PELIK
PELIK
NAK TANYA
Hampir 40 kaki judi ditahan sabung ayam di Miri
Polis menahan 37 suspek berumur antara 17 dan 62 tahun kerana kesalahan berkaitan perjudian yang merupakan serbuan terbesar setakat ini di Sarawak.
MIRI: Polis membongkar kegiatan sabung ayam haram apabila 37 kaki judi ditahan dalam serbuan yang dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Miri pada 1 Januari lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Dev Kumar berkata gelanggang sabung ayam haram ditemui di Batu Niah dalam serbuan pukul 2 petang yang diketuai ASP Lim Jaw Shyong.
“Tiga puluh tujuh suspek ditahan kerana menyabung ayam di khemah sementara. Polis turut merampas ayam hidup dan mati serta peralatan perjudian berkaitan sabung ayam, ini adalah serbuan terbesar setakat ini,” katanya dalam kenyataan hari ini
SALAHNYA
DIMANA?
SEKSA AYAM KE?
KALAU JUDI
BILA NAK TUTUP
KEDAI TOTO
BILA NAK TUTUP
GENTING
INI YANG JADI
PELIK
----------------
7 ulasan:
TT kalau Aku ni Polis ..Aku akan serbu aktiviti judi laga ayam dulu.. hasil nye aku bawak balik ayam.. suruh bini aku masak lomak cili api campor nangko mudo.. phooh ado lak potai.
Bayaq cukai jadi halal.
Apalah org tua ni, sabong ayam tu haram sbb tak beri cukai kt kerajaan najib....
Try tanya PAN tgk.. Ke dh berkubur parti tu seyy?
Kalau di Miri itu adalah sabung ayam haram, bagaimana di Sibu, di Kuching dan lain-lain tempat lagi? Halalkah?
lepas KTM bayaq cukai, gerenti HALAL!!!!
(KudaTotoMagnum laaaaaaaaaaaaaar)
tarak GST mesti HARAM!?!?!?!????????????
Catat Ulasan