JENG JENG
APA MAKNA
BERITA INI?
Suami Ziana Zain bakal didakwa lagi?
SUAMI penyanyi popular Ziana Zain, Armin Zaharin dijangka sekali lagi dihadapkan ke mahkamah esok.
Menurut sumber, pihak pendakwaan akan mengemukakan tuduhan baharu kepada bekas pramugara itu dengan peruntukan seksyen yang lebih berat.
Terdahulu, Armin dihadapkan ke Mahkamah Majistret Shah Alam atas tuduhan dengan sengaja menggunakan rotan sehingga menyebabkan luka dan lebam ke atas anaknya di sebuah rumah di Denai Alam, dekat sini, jam 4 pagi pada 25 Februari lalu.
Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
Jika sabit kesalahan, Armin berdepan dengan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan.
Timbalan Pendakwa Raya, Megat Mahathir Megat Tharih Afendi mencadangkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin.
Majistret, Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin membenarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin.
Mahkamah menetapkan 4 April untuk sebutan semula.
Armin,53, ditangkap pada 2 Mac lalu selepas Ziana Zain membuat laporan polis pada 27 Februari lalu.
Ziana Zain atau nama sebenarnya, Siti Roziana yang popular dengan lagu Madah Berhelah dan Putus Terpaksa itu bernikah dengan Armin pada 9 Mei 1998.
MAT MONGOL
tersenyum penuh harapan
ada chan aku sekali lagi
geram tengok yang slim
dah bosan nak muntah
dengan gedebab
geram tengok yang slim
dah bosan nak muntah
dengan gedebab
BIK MAMA
cilaka budak itam ini
cari bomoh dari kerala
jampi jangan becerai
jampi jangan becerai
MAT ISA
tersenyum puas
selamat aku sekali lagi
kali ini bukan di port dickson
lebih selamat di bali
kali ini bukan di port dickson
lebih selamat di bali
3 ulasan:
Keh keh leh....yiiiiiihaaaaaaa itulah dlm hati nurani mat mongol
Ini kes pasai cerita pot diksen da heboh la ni..gadoh sampai stress lepas tu anak ditibai..adoi jenajin jenajin..
Yg ditibai sampai lebam tu anak dia sendiri ke? Atau...
Catat Ulasan