BUKAN INI
SAJE YANG
GUA CAKAP
BP perlu hapus budaya bodek
KUALA LUMPUR: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) perlu menghapuskan budaya bodek untuk memastikan institusi itu dapat terus menunaikan tanggungjawab ulungnya dalam memartabat dan memperkasa bahasa Melayu.
Aktivis politik, Hishamuddin Rais yang menyifatkan DBP 'mati pucuk' yakin situasi itu boleh diubah jika budaya bodek yang memusnah dan 'membongsaikan' fitrah Melayu dihapuskan.
Antara yang disentuh ialah mengenai budaya bodek institusi bahasa itu yang tidak pernah mempersoal mengapa UMNO atau United Malay National Organization tidak menggunakan nama Melayu.
Katanya, ini berlaku disebabkan budaya bodek dan yang banyak membebalkan orang Melayu.
"Malah saya lihat Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggunakan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sedangkan ia tidak boleh berlaku.
"Begitu juga ketika Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menggunakan bahasa Mandarin (dalam kenyataan rasmi) tetapi DBP langsung tidak memberi komen mengenainya.
"DBP sebagai institusi penting untuk pembudayaan negara bangsa, perlu bangun dan hidupkan kembali semangat Keranda 152," katanya pada Forum Memperkasa DBP Menuju Malaysia Baharu di Menara DBP, malam ini.
SOHEH
GUA TAK
MENCARUT
-----------------
4 ulasan:
Di Nusantara terdapat pelbagai suku kaum namun hasil usaha generasi lama, di Indonesia yang mana agak sinonim dengan kaum Jawa telah tercatit dalam sejarah peristiwa "Sumpah Pemuda" yang mana untuk mengangkat Bahasa Melayu sebagai bahasa perhubungan di Nusantara ini hinggakan kaum asli di Papua New Guinie pun boleh memahami Bahasa Melayu tetiba generasi Nusantara yang seterusnya dengan lagak tak sedar diri dengan sewenang2nya mengabaikan usaha serta perjuangan orang dulu dulu dalam mendaulatkan Bahasa Melayu. Puuuih!
Suda la ku brader tt.gua nk tengok ini forum dekat tv.hampeh tol.
Kikiki
Bro tt.. saya tak faham lah..
Dewan bahasa ni apa...Tempat pameran buku2 ke. atau Tempat
Bual2 santai ikut bahasa baku.
Yg macam najib cakap kan.. bodoh. banggang. kepala bapak ko.. boleh ke dewan bahasa ajar budak2 permata rosmah..
Supaya bahasa baku dia betul..
Lu pun pakai inglis sebut tiub... Bhasa dia yg betul dalam bahasa sabah... Bladar..... Kakakkakaka
Catat Ulasan