DIMANA BUMI DIPIJAK
DISITU LANGIT DIJUNJUNG
Saya dari keluarga suku perut Biduanda Negeri Sembilan. Konsep suku dan perut muncul dari adat Perpatih. Perut dan suku bertujuan untuk mengenal asal usul keturunan.
Biduanda adalah suku orang asal Negeri Sembilan. Sesiapa dari perut suku Biduanda bermakna asal usul mereka adalah dari Orang Semang, Sakai atau Jakun.
Ada 11 lagi suku yang wujud di Negeri Sembilan. Kesebelas suku ini adalah suku pendatang. Suku Tiga Nenek, Paya Kumboh, Sri Meleggang, Batu Belang, Sri Lemak, Anak Acheh, Batu Hampar , Mungkal, Anak Melaka, Tanah Datar dan Tiga Batu - semuanya berasal usul keturunan dari Tanah Seberang.
Kami menggunakan konsep Tanah Seberang. Bukan Sumatera atau Indonesia. Sumatera dan Indonesia ini adalah konsep baru dan moden. Ini bukan perkataan yang saya dengar ketika saya membesar.
Dari kecil-kecil lagi saya telah diajar oleh arwah nenek saya tentang bezanya kami - orang Melayu dengan Rayat. Perkataan RAYAT ialah panggilan orang Negeri Sembilan untuk Sakai, Semang dan Jakun. Nenek saya menerangkan kami menerima Muhamad sebagai Penghulu. Nenek saya menggunakan perkataan penghulu untuk memberi kefahaman. Ini konsep tempatan yang mudah difahami. Perkataan nabi tidak memberi apa-apa makna kepada kami orang sakai.
Di Negeri Sembilan hanya mereka yang lahir dari suku Biduanda - dari darah orang asli - yang boleh menjadi Datuk Undang. Empat orang Datuk Undang ini - Jelebu, Rembau, Johol dan Sungai Ujung - berhak untuk melantik Yang DiPertuan Besar.
Justeru, Yang DiPertuan Besar ini bukan raja dan bukan sultan. Sosok ini dipertuankan mengikut adat istiadat Perpatih. Adat istiadat suku dan Datuk Undang telah mula dirakamkan secara bertulis semenjak 1700. Ini lama sebelum Mat Salleh masuk menjajah Tanah Melayu.
Apa yang menarik disini ialah sikap 11 suku pendatang yang menghormati orang asal. Mengikut jumlah angka pasti suku pendatang dari Seberang ini lebih ramai dan lebih maju adat istiadatnya. Malah Adat Perpatih datang dari Tanah Seberang. Tetapi ke11 suku pendatang ini menobatkan suku orang asli - Suku Biduanda - menjadi kepala memilih sosok yang akan DiPertuankan oleh semua.
Apa tujuan saya merakamkan sejarah dan adat istiadat ini? Apa sangkut pautya dengan politik hari ini. Ada apa kesah ini bersangkut dengan pembunuhan di New Zealand. Ada kaitan apa adat lama dengan zaman pasca moden.
Sabenar dibelakang konsep suku dan adat istiadat Perpatih ini ada ajaran terbaik dari datuk nenek moyang kita. Ke bukit sama didaki ke lurah sama dituruni. Bulat air kerana pembetong bulat manusia kerana berpakat.
Dimana bumi dipijaK disitu langit dijunjung. Ajaran - bumi dipijak dan langit dijunjung ini - menjadi azimat kepada saya ketika saya merantau dan berkelana dimerata tempat dalam dunia ini. Pada hemat saya ajaran ini masih tepat untuk dipakai oleh anak semua bangsa dan bangsa semua agama dalam dunia yang dilihat semakin kacau.
Saya sampai ke Belgium pada awal 1980’an sebagai pelarian politik. Di Belgium saya bertemu dengan warga dari India, Pakistan, Ghana dan Nigeria yang sama memohon suaka politik.
Bergantang-gantang mereka datang dari India, Nigeria, Iran dan Pakistan. Semua mengklim mereka diseksa da diinyaya oleh kerajaan mereka. Hakikatnya satu dunia tahu mereka ini bukan pelarian politik dalam erti kata sabenar. Mereka ini bukan aktivis parti tapi datang untuk mencari kerja di Eropah. Mereka pelarian ekonomi.
Negara saperti Sweden, Norway dan Denmark ditakrif sebagai negara kapir sekular. Negara sekular ini telah membuka pintu negara mereka kepada ramai pelarian. Negara sekular kapir laknat ini dengan baik hati menyambut pendatang baru ini dengan hati terbuka. Ah lan wa sahlan.
