TABIK PADA
ELLIE SURIATI
Kita seharusnya tidak mudah memberi penghormatan kepada sesiapa pun. Raja ke, Sultan ke, Datu Seri ke - mahu pun Tun atau pun Mufti. Penghormatan kita berikan kerana pencapaian sosok. Kita hormat kerana sumbangan sosok itu kepada kesejahteraan umat.
Bukan kerana dia anak Si Anu dan Si Anu maka kita wajib hormat. Bukan kerana dia Datuk atau Datuk Seri maka kita wajib hormat. Sayugia diberi tahu bahawa ketua kongsi gelap pun ada yang berderajah Datuk atau Datuk Seri.
Mustahil masih ada lagi rakyat Malaysia - anak semua bangsa - yang tidak sedar bahawa derajah kehormat boleh dibeli. Ada yang dijual timbang kati. Ada yang dijual lelong. Justeru sampah tetap sampah walau pun menebeng dalam Istana.
Saya berikan tabik kepada Ellie Suriati. Minah ini dikatan seorang pelakon. Saya tak kenal dengan Minah ini. Saya tidak pernah pun melihat Minah ini berlakon. Saya tidak memiliki tv. Kalau tak kenal dan tak pernah tengok kenapa dan bagimana saya beri tabik?
Bagini kesahnya. Bila Najib kena terajang. Bila Najib kena tangkap. Bila Najib dibawa ke mahkamah saya terbaca nama Minah ini. Minah ini dilaporkan datang ke mahkamah Jalan Duta ketika Najib menerima tuduhan. Minah ini dilaporkan datang juga ‘ berdemo’ di depan pejabat SPRM - Putrajaya - bila Najib ditahan.
Malah mengikut laporan NST pada 25 Oktober 2018 - si Minah ini jatuh murung selama satu minggu bila mendengar Najib dan Barisan Nasional kena terajang.
Aduh! Hebat Minah ini.
Saya angkat tabik kerana inilah contoh kesetiaan jujur. Si Minah ini percaya bahawa jantan yang bernama Najib ini adalah jantan suci, warak dan beriman. Najib tidak mencuri. Najib tidak terlibat dalam apa-apa kes bunuh. Najib tidak rasuah. Najib ini adalah saeokor jantan yang bersih. Lagi bersih dari sabun Fab.
Minah ini menyokong Najib dengan setia. Ertinya Minah ini memberikan kepada saya satu contoh orang seni yang memiliki kesetiaan jujur. Apakah ini bermakna ada kesetiaan yang tidak jujur?
Memang wujud kesetian yang tidak jujur. Kesetiaan sademikian ini memualkan saya. Saya akan muntah sahingga keluar muntah hijau apabila saya bertemu dengan sosok sosok yang memiliki kesetian pura-pura.
Kesetiaan pura pura ini apa ?
Hah hah. Ini namanya kesetian bodek. Kesetiaan ini sabenarnya kain sampin untuk menutup perbuatan bodek. Inilah yang mahu saya huraikan.
Mustahil para pembaca tidak tahu apa itu bodek. Orang Pakistan dan India memberi istilah ‘chamca’. Mat Salleh pula beri istaliah ‘kiss ass’. Dalam semua budaya perangai bodek ini wujud.
Saya telah banyak kali bersurah tentang budaya bodek. Budaya ini bersepah-sepah. Dalam politik ianya wujud. Dalam tempat kerja budaya bodek wujud. Dalam penjara pun ada budaya ini.
Tapi disini - kerana saya tabik pada Ellie Suriati - maknanya saya ingin bersurah tentang budaya bodek dikalangan para seniman dan segerawan… opps tersilap … sasterawan kita.
Saya terdidik dalam budaya seni melawan. Bukan budaya bodek. Saya pendakwah yang membawa seni melawan. Berjunag untuk menumpaskan budaya bodek. Ketika belajar - kawan sedarjah semua mahu bangun melawan. Melawan menjadi pedoman kami.
Kami melawan maka kami wujud.
