Isnin, 4 Mac 2019

SATU PANDANGAN









KENYATAAN MEDIA

PH KALAH 
SEBAB KAMI TIDAK 
LAGI PEGANG KEPADA JIWA PH

Saya Merujuk kepada kekalahan yang dialami oleh Pakatan HARAPAN (PH) di Pilihanraya Kecil Semenyih. Ramai telah membuat analisis dan pandangan pasca PRK, namun ada perkara lebih asas yang tidak disentuh. Perkara tersebut bersangkut paut dengan jiwa dan roh yang dijadikan perjuangan blok pembangkang selama ini, dan terus dibawa oleh PH dalam PRU-14. Saya menganggap kami telah terpesong daripada perjuangan dan ekoran daripada itu, jiwa PH menjadi makin pudar. 

Apa yang diperjuangkan oleh blok pembangkang selama ini adalah jauh berbeza dengan blok pembangkang sekarang. Blok pembangkang sekarang menjalankan plot politik mereka dengan agenda perkauman dan agama sempit. Blok pembangkang dahulu, mahupun Pakatan Rakyat ataupun Pakatan Harapan, meyakinkan rakyat bahawa untuk menyelamatkan negara kita, kita perlu melaksanakan reformasi. Bukan reformasi runcitan, tetapi reformasi secara pukal dan luas: dari masyarakat ke keluarga, dari pusat ke daerah, dari bandar ke desa, dari bangunan fizikal sehingga ke jiwa dan mental rakyat. 

Kedua, kami meyakinkan rakyat bahawa cara terbaik untuk membantu rakyat adalah dengan menjalankan dasar afirmatif mengikut keperluan. Perjuangan ini tidak bercanggah dengan perlembagaan dan institusi teras negara. Ianya juga selari dengan jiwa rakyat iaitu membantu golongan yang susah, tertindas dan terpinggir. Kejayaan untuk membantu golongan marhein samaada nelayan, petani, pekerja ataupun suri rumahtangga, akhirnya Orang Melayu yang menjadi majoriti negara ini akan mendapat manfaat maksimum, dan tidak lagi diculik oleh agenda perkauman sempit yang mana rekodnya terbukti gagal selepas eksperimen sejak 60 tahun lepas.

Ketiga, kami percaya kepada falsafah pertumbuhan ekonomi dengan tata kelola yang telus dan bertanggungjawab. Amalan rasuah harus dihapuskan bukan sahaja dari segi undang-undang, tetapi juga budaya dan sikap masyarakat. Hasil pembangunan diagihkan secara adil kepada seluruh lapisan masyarakat dan bukan dikuasai oleh kroni dan segelintir elit. Hasilnya, rakyat yang merupakan majoriti akan mendapat manfaat.

Saya menganggap PH kalah atas sebab kami tidak lagi berpegang kepada jiwa tersebut. Rakyat menjadi skeptikal kepada PH. Kami nampak terpesong daripada landasan asal, maka dihukum oleh rakyat semua kaum dan agama. Saya perlu memberi peringatan kepada semua bahawa gelanggang kami adalah gelanggang rakyat. Usah bersaing dengan mereka di gelanggang perkaum dan agama yang kolot dan ketinggalan zaman. Kekal yakin dan tenang terhadapa perjuangan kami. Buktikan agenda reformasi dan gandakan usaha di semua peringkat. Akhirnya rakyat yang dapat merasai rasa perubahan itu akan menyokong PH.

YB LEE CHEAN CHUNG
BENDAHARI AGUNG KEADILAN





----------------------

3 ulasan:

Cekpit Kelima berkata...

Sudah2lah libatkan semua dgn perkauman. Bukan perjuangan UMNO PAS sahaja yg perkauman, DAP yg menyatukan Cina India pon adalah perkauman. Selagi hujah perkauman ditimbulkan selagi itulah wujud perkauman di bumi ini. PH kalah bukan kerana perkauman. Semua dah maklum PH kalah kerana janji2 sendiri. Rakyat bukan bodoh hanya kerana kembali menyokong Najib. Rakyat meluat melihat jentera perundangan digunakan utk menekan PAS dan musuh PH. Mana reformasi utk bebaskan sistem kehakiman? Yang rakyat nampak SPRM, Pejabat AG digunakan utk memburu musuh, sama spt BN sblm ini. Khalas.

Tanpa Nama berkata...

Tuan TT tolong bagitau PAK2 MENTERI Pakatan Harapan jadi menteri satu penggal sudah cukup tak payah lama2 sangat nanti rakyat meluat''Di US KEBANYAKAN MENTERI mereka belum sampai satu tahun dah cau.Pencen gerenti dapat apa nak susah sangat tentang masa depan..Kerja lama2 jadi menteri pun lama2 tak sedar diri berilah peluang orang lain pula.

Tanpa Nama berkata...

PH tiada strategi bersepadu utk menyerang balas segala trolling dlm internet. hingga 'malu apa bossku' diterima baik oleh rakyat sbg ungkapan sinis kpd PH. sepatutnya PH jadikan ungkapan ini sbg suatu yg memalukan dr sorg penyamun terbesar dunia. knp isu ini tidak dimainkan bg menenggelamkan pembangkang? gambar2 harta rampasan dirumah xpm tu sepatutnya dimainkankan supaya terpahat diminda rakyat sbg suatu jenayah.