CISSS
JANGAN HINA
DASAI
JANGAN
SAMAKAN
DASAI
DENGAN
BIK MAMA
Anwar-Rosmah
dalam sudu tiga babak
Satu: Bila sudu berlebih-lebih
DAHULU kita ada isteri perdana menteri, sekarang kita ada suami timbalan perdana menteri. Sama sahaja perangai.
Rosmah Mansor, isteri Najib Razak, selain “khabar angin” yang jadi umpatan ramai tentang sikap boros beli belah dan kecintaannya terhadap barangan berjenama mewah, juga sering dikritik kerana sikapnya yang suka menonjolkan diri – apatah lagi bila dibandingkan pula dengan Dr Siti Hasmah Ali yang low profile.
Manakala, Perdana Menteri menanti, Anwar Ibrahim pula selepas bebas penjara penuh aktivitinya bertemu Raja-Raja, pemimpin dunia dan wawancara dengan media dalam dan luar negara walaupun tiada jawatan dalam kerajaan. Ini bukan pertemuan dan aktiviti ramah mesra sahabat lama; ia adalah semboyan “aku perdana menteri Malaysia ke-8”.
Ketika melawat London dan berjumpa Setiausaha Luar Britain Boris Johnson sempat juga beliau memberikan pandangannya tentang 1MDB. Malah, beliau juga mengatakan Malaysia akan menyiasat skandal Battersea, kenyataan yang masih belum dijelaskan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang Anwar bukan ahlinya.
Barangkali Anwar terlupa yang isterinya, Dr Wan Azizah Wan Ismail adalah timbalan perdana menteri Malaysia, wanita pertama pegang jawatan itu. Anwar mungkin tak sedar yang sekarang beliau hanyalah “sudu”.
Seperti Rosmah yang sibuk berprogram sehingga dikata orang lebih sudu daripada kuah, sudah wujud juga suara menista Anwar di media sosial.
Karisma Anwar terlalu tinggi untuk diperlekeh, kerana itu beliau perlu memenuhi janjinya sebelum ini untuk “bertenang” sebelum lompat balik masuk politik, menulis serta memberi kuliah di unversiti dan pelbagai lagi aktiviti bukan politik, tindakan terbaik untuk Malaysia, apatah lagi dengan kehadiran Dr Wan Azizah dalam Kabinet.
Dua: Bila kebanggaan jadi sumpahan
Janji PH untuk Anwar jadi perdana menteri selepas Dr Mahathir Mohamad bukan mutlak, ada syaratnya; undi rakyat diperlukan untuk Anwar masuk Parlimen.
Sudah-sudahlah berulang kali mengingatkan yang Anwar “pasti” jadi perdana menteri. Perangai jawatan perwarisan mutlak ini dulunya amalan Umno. Rakyat Malaysia berhak memilih dan jika mereka memilih untuk tidak menghantar Anwar ke Parlimen, apakah yang boleh dilakukan PH?
Hentikanlah amalan serah kerusi kepada Anwar supaya dapat bertanding dan masuk Parlimen. Dahulu Permatang Pauh, nasib baik Pandan tak jadi.
Tunggu sahaja kerusi Pekan atau Bagan Datuk atau Putrajaya atau mana-mana dikosongkan dan bertandinglah dengan bangga, tak rampas hak orang. Amalan meletak jawatan ahli Parlimen untuk memberi laluan kepada pemimpin lain wajar dimaktubkan dalam akta kesalahan pilihan raya, tetapi yang lebih ketara amalan beri kerusi ini adalah simbol keangkuhan dan “entitlement”:
“Tadi saya tanya ahli-ahli Parlimen PKR siapa nak tawarkan kerusi mereka kepada saya? Tapi tunggu lepas selesai lawatan ke luar negara baru bincang semula kerusi Parlimen mana saya nak bertanding, Insya-Allah kalau menang, saya nak jadi ‘backbencher’ dulu,” kata Anwar.
Rosmah pula, waktu Najib berkuasa dahulu setiap kali ke majlis penuh anggun dengan sepersalinan lengkap dengan jam dan beg tangan mewah yang harganya tak terbayang mampu dibeli dengan gaji rakyat marhaen. Majlis perkahwinan anak perempuan mereka gemilangnya jadi bualan bertahun lamanya.
Pelbagai kisah yang didengar tentang gaya hidup mewah Rosmah dan keluarga sehingga berita palsu menabung sejak kecil pun orang percaya, kerana orang dah benci.
Itulah yang berlaku selalunya, bila harta, cita-cita, paras rupa, galur keturunan dan pelbagai lagi kebanggaan jadi sumpahan.
Bagi Rosmah sumpahan itu pada harta material, untuk Anwar mungkin pada janji jadi perdana menteri.
Tiga: Bila budi ada sempadan
Bila soal budi (sama ada benar atau tidak) ditimbulkan, terutama sekali oleh orang terdekat atau suruhan, ada kejelikan yang muncul dalam kalangan mereka yang mendengar.
Selalunya hanya menanti masa untuk kebencian timbul, terutama dalam kalangan orang muda yang keras kepala dan idealistik.
Golongan muda ini tidak rasa terhutang budi hanya kerana perjuangan 1998 digerakkan Anwar yang jadi titik sejarah berubahnya landskap politik Malaysia selamanya. Tidak ada perasaan, cuma kalau besarnya jasa dan hebatnya Anwar diulang-ulang ia boleh timbulkan jelik, kemudian benci.
Seperti bencinya mereka apabila “jasa” Rosmah disebut Najib atau orang suruhan mereka yang lain.
Malaysia Baharu datang dengan kepercayaan yang rakyat tidak perlu terhutang budi dengan mana-mana politikus atau parti politik.
Soalan untuk Anwar mudah, apakah yang beliau sudah/sedang/ akan lakukan untuk memujuk rakyat menerimanya sebagai ganti Dr Mahathir?
Atau adakah Anwar merasakan tak perlu lagi buktikan apa-apa? – 19 Jun, 2018.
* Tramizi Hussin adalah penyunting berita The Malaysian Insight.
* Ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insight.
WOW
BIAR BETUL
BETUL KE NI?
KAH KAH KAH
-------------------
6 ulasan:
Kalau ada kospirasi tuduhan Liwat 3, bontot sapa pulak....melopong lagi nak jadi Piem..haha
Isham...udah² la ko ni...ko dah x jadi diri ko sendiri...ke ko pun sama nak jadi macai...yelah sejak dah halal...kejap jadi autobots ...pastu jadi decepticons...hahaha...ko ngan papagomo dah boleh jadi sahabat...
Panjang sangat silotong ni menulis sehingakan rosmah mendengkooor tapi apapapown sikap mesti berubah tolerance bukan teloran tolerate bukan tercirit cirit compromise itu perlu ddi combine there is the point Elton John telah bersabda marhumnya sacrifice Oooooo
TT tibai Najib dan Rosmah gila2 sejak Najib jadi PM tapi Najib dan Rosmah tak ambik pot pun. Sebab apa. sebab tak jadi kudis pun. Ada TT tak menyerikan majlis tak ada pun tak merosakkan majlis. Tak ada sumbangan sgt kpd PRU14.
Ape ni TT Makin berubah semenjak dua menjak ni .agak2 lah nak Perli pun.rakyat Masih nak Abg Anwar jadi pm in 2 years time.
Catat Ulasan