KEADILAN: Kenyaaan Lynas bahawa RSF Selamat Digunakan Jangka Masa Panjang Adalah Penipuan!
KEADILAN mengecam sekeras-kerasnya kenyaaan Kilang Nadir Bumi Lynas yang mengatakan bahawa Kemudahan Simpanan Residue atau ‘Residue Storage Facilities (RSF)’ di Lynas adalah selamat untuk tujuan penyimpanan sisa jangka masa panjang.
Saya menegaskan bahawa kenyataan tersebut adalah satu penipuan dan berdasarkan dokumen-dokumen seperti Laporan Awal Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA), telah dinyatakan dalam mukasurat ke-10 bahawa pembinaan RSF adalah untuk tujuan sementara dan lokasi tapak pembuangan kekal sisa (PDF) akan dikenalpasti kemudian.
Ini juga dicatatkan dalam Laporan Radiological Impact Assessment, muka surat ke-46, di mana struktur pembinaan RSF Lynas adalah berdasarkan jangka penggunaannya selama 10 tahun sahaja.
Sedangkan syarikat Lynas telah membelanjakan duit yang berjumlah besar dalam membina imej dan profil syarikat, malangnya kenyataan syarikat itu yang terbaru ini membuktikan bahawa kenyataan mereka tidak boleh dipercayai.
Saya juga ingin mengingatkan Lynas bahawa satu institute Eropah bernama OEKO pernah membuat kajian terhadap kemudahan Lynas dan dalam laporan mereka elah memberi komen bahawa kemudahan RSF kilang Lynas yang dibina menggunakan hanya 1mm lapisan HDPE dan satu lapisan 30cm tanah liat adalah tidak mengikut piawai dan tidak selamat untuk digunakan.
Maka saya di sini mencabar pihak Lynas untuk mengemukakan dokumen-dokumen sokongan seperti laporan kajian alam sekitar dan laporan professional yang membuktikan bahawa strukur RSF Lynas adalah selamat untuk digunakan sebagai tapak simpanan kekal sisa radioaktif Lynas.
Lee Chean Chung
ADUN Semambu
Ketua Penerangan
Angkatan Muda KEADILAN Malaysia
-------------------
4 ulasan:
LYNAS....(Loji Yang Najis Adenang Sukainya) pun aduiyai kepala omak kauienya pun.
isu bodoh. asal nak dekat pru keluar isu ini.
Tp tt kena faham. Org melayu mmg sinonim dgn kene tipu..bukan melayu lah kalau susah nk ditipu..lgpun org melayu ni mmg suka ditipu malah berbangga bila kena tipu. Cth mudah pm dh tipu brp byk tp masih luv u pm..jgn usik pm ksygn kami smbil jegil2 mata..tambahan mokcikpokcik pelda lg la dia punya sanjung najib mcm tuhan..lantak p lah ada salah apaun tp najib tetap dihati mokcikpokcik pelda..xcaya kutuk la najib depan mokcikpokcik pelda mau kena pelengkung dgn getah paip mcm ust balun anak murid tahfiz..
Kilang Nadir Bumi Lynas.. nama je dah bunyi tajuk lagu Pink Floyd.. apa nak lagi.. cun apa.
Siapa buat EIA, RIA, sapa Institute EROPAH kalau bukan Kristian. Mereka ini Kapir Laknat.. Dengki dgn org Islam.
Haji Ediwang yg dianggap orang kedua teralim di dunia ni pun tak royak apa2.
Catat Ulasan