Semua kemudahan disediakan. Dari pengalaman saya sendiri , dalam masa tiga minggu sesudah menjejak ke Belgium , saya telah mendapat dokumen perjalanan dibawah Perjanjian Bangsa Bersatu 1955.
Saya mendapat hak belajar. Saya mendapat dana untuk hidup dan belajar bahasa Peranchis dan masuk universiti. Saya mendapat hak sama saperti warga Belgium kecuali saya tidak dibenarkan pulang ke Malaysia.
Semua ini disediakan oleh negara kapir laknat. Kerajaan kapir ini tidak mengambil kira apa agama kamu, percaya pada tuhan atau tak percaya pada tuhan, apa bahasa kamu, apa keberahian sex kamu - suka lelaki atau suka perempuan - atau apa yang kamu makan dan minum.
Yang penting dan menjadi dasar sosial dalam negara saperti Sweden, German , United Kingdom ialah kebajikan pendatang baru. Kerajaan sekular ini memastikan kebajikan pendatang baru ini dijaga dan diberi perhatian. Amin.
Hak kebajikkan ini menjadi besi berani yang menjemput puluhan ribu pendatang baru ke benua Eropah. Semuanya mengaku sebagai orang pelarian. Ada yang saheh sebagai pelarian politik tetapi majoriti adalah pelarian ekonomi.
Sesudah Perang Telok kita lihat semakin ramai orang pelarian menerbus masuk ke Eropah. Mereka ini adalah mangsa perang di Afghanistan, Iraq, Syria, Libya, Somalia. Mereka menuju ke negara kapir - ke negara sekular Eropah.
Seharusnya sikap pendatang baru ini wajib sama saperti sikap pedatang dari Tanah Seberang lima ratus tahun dahulu yang diterima baik oleh Sakai, Jakun dan Semang di Negeri Sembilan. Maknanya mereka mengamalkan budaya dimana bumi dipijak disana langit dijunjung.
Tapi tidak semua pendatang baru dan orang pelarian ke negara Eropah ini faham dan bersedia mengamalkan budaya dimana bumi dipijak disana langit dijunjung.
Justeru kita terbaca bagaimana Fadime Sahindel telah dibunuh oleh ayahnya di Sweden pada tahun 2002. Kesalahan anak gadis ini kerana dia ada kekasih. Ayahnya pendatang dari Kurdistan yang membawa budaya kolot - mengurung anak perempaun dalam. Kerana ada kekasih maka anak gadis sendiri dibunuh.
Warga kapir Sweden pada 14 Julai 2017 telah terperanjat apabila media melaporkan bagaimana Ramin Sherzaj telah diculik dan dibunuh. Anak muda dari Timur Tengah ini dibunuh kerana dia menjalin hubungan cinta dengan seorang janda.
Pembunuhan genre ini dinamakan - membersihkan aib. Ini budaya Arab. Ini budaya India. Ini budaya Pakistan. Ini bukan budaya kapir Sweden. Budaya kolot ini sah bukan budaya Jakun dan Sakai dari Negeri Sembilan walau pun kami satu ketika dulu makan tupai dan babi.
Mengikut laporan Bangsa Bersatu pada tahun 2000 seramai 5000 perempuan telah menjadi mangsa ‘ membersihkan aib ‘ di Timur Tengah, India dan Pakistan. BBC telah melaporkan data statistik tahun 2010 - terdapat 2,823 kes jenayah membersihkan aib ini berlaku di United Kingdom.
Apa makna pekara yang saya tulis ini?
Maknanya pekara yang saya tulis ini adalah manifestasi akibat dari pendatang baru orang pelarian ini gagal mengamalkkan budaya dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung.
Cuba bayangkan : Pada satu ketika tetiba masyarakat China di Malaysia ini enggan menerima Bani Melayu sebagai penduduk asal Tanah Melayu. Mereka mentakrif bahawa kita semua pendatang Atau tidak mahu menerima Bahasa Melayu sebagi bahasa negara ini.
Maka akan bersuaralah Perkasa. Akan bertempiklah ISMA. Ngo Melayu akan mengumpul kekuatan. Maka akan muncul gerakan ektremis anti Bani China. Suara-suara ektremis ini mahu Bani China dihantar pulang ke tanah asal usul mereka - Tanah Besar China.
Sebenarnya benih dan fikiran ektremis ini sentiasa wujud. Prejudis dan prasangka dan bencikan orang asing ini wujud dalam semua masyarakat negara bangsa. Di Timur di Barat di Eropah atau di Timur Tengah - sekular atau non sekular - perasaan bencikan ‘yang lain yang asing’ ini wujud.
