AIR TELAH BAH
BANYAK
PASIR WAJIB
DIUBAH
Kadir,
Hishamuddin disiasat
di bawah Akta Hasutan
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiNFXHTeRu5m0yVnOOZa3YKXnLS-gOk5OXvS79D0fNAfyBcHDUPDiMVqk5zE8tW0tspYY1v7fUmFy2MQxlYu_sPuY25-ePTVzN1c_OLy8MT21IWtncd0I-eELaY1b3S2OWfKFv6jp7b0zI/s320/KADIRJASIN_140114_TMIAFIF_002.jpg)
Dalam satu kenyataan, Pengerusi Suhakam Razali Ismail berkata Suhakam mengingatkan pihak berkuasa bahawa kerajaan telah berjanji untuk memansuhkan kebanyakan undang-undang bersifat menindas di bawah kerajaan terdahulu termasuk Akta Hasutan.
"Justeru, pihak berkuasa perlu mengelak daripada menggunakan undang-undang tersebut sebagai cara untuk menyekat perdebatan awam dan hak untuk mendapatkan maklumat. Rakyat Malaysia berhak untuk mengetahui dan mempersoalkan bagaimana wang kerajaan di belanjakan demi mencapai ketelusan dan kebertanggungjawaban," kata beliau.
Seharusnya, tiada isu harus dipertikaikan dala konteks pendemokrasian, kata Razali.
Semalam, Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun mengesahkan bahawa Kadir, kini disiasat di bawah Akta Hasutan dan kerana memfitnah, berhubung catatan dalam blognya yang mendakwa kira-kira RM256.9 juta dibelanjakan untuk perbelanjaan hidup dan peribadi Sultan Muhammad V dalam tempoh 16 bulan sejak dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong sementara Hishamuddin Rais dipanggil ke balai polis Sri Petaling di Kuala Lumpur untuk merakamkan kenyataan berhubung artikel yang dikatakan berbaur hasutan dalam blognya.
Sementara itu, bekas ketua pengarang Utusan Malaysia Johan Jaafar berkata beliau bimbang terhadap kenyataan yang dibuat oleh Mohamad Fuzi bahawa Kadir, yang juga ahli Majlis Tertinggi Bersatu, akan disiasat di bawah Akta Hasutan.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhWaGqg0OpKgr7F2DMv8ST8hdvsBve-54vNy1KuXj48GekfjlSJUdkW-4QTXwwKLyrAQOypQQQNG49AidDMVAOtO-lhKVKNYpGC932UtZmgmGScGeAsOEEJ5HURP6vzZvbsyVslyOqmWD4/s1600/SANCROSANCT+1.jpg)
Hakikatnya ialah kita tinggal di Malaysia yang berbeza hari ini, tiada warga negara harus diugut dan terancam di bawah undang-undang bertujuan untuk melenyapkan suara mereka yang tampil bersuara, kata beliau.
Beliau berkata: “Polis mesti mengambil kira agenda reformasi kerajaan Pakatan Harapan untuk mengkaji atau memansuhkan undang-undang tertentu yang bertentangan dengan semangat kebebasan bersuara dan keterbukaan baharu.”
Oleh itu, keputusan untuk menyiasat Kadir, yang merupakan anggota parti gabungan yang menjanjikan untuk memansuhkan undang-undang sedemikian, menimbulkan ironis.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgGTgEmCoTZk3FrKl7uSukdatsaHGwx3jvnjqxgGsqTT8d9cw9fuLC58Y0e-q91U3IPMjlUE1eR-gegaHSuQCv5p9albYEtoVShLo3IvpVGPmjTpIPrKAPrfZuCT8RoQPBT9obQLsUzZzU/s320/KADIR+JASIN+POSTER.jpg)
"Pendakwaan seperti era Barisan Nasional (BN) harus dihentikan, di bawah kerajaan baharu. Ketua Polis Negara harus menyedari bahawa Malaysia tidak lagi ditadbir oleh rejim BNN yang sebelum ini telah menindas rakyat kerana hanya menggunakan hak mereka bagi kebebasan bersuara.
"Siapapun yang tersinggung dengan artikel oleh Kadir harus respon dengan cara yang bertamadun dan tidak membuat laporan polis. Ia memungkinkan bagi pihak-pihak berkenaan memfailkan saman fitnah tetapi yang pasti tidak ada apa-apa dakwaan berunsur jenayah dalam apa yang ditulis," kata beliau dan menambah ketua polis negara mesti bertindak selaras dengan agenda reformasi kerajaan baharu dan tidak kembali kepada cara tadbir BN. – Bernama, 8 Jun, 2018.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgJRToSLEOaGRW6mbe77UenjF4tojURBkh8yWPdss1U7hA9vXlB72m7UwqX3uEPzbrqNsVdKFsl-8D75bFCSwJjwybFfwnx7RGNimVX9UL2Gzm18Kz4QEjeczy1-MyGA2CN3WrfML7swB4/s400/SACROSANCT.jpg)
-----------------------
2 ulasan:
Nak ke kita jadi kerbau tua dicucuk idung..
Inchik itu polish terkesan dedak jaman sebelum kejatuhan tu..itu pasal ada bunguk2 sitik..
Catat Ulasan