longkang. Dia tidak mampu bergerak kerana patah kaki kanan. Kemudian saya rawat dia tetapi kakinya terpaksa dipotong kerana sudah dijangkiti kuman,”katanya yang menjumpai BJ setahun lalu. 

Seperti kebiasaan, haiwan yang diselamatkan akan dipulangkan ketempat asal namun berlainan bagi BJ yang berpatah balik mencari Dr Taq. 

“Dua kali saya hantar dia di tempat asal. Jauh juga dalam 5 kilometer dari kampung saya. Kawasan saya letak betul-betul dekat tepi sungai. Memang ada banyak anjing liar. Situ ada ramai orang bagi makan anjing. 

“Tapi BJ akan balik semula cari saya. Anjing sifatnya jinak dan pandai hargai orang yang selamatkannya,” katanya yang sudah setahun membela BJ.  

Lali dengan cemuhan masyarakat 

Meskipun menerima cemuhan berterusan masyarakat, namun ia bukan penghalang dirinya meneruskan membuat kerja-kerja amal menyelamatkan anjing dan kucing jalanan di sekitar Selangor.
Mengusahakan Klinik Veterinar Taqwa miliknya di Setia Alam, anak keenam daripada sembilan beradik ini pernah menyelamatkan puluhan anjing dan ratusan kucing di sekitar Teluk Panglima Garang dan Setia Alam sejak tiga tahun lalu. 

Namun, Taqwa Animal Shelter bagaimanapun mempunyai ruang yang terhad. 

Justeru, Doktor lulusan Universiti Putra Malaysia (UPM) ini melaksanakan program TNR iaitu Trap, Neuter & Release bersama anak muda dan dibantu jawatankuasa Kampung Sijangkang bagi mengawal populasi haiwan liar ini. 

“Kita tangkap, mandulkan dan lepaskan semula. Kalau hendak simpan semua. Tenaga dan tempat terhad. Jadi saya selamatkan mereka, sekurang-kurang mereka (anjing dan kucing) tak membiak. 

Selepas dua tahun operasi Taqwa Animal Shelter,  lebih 10 ekor anjing liar dan 120 ekor kucing jalanan dikembirikannya dalam masa dua tahun. 

“Kalau fikirkan kaya, seekor kucing kosnya RM150 dan anjing lebih kurang RM250, bayangkan kalau 10 ekor sebulan memang kaya. Tapi bukan soal duit, ini adalah matlamat kejayaan diri (self achievement) saya untuk bantu kawal populasi.

“Untuk anjing tak banyak saya boleh buat sebab untuk tangkap anjing liar bukan senang. Sebab itu saya bekerjasama dengan penduduk kampung,” katanya kepada The Malaysian Insight dalam satu temubual. 

Dr Taq, 29, bersyukur kerana usahanya menangani masalah anjing liar dibantu JKK Kampung Sijangkang. 

Dr Taq mengakui tanpa keluarga kerja amalnya tidak akan dapat diperluaskan. Beliau bersyukur sokongan keluarga terutama ayahnya Zainal Ulum Ahmad Kasah sangat kuat. 

Anak jati Kuala Langat itu kagum dengan kecekalan bapanya menangani pandangan serong masyarakat lebih-lebih memegang jawatan ketua kampung Sijangkang. 

“Tanpa ibu dan abah saya. Saya takkan mampu buat seorang. Mula-mula buka dulu ramai yang tak suka sebab ayah saya ketua kampung ada hubungan dengan masjid. 

“Tapi lama-lama, yang mana mengecam itu saya bersemuka dan terangkan. Sebab itu kami selalu buat program untuk didik masyarakat kepentingan mengawal populasi anjing kucing,” kata anak keenam dari sembilan beradik ini. 

Bagi pendakwah bebas, Imam Muda Asyraf, masyarakat tidak seharusnya mencemuh kerja amal yang dilakukan Dr Taq kerana ia tidak bertentangan dengan hukum agama. 

“Orang kampung tidak boleh cemuh, sepatutnya memuji. Ini fardu kifayah kerana tidak semua boleh belajar ilmu rawat binatang. 

“Kalau kita jadi doktor rawat orang pegang darah, kita pun kena basuh jika nak solat. Sama juga anjing kita rawat samaklah tangan, tiada masalah,” katanya ketika dihubungi. 

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan tiga tahun dahulu memutuskan menyentuh dan memegang anjing bertentangan dengan mazhab Syafie yang dipegang masyarakat Malaysia. 

Bagaimanapun, ada pendapat ulama mengatakan anjing boleh dipegang ketika darurat dan dibolehkan bagi doktor haiwan beragama Islam kerana peranannya untuk merawat haiwan tersebut. 

“Asalkan doktor tersebut membersihkan najis dari anjing mengikut cara Islam,” kata pengacara popular itu. 

Buka klinik di usia muda, tiada bebanan hutang

Bagi Dr Taq, beliau mengambil pendekatan berbeza daripada klinik veterinar yang hanya menjalankan operasi serba sederhana dengan modal wang simpanan RM45,000. 

“Saya buka klinik tidak guna modal ratus ribu. Saya tidak mohon pinjaman bank tapi guna duit simpanan. Abah dan abang saya juga ada bantu tambah modal,” katanya lagi. 

“Saya mulakan klinik dengan modal yang kecil tidak seperti klinik lain yang perlukan modal beratus ribu,” katanya lagi. 

Kini, Dr Taq merancang ingin memperbesar klinik dan meluaskan pertolongan untuk menyelamatkan anjing dan kucing terbiar selain giat aktif mendidik masyarakat. 

“Dalam 10 tahun lagi, saya harap klinik dan shelter ini lebih maju. Saya harap masyarakat sedar kepentingan vaksin dan mandulkan kucing. – 15 Oktober, 2017.



SAPA TAHU

CARA TERBAIK

UNTUK TLONG

SILA BERI

PANDANGAN





--------------------

4 ulasan:

kampong lad berkata...

SAHIH INTERNATIONAL
And there is no creature on [or within] the earth or bird that flies with its wings except [that they are] communities like you. We have not neglected in the Register a thing. Then unto their Lord they will be gathered. (AQ 6.38)

Tanpa Nama berkata...

manoosial ada kawal populasi tak?

bini HALAL.........minima/maksima....bole ada empat!
bini HARAM.........maksima, tarak maksima langsung!

KENAPA TAK KAWAL POPULASI?

Tanpa Nama berkata...

'Moral progress of a nation, depends on how their animals are treated'


YOU REAP WHAT YOU SOW!


TNR is NEVER the absolute solution,
it is just a temporary solution,
until all hooman trullyunmask themselves,
TRUE SOLUTION will only emerge when you live as one, with NATURE!





NOT BEFORE!

pilayanthran berkata...

Good Dr. Keep up the good job.