Jumaat, 26 Januari 2018

BERITA BAIK








BERITA 

BAIK TAPI

GUA TAK

FAHAM

Duta-duta Kesatuan Eropah digesa beri tekanan pada Najib

PASIR MAS - Duta-duta Kesatuan Eropah digesa supaya memberikan tekanan kepada Najib untuk melaksanakan PRU14 secara bersih dan adil tanpa sebarang penipuan.

Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan, Mohamad Sabu berkata, walaupun mereka tidak boleh campur tangan dalam urusan negara ini tetapi tekanan boleh diberikan berhubung perkara itu.

"Permohonan ini kerana ramai yang beranggapan PRU14 merupakan ibu kepada segala pilihan raya," katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian Bilik Operasi Pakatan Harapan Dun Pengkalan Pasir, di sini semalam.

Beliau berkata demikian selepas mengulas pertemuan antara pimpinan Pakatan Harapan yang diketuai  Dr Mahathir Mohamad bersama 16 duta negara-negara Kesatuan Eropah di Kuala Lumpur, pagi kelmarin.

Menurutnya, pertemuan bersama duta Kesatuan Eropah itu berlangsung selama dua jam dan pertemuan itu diisi dengan sesi dialog.

Mohamad yang juga merupakan Presiden Amanah berkata, pertemuan itu memberi isyarat bahawa mereka yakin Pakatan Harapan mampu membentuk kerajaan persekutuan pada PRU14 itu nanti.



PASAL APA

BERTEMU

DI PASIR MAS?

TOK HENG

ADA SAMA

ATAU 

TIDAK?

----------------------

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

"perasmian Bilik Operasi Pakatan Harapan Dun Pengkalan Pasir"...tok heng nak ke datang?nanti asyik melompat lompat je

Tanpa Nama berkata...

Sah....dr mahathir jual negara kt negara asing....itulah antara tajuk utama berita amno nanti hehehe

DIDI KOTA BELUD berkata...

najibulah boleh ditekan...rosmawati..siapa berani tekan...kuat ke nak cium angin dia...dgr kabor..20 juta dah mati tercium angin tut tut dio masa tunduk ambil cincinnya yg jatuh ari tu..den..tak sanggguppp...kenapa.???..kau kata.....!!!.....BAUKKKKKKK.....!!!...KAKkakakakakaka

Tanpa Nama berkata...

Eropah tu kan masyarakat majmuk, bukan kat malaysia je. Berbilang bangsa, kaum dan suku etnik. Maka beratus bahasa dan loghat. Jadi kau dimaafkan tt kalau kau tak faham apa diaorang cakap.