Jangan silap faham. Melawan ini bukan melawan United Malays Natioanl Organisation. Melawan ini bukan bermakan masuk parti politik untuk jadi calon. Melawan ini bukan hanya bermakna melawan kerajaan. Bukan. Bukan. Bukan. Jangan silap tafsir apa yang saya maksudkan sebagai melawan.
Leornardo da Vinci melawan. Dia mendobrak bingkai lama. Da Vinci melukis gambar orang biasa bukan hanya melukis potrait wakil dari Gereja. Bukan melukis hanya wajah yang bersangkutan dengan dengan agama. Gundek siapa agaknya Si Mona Lisa itu?
Vincent van Goh melawan. Dia memecahkan bingkai lama. Membawa arus baru Pasca-Impressionist melawan arus Impressionist.
John Lennon juga melawan. Dia membawa musik kiri. Mengagungkan kaum buruh dan mengajak anak muda bangun melawan imperialis Amerika. Justeru dia diwafatkan.
Guru saya mendidik kami untuk melakukan yang baru. Meninggalkan yang lama. Dalam seni filem imej klise yang telah dbuat akan diketawakan. Imej yang baru yang melawan imej lama akan dirayakan. Imej ganas garapan Quentin Tarantino dirayakan. Imej ganas buatan Sam Peckinpah kini menjadi rujukan.
Betapa bosannya melihat imej tanah perkuburan yang ‘masih merah’ sebagai tanda sedih. Penonton mual dan nak muntah meliihat sosok dalam telekong sebagai imej warak. Pooorah. Ini semua genre lama. Semua ini tidak melawan. Ini semua genre seni bodek.
Ellie Suriati bukan pembodek. Kalau dia pembodek bila Najib lungkup si Minah akan akan senyap sabentar. Kemudian mula mecium tangan Mahathir. Kemudian beralih mencium tangan Azmin atau mula berselfie dengan Tian Chua.
Para pembaca jangan lupa dengan sosok yang nernama Rosyam Nor. Jang Lupa dengan Mat Tampar. Jangan lupa dengan David Teo. Jangan sesekali lupa akan babak bodek membodek dan tampar menampar. Jangan lupa berita bodek OTT - over the top. Tapi itulah yang berlaku. Semua mahu membodek Najib.
Tetiba Rosyam Nor tidak muncul untuk berdemo dihadapan pejabat SPRM ketika Najib disoal siasat. Tetiba David Teo hilang entah kemana. Entah dimana Davis Teo terkentut sekarang. Yang Mat Tampar memang dah lama over.
Inilah hakikat seniman dan sasterawan kita. Inilah contoh para seniman kita. Pada hemat saya mereka ini tidak ada bakat. Jika mereka ada bakat mereka tak perlu cium tangan Najib. Jika mereka pelakon hebat mereka akan dilanggan oleh dunia. Jika mereka berbakat mereka akan berlakon dengan Bradd Pitt saperti Micheele Yeoh. Kalau mereka berbakat mereka tak perlu menyembah Astro atau RTM.
Bagitu juga dengan para sasterawan. Jika mereka penulis besar buku garapan mereka yang berkali kali diulang cetak. Buku mereka akan diterjemah ke dalam seribu satu bahasa. Tak perlu tunggu Dewan Bahasa Pustaka. Tak perlu bodek untuk jadikan buku sebagai buku wajib beli disekolah.
Bayangkan Isaac Bashevis Singer menulis dalam bahasa Yiddish. Ini bahasa yang hanya digunakan oleh 200,000 orang. Bukan saperti Bahasa Melayu bahasa ke enam terbesar dalam dunia. Tapi kerana garapan Isaac ini kukuh dan berseni maka ianya diterjemahan ke bahasa dunia. Pada tahun 1978 Isaac Bashevis Singer dianugerah Hadiah Nobel Sastera
Bagaimana dengan para pelukis kita? Pelukis pun sama juga. Pergi lintasi ke Pasar Seni akan terlihat kerja budaya bodek terpampang dinding. Muka Zahid Hamidi. Muka Rosmah. Muka Dolah Badawi. Mungkin tak lama lagi akan muncul potrait Azmin Ali.
