GUA UDAH
BILANG
MAKAN PAU AYAM
JANGAN MAKAN
PAU ANAK IKAN
BAHAYA UNTUK
KESELAMATAN
NEGARA
Zuraida bicarakan pengkhianatan, diktator dalam parti di Utusan
Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin hari ini memilih untuk mengulas secara panjang lebar mengenai pelantikan mereka yang kalah oleh "parti -parti tertentu” yang nyata tidak menghormati hasrat akar umbi dan merupakan pengkhianatan kepada demokrasi
Dalam satu artikel di Utusan Malaysia milik Umno hari ini, Zuraida, tanpa menyebut nama parti politik berkenaan, berkata perlembagaan parti itu membenarkan presiden untuk membuat keputusan tentang lantikan tertentu, tetapi ini seharusnya dilakukan dengan perbincangan.
“Terdapat parti yang memilih untuk melantik mereka yang kalah dalam pemilihan dengan meletakkan golongan ini sebaris dengan mereka yang menang. Ini merupakasan satu pengkhianatan yang nyata dibuat terhadap kehendak akar umbi parti.
“Dalam demokrasi, pemenang akan dikira dengan jumlah undi untuk menandakan sokongan kepada calon-calon yang bertanding. Tidak kira jika seseorang itu mendapati majoriti mudah atau menang besar dalam pilihan raya atau pemilihan, mereka yang menang itu seharusnya menerajui dan membawa hasrat majoriti sebagai iltizam tunggal parti.
"Sekalipun jawatan lantikan itu dibenarkan di dalam perlembagaan parti-parti politik ini, seharusnya perbincangan dengan pihak yang menang perlu diadakan sebelum lantikan mana-mana individu yang kalah atau tidak bertanding dibuat," kata Zuraida.
Selepas pemilihan parti pada November lalu, Presiden PKR, Anwar Ibrahim melantik anggota parti ke dalam majlis kepimpinan pusat (MPP) parti itu dan melantik 14 ketua parti negeri.
Antara mereka yang dibawa masuk menyertai MPP itu, ada yang memilih untuk tidak bertanding semasa pemilihan, atau yang tewas di peringkat cabang. Manakala ada pula yang dilantik menerajui PKR negeri adalah individu yang dianggap masih muda.
Malah, kata Zuraida, terdapat juga individu yang dilantik itu tidak pernah kelihatan berbakti kepada anggota parti ataupun terlibat secara langsung dalam mana-mana gerak kerja parti.
"Seolah-olah munculnya insan-insan misteri ini apabila senang, nampuk tidak nampak kelibatnya ketika susah,” katanya.
Menurut Zuraida yang juga adalah menteri perumahan dan kerajaan tempatan, terdapat juga mereka yang takut untuk masuk ke dalam gelanggang pertandingan, namun secara semberono menerima pelantikan tanpa rasa malu dan segan.
“Mereka ini kebiasannya hanya berrsorak-sorak di tepi gelanggang dengan menjadi suara kepada kem-kem tertentu, sanggup memfitnah dan menylahkan orang lain, tak saling tumpah seperti bidalan, kokok berderai-derai ekor bergelumang tahi.
"Golongan seperti ini adalah pengkhianat sebenar sistem demokrasi, kerana takut kalah dan tidak diterima oleh anggota parti, mereka memilih untuk diangkat menjadi ‘pemimpin’ dengan cara yang amat bacul,” kata Zuraida.
Hal itu, kata Zuraida, perlu diambil maklum oleh pemimpin utama yang seharusnya mengambil perhatian terhadap keluhan akar umbi.
"Seorang pemimpin yang diangkat asalnya datang daripada rakyat, yang dipilih secara konsensus untuk memperjuangkan hak rakyat.
“Konsep pemerintahan secara diktator atau bersifat feuldalisme tidak boleh wujud dalam organisasi yang mengamalkan demokrasi.
“Jangan diangkat mereka yang kononnya ada kabel besar atau kaya rayahanya semata-mata kerana kita ingin mendapat keuntungan peribadi,” katanya.
Artikel Zuraida diakhiri dengan rungutan tentang bagaimana semua parti politik di Malaysia tidak mempunyai sekurang-kurangnya 30 peratus wanita dalam kepemimpinan mereka.
KAH KAH KAH
MI REST MI KES
MI LOD
KAH KAH KAH
4 ulasan:
Kah kah kah. Geng kartel sdh mewahyukan agenda dgn jelas terang dan nyata. Si lampir ni pun bkn boleh percaya. Lok lak lok lak. Ngok ngek ngok ngek. Sampai sekarang ketua kartel x nyatakan sebab musabab apakah beliau menolak mahathir sbg PM pada awalnya?
untuk tt
everthing has its price.
tiba2 je sokong org ada controversy.
dulu ada macam tt tapi tak masyuk terus tukar nakhoda.
kita pun tak tau tt ni jujur atau tidak.kalau betul tlg siasat ramai kaki rasuah tapi tak berani..
Fujimak punya maklampir x sedar diri lupa diri
bila parti keadilan nak pecat peguam lateefah koya?
Catat Ulasan