Rabu, 6 Disember 2017

SAUDI DAN DOLAR AMERIKA







SAUDI & DOLAR AMERIKA

Dunia telah diberitahu bahawa  Arabia Putera Mahkota Muhammad bin Salman (MBS ) sedang menjalankan kempen anti-rasuah di Saudi Arabia. Kempen ini baru  masuk ke bulan pertama. Putera MBS sedang menganjurkan dasar baru -  Wawasan 2030. Putera MBS berniat mahu menjadikan Saudi Arabia sebagai sebuah negara contoh untuk negara Liga Arab dan negara-negara yang warganya beragama Islam. 

Tapi, sayangnya warga  dunia sedang ketawa kah kah kah. Ini kerana  warga dunia  sedar dan faham kempen anti-rasuah MBS ini hanyaah sandiwara. Saudi Arabia dengan rasuah ini sama saperti kentut dengan tahi. Sama saperti Rosmah Mansor dengan Beg Birkin. Sama saperti Najib dengan 1MDB. Mustahil dapat dipisahkan.

Gerak kerja kempen anti rasuah Putera MBS ini sama saperti kempen anti rasuah SPRM yang sedang berjalan di Malaysia.

Di Malaysia SPRM menjalankan kempen anti rasuah keatas musuh-musuh politik Najib dalam Pakatan Harapan.  SPRM juga telah menahan sosok-sosok dari   parti Najib sendiri. Tangkapan keatas ahli parti United Malays National Organisation dilakukan untuk menampakan bahawa lembaga SPRM ini indah dan bebas. Walhal semua yang ditahan hanyalah mereka yang menjadi musuh Najib. Dalam parti sendiri pun Najib ada musuh. Musuh Najib adalah ‘warlord’ yang agak ‘degil’ yang berkemungkinan bangun melawan Najib.

Tidak percaya? Lihat apa yang telah dan sedang berlaku. Lembaga SPRM menangkap anggota PDRM yang rasuah. Anggota PDRM pula  menangkap pegawai SPRM yang terlibat dalam salah  guna kuasa dan rasuah.  SPRM dan PDRM tangkap menangkap.
Tetapi SPRM dan PDRM langsung tak ambil pot tentang rasuah Najib dalam Syarikat SRC Sdn Berhad. Atau kes duit masuk berkepok-kepok ke dalam akaun AMBANK Najib.  Atau membuka kes Jho Low dalam 1MDB. Atau menyiasat peranan  Reza Aziz mengklpelet duit 1MDB untuk buat filem di Holywood.

Di Saudi pula kempen anti rasuah Putera MBS bertujuan untuk menangkap sepupu sepapat MBS yang berkemungkinan bangun melawan dan menjatuhkan Putera MBS. Kempen ini untuk memastikan musuh politik MBS semua dapat dipatahkan. Kempen anti rasuah ini bertujuan untuk memperkuatkan kedudukan Putera MBS. Untuk memastikan sepupu sepapat MBS semuanya akan tunduk dan menerima Puterra  MBS sebagai bakal Raja Saudi Arabia.

Di Saudi Arabia dan di Malaysia lembaga anti rasuah bukan untuk menumpaskan rasuah. Tetapi lembaga  ini dijadikan  senjata oleh pihak yang sedang berkuasa untuk mempertahankan kuasa.

Justeru, sama ada 208 orang atau 500 orang yang kini ditahan bukan persoalan. Sama ada mereka ditahan  dalam penjara, dalam rumah atau dalam Hotel Ritz Carlton juga bukan persoalan. 
Saudi  Monetary Agency (SAMA) telah membekukan 1,700 akaun bank. Ini akaun bank milik sosok-sosok  yang dituduh terlibat dalam rasuah atau salah guna kuasa.

Akhbar juga telah melaporkan Putera MBS akan merampas  100 bilion dolar dari bank akaun ini. Bujet Saudi untuk tahun 2017 hanya 52 bilion dolar. Ini bermakna  duit yang akan dirampas  berjumlah dua kali ganda dari bujet negara. 

Ajensi berita Reuters pada pada 27 November telah melaporkan bagaimana Putera Miteb bin Abdullah telah  membayar 1 bilion dolar untuk dibebaskan. Putera Miteb ini adalah Putera Mahkota Saudi Arabia  sebelum dia disingkirkan dari kerusinya. Amin.

Sebenarnya apa yang sedang berlaku di Saudi Arabia?

Memahami apa dia Saudi Arabia ini amat-amat penting. Ini kerana ada kumpulan Bani Melayu yang menganggap Saudi Srabia ini negara suci. Menganggap sosok Arab Saudi sebagai  insan syumul lagi warak. 

Mitos Saudi ini wajib dibaraikan. Mak Cik dan Pak Cik Felda secara jujur dan ikhlas wajib diberitahu apa itu Saudi Arabia. Dan dari mana asal muasal Saudi  Arabia ini.