Kalau mereka seniman tulen saperti Van Goh yang hidup melarat tapi teguh dengan seninya. Atau saperti penyaer Baudelaire yang merempat pindah randah di Paris tapi teguh dengan pusinya. Van Goh dan Baudelaire tidak membodek Pak Menteri untuk hidup. Mustahil Van Goh akan mencium tangan Sultan.
Van Goh, Baudelaire atau Isaac tidak perlu ‘kiss ass’ untuk mendapat Projek Cendana. Kerja seni mereka kukuh. Mereka berbakat bukan pembodek untuk mendapat Projek Cendana.
Projek Cendana . Poorah. Kerana itu saya angkat topi kepada Ellie Suraiti. Najib telah lungkup tapi Minah ini masih setia.
Pasti ramai bertanya - kemana perginya para seniman, pelakon, pengarah filem dan tv, pelukis dan sasterawan yang berebut-rebut untuk rapat mengelilingi Najib satu ketika dulu.
Saya terbaca berita yang melaporkan bagaimana gempaknya para seniman ini. Mereka berasak-asak hendak mendengar Najib bersyarah tentang seni dan budaya. Mereka bertumbuk dan bergumpal untuk duduk dihadapan agar Najib melihat muka mereka. Pelik tetapi benar kemana hilangnya para seniman yang bertelor dalam reban Projek Cendana.
Kerana ini saya angkat topi untuk Ellie Suriati. Ada cendana atau tak ada cendana si Minah ini tetap bersama Najib.
Percayalah apa yang saya tulis ini. Saya jamin tidak lama lagi para pelakon, sasterawan atau pelukis ini akan muncul kembali. Ketika ini mereka menyorok sabentar. Ini perangai kaki bodek. Mereka tidak ada pendirian. Mereka tidak ada bakat.
Bayangkan kalau RTM tidak ambil mereka berlakon. Bayangkan kalau Dewan Bahasa tidak cetak buku meeka. Banyangkan kalau Utusan tidak beri mereka laporan. Mustahil CNN, BBC atau Holywood Report akan menemu bual mereka. Poorah.
Saya meramalkan - mula mula mereka akan menalipon para YB Pakatan Harapan yang baru menang. Kemudian dalam FB atau Twitter mereka mula menulis positif tentang kerajaan baru. Gambarlama dengan Najib dan Rosmah akan dilupus. Kemudian mereka datang hadir ke program Pakatan Harapan.
Hadir dalam program Pakatan Harapan untuk memperlihatan muka dan untuk dapat bau bau bacang. Kemudian mereka berkumpul - satu dua orang - konon membuat cadangan kepada kerajaan baru tentang tentang seni dan budaya. Kemudian bergambar dengan Tony Pua. Kemudian cium tangan Azmin Ali.
Tony Pua kini pemilik Projek Cendana. Azmin Ali dihebohkan akan menjadi Perdana Menteri. Lebih baik pasang perangkap jangka lama. Jangan silap faham para pembodek ini juga ada taktik dan tahu berstratiji dalam kerja bodek.
Hampir lupa - Projek Cendana ialah dana beratus juta rinngit yang ditabur oleh Najib sebelum PRU14. Ini bertujuan untuk memancing para seniman, para pelukis , para palakon - yang terbukti tidak berbakat.
Projek Cendana ialah projek Najib mencari undi dari kaki bodek yang tidak berbakat. Pooorah. (tt)
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan
akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-10-45
-------------------------
3 ulasan:
poodah! tt pun pandai bodek. berminggu-minggu tulis kejayaan PH dalam siri merakam kemenangan dlm PRU14 ceritakan sumbangan sendiri. kononnya tt sorang jer yg penting. revolusioner my arse! dulu tt bodek anwar sekarang tt bodek madey. oit!! ellie lagi mulia dari lu tt, kah kah kah.
Bukan masalah setia atau bakat, Artis & Ahli politik lebih kepada siapa yg cerdik dan bodoh.Pejuang reformasi pun tak terkecuali, yg Kiri pun dah condong Ke Kanan..itulah TT..kalau tak bodek nak makan apa, Ellie tu sebahagian Projek Cendana la, Tak payah pusing2...intellectual hanya bagi yg ada kuasa...
on Tabik Ellie Suriati.
Well said
Catat Ulasan