Justeru - yang menyuburkan benih extremis ini ialah ‘orang lain - the other’ Kesampaian orang lain ini menjadi biduk yang memecahkan kiambang. Perangai dan tingkah laku - orang lain dan pendatang baru ini - yang amat berlainan dengan budaya tempatan membajai fikarah ektremis ini.
Di Malaysia - orang luar - pelawat dan pelancung - yang datang melawat Masjid Negara diminta menggunakan pakaian yang sopan. Bila masuk ke masjid wajib membuka kasut.
Kalau kita ke negara Arab kita juga wajib memakai pakaian yang bukan mendedahkan badan. Ini adat tempatan. Anak semua bangsa wajib menghormati tata susila tempatan.
Maka dalam konteks yang sama kita jangan marah - menuduh si Mat Saleh dan si Minah Saleh rasis apabila kita membaca laporan ajensi berita pada 23 Ogos 2016. Berita melaporkan tentang polis Peranchis telah memaksa dua wanita membuka burga mereka ketika mandi di pantai Nice. Kerajaan Peranchis melarang pengunaan burga ditepi pantai milik mereka.
Kita wajib bercelana pendek dan berbikini jika mandi manda di Pantai Laut Tengah. Ada yang berbogel dan ada yang menayangkan buah dada. Ini budaya Eropah. Ini tatasusila tempatan. Kita wajib menghormati budaya dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung.
Kalau warga kapir boleh berjubah ketika melawat Masjid Negara kenapa sesiapa yang mahu ke pantai Nice Peranchis tidak mahu memakai seluar pendek atau baju mandi. Kalau tak mahu memakai pakaian mandi jangan datang mandi manda ke pantai mereka.
Ini sama dengan kita. Jika kamu tidak suka memakai jubah untuk melawat Masjid Negara jangan melawat. Khalas.
Kini dengar pula ada ura-ura untuk memuncul hukum shariah di United Kingdom. Jika tidak suka undang-undang yang membenarkan lelaki kahwin lelaki dan perempuan kahwin perempuan, atau tak suka budaya LGBT di United Kingdom kenapa kamu gila-gila nak berpindah dari Pakistan ke Manchester. Kenapa kamu tidak pindah ke Saudi Arabia.
Atau kenapa kamu gila-gila nak masuk belajar ke Oxford atau Cambridge. Pergilah belajar ke Libya, Sudan atau Pakistan.
Datuk nenek moyang saya orang asli dengan bijak telah melahirkan adat untuk ikutan anak cucu cicit. Adat ini dipatuhi bukan kerana dijanjikan perempuan cantik lagi bergetah sebagai hadiah. Jika adat ini tidak dipatuhi tidak pula dirotan atau dipancung lehernya.
Kepada pendatang dan ‘yang lain- the other’ mereka patut menghayati budaya dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung. Ini untuk kesejateraan umat dalam dunia yang makin berasak-asak. Saya beri ingatan ini kerana ada hantu raya sedang menungu untuk membuat kacau. Siapa hantu raya ini? Tunggu minggu hadapan. (tt)
NOTA
- tulisan ini telah disiarkandalam SUARA KEADILANsesiapa ingin melangganakhbar mingguan inisila pukul talipon03-92-21-10-45
--------------
5 ulasan:
Wha takmasuk apa yg lhu penakan lhu orang jakun dari mentaliti org jakun orang jakun structurenya dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung malahan keturunan Jacob's juga berfalsafah begitu king James Brooke juga Christopher Columbus juga Thomas Edward Lawrence juga bani al Saudi dan keturunanya semua bermula dgn menjajah minda menjarah sejarah dgn istilah keramat dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung bani Israel telah mengalas tugas dimana langit dipijak disitu langit dijunjung ini ideology purba dan tiada beza dgn ketuanan melayu awan berarak hitam biru merah putih kekadang gerhana Pelangi muncul selepas hujan berbagai watak untuk diukir arca berdiri senja sometimes.
Lhu boleh menilai issue critis tak mudah mengapai gritis hahaha tueeeik tak gritis tak puitis bro hahaha.
Sedang dalam misi menyelam ker Pak TT?
syukur masih terbit dalam suara keadilan. Ingatkan suara ppbm ! KAH KAH KAH
Oh tuhanku hampir terpancut aku melihat gambar tuan
dah la sakai. kau pegi daftar mengundi dulu laa baru sembang politik. ph dah menang, kau masih tak percaya ke pru boleh ubah kerajaan? tunaikan tanggungjawab kau tu dulu baru la sembang politik, pau atau apa2 tajuk berkaitan. ke kau takde ic? kahkahkah
Catat Ulasan