Jangan silap anggap ini bukan menolak kewujudjan Saudi Arabia.  Ini bukan bermakna Nabi Muhammad  tidak dilahirkan di Mekah. Apa yang ingin dihuraikan ialah apa itu Saudi Arabia.

Ingat kembali  ketika kita disekolah rendah kita tidak pernah mendengar nama Saudi Arabia ketika  belajar mata pelajaran Agama. Dalam sejarah Islam  tidak pernah disebut Muhammad bin  Abdullah lahir di Saudi Arabia. Muhammad anak Aminah dan cucu Abu Mutalib dilahirkan  di Mekah pada tahun Gajah. Ini sejarah yang kita pelajari.

Malah dalam sejarah moden  kebangkitan Islam tidak pernah ditulis wujudnya Saudi Arabia. Tidak juga pernah disebuat wujudnya raja  atau sultan atau emperor di Mekah atau di Madinah  ketika zaman Nabi Muhamad. 

Justeru dari celah kangkang siapa  datangnya Saudi Arabia ini?

Sesiapa sahaja yang mengkaji politik Arab dan sejarah Arab tahu bahawa rejim Saud ini lahir dari projek kolonial Inggeris.  Sebelum wujudnya Saudi Arabia yang wujud ialah wilayah Nejd dan Hejaz.

Dua wilayah ini telah  disatukan oleh Thomas Edward Lawrence pegawai perisek Inggeris. Lawrence ini dikenali sebagai Lawrence of Arabia dengan licik telah merancang untuk ‘ membantai dan menyerang’ Empire Ottoman yang berpusat di Istanbul dari sebelah selatan. 

Intrik politik  yang digunakan oleh Lawrence pada ketika itu ialah semangat kabilah Arab melawan kabilah Turki. Hasilnya Empire Ottaman runtuh dan muncul Saudi Arabia pada tahun 1932 

Hakikatnya Saudi Arabia yang kita ketahui hari ini dieram dan menetas dalam reban kolonial Inggeris. Saudi Arabia lahir diatas kain kapan Empire Ottoman. Khalas. 

Hakikatnya Nejd dan Hijaz yang disatukan oleh Lawrence ini akan terus menjadi Nejd dan Hijaz. Bila musim Haji sampai maka Mekah menjadi pusat perniagaan. Inilah asal muasal ekonomi Nejad dan Hijaz. Tetapi semua ini berubah bila minyak sampai

Minyak pada awalnya di temui di Persia pada tahun 1908. Dalam Perang Dunia Pertama ( 1914-1918) bahan  bakar pertolium ini memainkan penting. Pengalaman ini menyakinkan negara mana pun yang igin merjadi Empire, yang bernafsu untuk menakloki dunia dan bernafsu untuk menjadi kuasa imperial - maka negara ini wajib memiliki atau menguasai telaga minyak.

Dari pengalaman perang inilah bermulanya sejarah  bahan bakar petrolium. 

Minyak ditemui pada tahun 1938 di  Dammam atau hari ini dipanggil Dhahran Saudi Arabia. Rejim Ibnu Saud mula menjadi penting.

Sejarah telah merakamkan bagaimana kali pertama Ibu Saud datang melawat London.  Raja Saudi ini telah duduk di Hotel King Cross - satu kawasan haprak dalam bandar London yang dipenuhi oleh pelacur dan pendadah hingga ke hari ini. Ratu England tidak ambil pot sangat tentang Tok Arab ini. 

Tetapi apabila minyak menjadi bahan utama  dan pengerak ekonomi kapitalis Baginda  Ratu Elizebeth bukan saja telah memberikan Istana untuk tempat menginap. Malah jika Ibu Saud  mahu meniduri Baginda sendiri  berkemungkinan Elizebeth akan sanggup mengangkang  tanpa atau dengan kebenaran  No 10 Downing Street. Inilah kuasa minyak.

Sebelum Perang Dunia Kedua - kuasa imperial dunia ialah Inggeris. Kerajan Inggeris telah menjajah hampir ke seluruh dunia. Di Asia da di Afrika Inggeris telah mendirikan tanah jajahan. London menjadi bandar ekonomi dan budaya yang terpenting dalam dunia. 

Hinggakan sebelum masuk sekolah - ketika saya menggunting rambut ianya dipanggil Gunting Landan. Hari ini baru saya sedar Gunting Landan itu maknanya  bergunting rambut  cara London.

Sesudah perang dunia kedua tamat kuasa imperial Inggeris dipukul hebat oleh  Hitler dan General Tojo. Kuasa ekonomi Inggeris merundum. Dari kain kapan Perang Dunia  ke Dua bangun  kuasa Amerika. Amerika mula berkerjasama dengan kuasa Inggeris  dan mewujudkan  apa yang dikenali hingga ke hari ini - kuasa imperial Anglo-American.

Pada tahun 1945  sebelum perang  tamat  untuk kali pertama Presiden Amerika  Roosevelt bertemu dengan  Raja Saudi Abdul Aziz. Mereka  bertemu diatas   kapal perang Amerika di Mesir. Ini permulaan hubungan Amerika dan Saudi.

Sesudah perang tamat sistem  kapitalis dunia menggunakan sistem Bretton Woods. Sistem ini mengikat mata wang dunia  dengan nilai emas. Ertinya pada ketika  itu jika kita ada satu ringgit duit kertas kita boleh tukarkan  kertas ini dengan  emas yang bernilai satu ringgit.

Sistem ini runtuh pada tahun 70an akibat dari Amerika meneruskan Perang Vietam. Dibawah Presiden Nixon hampir 500 ribu soldadu Amerika berperang di Vietnam. Perang  memerlukan belanjawan yang amat tinggi. Selain dari senjata dan peluru perang ini dibayar dengan darah dan mayat anak muda Amerika yang dipaksa berperang.

Perang Vietnam ini memufliskan ekonomi Amerika. Tapi awas! Dengan licik  dan terancang kuasa imperial Anglo-Amerika telah menbuat stratiji  baru. 

Pada tahun 1973 Presiden Nixon dan Setiausaha Negara Henry Kessinger telah membuat perjanjian dengan Raja Faisal dimana Amerika akan memastikan rejim Saud terus  selamat berkuasa. Saudi Arabia pula diminta menggunakan  dolar sebagai mata wang untuk jual beli bahan bakar petrolium.

Maka dari sinilah bermulanya  PETRODOLLAR. Setiap negara dalam dunia  yang mahu membeli petrol wajib menggunakan dolar. Tanpa dolar Amerika mereka tidak  dapat membeli minyak.  Duit ini dinamakan FIAT MONEY atau nilai yang dipaksakan keatas kita. Ringgit,  riyal, rupiah, bhat dan apa saja mata wang TIDAK lagi bersandarkan  nilai emas.

Untuk memastikan sistem Petrodolar ini berjalan cepat Amerika menjalankan jarumnya. Perang Ramadan bulan Oktober 1973 berlaku. Mesir menyerang Israel. Gerila Palestin dari semua kumpulan bangun menyerang Israel.  

Tetiba Raja Faizal telah memutuskan Saudi dan negara OPEC memberhentikan ekpot minyak ke Amerika. Krisis minyak bermula di seluruh dunia.Perang amat baik untuk perniagaan

Hari ini 44 tahun kemudian dokumen keluar untuk membuktikan bahawa Perang Ramadan ini dirancang oleh Kumpulan Bliderberg untuk membantu kelahiran sistem Petrodolar

Sistem baru ini menyelamatkan  ekonomi Amerika dari  jatuh muflis.  Semua duit petrol yang diterima oleh Saudi dan negara OPEC disimpan dalam bank Amerika. Petrodolar telah menyelamatkan nyawa  sistem ekonomi kapitalis. Petrodolar juga memberi tekanan kepada ekonomi Blok Sosialis pada ketika  itu.

Lembaga Federal Reserve Amerika terus mencetak kertas dolar yang diperlukan oleh dunia. Amerika membeli bahan mentah dan barangan dengan kertas hijau yang dicetak tanpa sandaran apa-apa. 
Inilah penipuan  yang maha besar  malah sama besar dan licik saperti penipuan 1MDB Najib.

Hari ini sejarah berulang lagi. Dulu yang ingin dijatuhkan ialah Ottoman Turki. Kali ini yang ingin dijatuhkan  Iran. Dulu T.E Lawrence memainkan kabilah Arab melawan kabilah Turk. Kali ini kabilah Arab dengan kabilah Parsi.

Kenapa yang saya tulis ini tidak menyentuh  apa itu Sunni, apa itu Wahabi dan apa pula Shiah? Sebenarnya apa yang saya tulis adalah realpolitik.  Sunni, Wahabi dan Shia itu hanya intrik. Dibelakang semua ini adalah kuasa imperial Anglo-Amerika yang kini telah bertambah kuasa  Zionis-Anglo-Amerika. 

Tetapi siapa agaknya yang menjadi Lawrence of Arabia kali ini? Tunggu minggu hadapan. (tt)


NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan 
akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-10-45



-------------------

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kalo setakat ngaji middle east, dok mekah dan madinah..mana nak tau semua cerita ini..blaja hukum bukan belajar sejarah..duit2 minyak dari dammam ini la yg membina universiti mekah dan madinah serta menaja student2 kelantan..aramco juga berpusat di dammam..mekah ke riyadh lebih kurang 1000km, riyadh ke dammam lebih kurang 400km..kalo duduk di saudi, tp tak pernah tahu port pantat, puki kote, port alcohol atau port dimana pegawai2 agama menerima wang dolar dan awek blonde lebih baik dok dgn toeky2 korma ajwa dan peniaga2 unta bedoun dipadang pasir, stateless man..god bless bro isham..

Tanpa Nama berkata...

Pendek cerita Zionist-anglo-amerika punya kerja....lama dah, dlm Al-Quran & Hadis nabi kita dh diberi warning ttg askar taghut/ dajjal nie....yg untong puak dajjal tu le, yg bodoh/rugi adalah umat Islam...