Khamis, 30 Mei 2019

ISLAM BUDAYA DAN HARI RAYA








ISLAM BUDAYA & HARI RAYA

Jika kita membaca dengan teliti Batu Bersurat  Kuala Berang Terengganu maka kita  dimaklumkan  bahawa agama Islam Arab telah sampai ke Tanah Melayu anggaran tahun 1303. Siapa membawa dan dari mana masih dalam kajian dan teori. Apa yang saheh bahawa pada ketika itu Bani Melayu telah memiliki tuhannya yang dipanggil   Dewata Mulia Raya. 

Batu Bersurat ini adalah tanda rakaman  permintaan  memasukkan agama Arab – agama Islam -  ke alam Melayu melalui persetujuan Dewata Mulia  Raya. Amin

Sejarah moden hari ini merakamkan satu pandangan bahawa negeri Melaka telah wujud seawal 1262 Tahun Masehi. Kita juga diberitahu melalui Salatul Salatin bagaimana warga Melayu Melaka yang ketika itu bukan beragama Islam telah terperanjat  hairan apabila melihat ahli perniagaan dari  Timur Tengah atau India tunggang tunggit  di tepi pantai. Ini dikatakan  berlaku pada tahun 1404.

Kita juga diberitahu bagaimana Sultan Melaka Parameswara  bemimpi dan ‘anunya’ dipotong. Lalu Baginda  menganut agama peniaga Arab yang datang mencari rempah rampai di Melaka. Sama ada ini dongeng atau mitos  bukan  babak ini yang dibincangkan dalam tulisan  ini. Apa yang saheh  ialah apabila Raja memelok agama Islam maka  rakyat dan pengikut Baginda juga memelok agama yang sama.

Saya amat yakin agama Islam dizaman Kesultanan Melaka amat murni. Allah ketika  itu didakwahkan sebagai  Yang Maha Pemurah lagi Penyayang. Islam belum lagi menjadi agama  ritual. Islam belum lagi menjadi agama yang  suka melarang . Islam belum lagi menjadi agama suka menghukum dan menyusahkan penganutnya – saperti hari ini. Jika pada ketika  itu Islam memiliki perangai saperti Islam hari ini  mungkin Sultan Melaka tidak akan membuat dongeng tentang ‘anunya’ yang tersunat.

Hakiktanya Islam yang datang ke alam Melayu tidak dilembagakan. Islam bukan agama daulah. Islam datang sebagai agama suci untuk umat manusia.

Fakta  sejarah membuktikan bahawa Bani Melayu  sebelum 1404  telah memilik asas beragama. Justeru  kedatangan   dan penerimaan Islam tidak menimbulkan masaalah.  Melayu pada ketika itu telah ada tuhan – Dewata Mulia Raya. Terus diganti dengan Allah  yang menjadi Yang Maha Esa. 

Bani Melayu percaya kepada mahlok halus. Melayu percaya bahawa pokok berhantu. Hutan berhantu. Batu dan busut berhantu. Hidupan memiliki semangat. Dalam Islam makhlok halus ini ialah Jin dan Malaikat.  Konsep semangat Bani Melayu diganti menjadi roh. Justeru tidak ada perbalahan untuk Bani Melayu menerima  konsep roh, Jin dan Malaikat.

Ritual-ritual Islam datang  menyerap  masuk ke Alam Melayu  dengan harmonis. Justeru bersemah dan berancak akan dimulai dengan Bismilah. Melayu memiliki tangkal sebagai azimat pendinding. Kini tangkal masih lagi menjadi azimat. Kini dalam tangal terselit  beberapa baris surat  Yassin. Walhal  tangkal  adalah konsep  agama lama Melayu. 

Jampi dan serapah Melayu adalah sebahagian dari perubtan Melayu. Dizaman sebelum Islam jampi dimulai dengn bacaan Ooom. Bila Islam sampai Melayu masih berjampi dengan  dimulai penambahan  Bismillah. Jampi akan diakhiri dengan doa. Kalau sebelum Islam sampai ke Melaka dukun dan bomoh melalui jampi dan serapah akan  meminta pertolongan  Dewata Mulia Raya. Satelah memelok  Islam bomoh , pawang dan dukun meminta  pertolongan dari Allah.

Agama Bani Melayu  sebelum Islam sampai telah  memiliki konsep syurga  dan neraka.  Memiliki konsep paha dan dosa. Perkataan-perkataan ini  berasal dari Bahasa Sanskrit .  Konsep  ini tidak diubah agar  senang difahami oleh  Bani Melayu. Dan amat senang untuk diterima  pakai. Malah didalam syurga juga ada Bidadari. Konsep bidadari ini telah wujud  sebelum 1404. Maka  konsep bidadari  dalam syurga terus diguna pakai hingga ke hari ini di alam Melayu Nusantara. Amin.

Apa yang ingin saya paparkan disini ialah agama Islam menjadi selari dengan budaya Melayu Nusantara. Bumi tropikal yang indah permai telah lama dilihat oleh Bani  Melayu sebagai syurga. Justeru apabila para Ustad menggambarkan  keindahan syurga maka Bani Melayu membayangkan hutan hijau dan bunga-bungaan saperti  taman bunga dalam Istana. Sungai yang mengalir dalam syurga mungkin menarik perhatian Bani Arab yang hidup dipadang pasir. Dan tidak pernah melihat sungai dan air terjun.   Tetapi untuk  Bani Melayu   gambaran air  sungai dalam syurga bukan satu yang asing. Ianya  sama saperti air terjun Jeram Toi di Jelebu atau aliran air Sungi Gabai Hulu Langat. Amin.

Hari ini ada pelbagai bentuk dan jenis Islam. Pasti mustahil untuk  menolak kenyataan ini. Hakikatnya Islam itu adalah kepercayaan. Islam bukan  lagi milik Arab. Islam telah menjadi sejagat.  Dalam kepercayan  kita diberi pilihan – percaya atau tidak percaya. 

Di bumi tropical Malaysia ini kita sedang melihat kepelbagaian Islam. Bukan Islam Sunni atau Islam Shiah yang saya maksudkan. Bukan. Bukan. Bukan.

Di Malaysia pada hemat saya ada pelbagai bentuk Islam. Ada apa yang saya panggil Islam kad Pengenalan, ada Islam keturunan, ada  jadi Islam untuk dapat projek, ada Islam ritual,  ada Islam politik dan  ada Islam budaya.

Islam budaya inilah yang pada hemat saya amat penting peranannya dalam kontek beragama Di Malaysia.  Islam budaya ini amat amat menarik walau pun  tidak ramai yang sedar bahawa ianya wujud.  Hari ini Islam budayalah yang menjadi teraju dan panglima kehidupan Bani Melayu. Islam budaya ini tidak disedari ianya wujud kerana ianya telah menjadi sebahagian dari kehidupan. Budaya itu ialah kehidupan.  Dalam pemahaman Islam budaya agama itu sabenarnaya adalah sebahagian dari kehidupan.

Islam budaya ini bukan Islam ritual. Islam budaya bukan Islam dakwah.  Jauh sekali Islam Taliban. Islam budaya lahir dari air, udara , sungai, gunung bukit bukau kayu kayan Bumi Melayu. 

Dalam alam tropical ini   budaya  Melayu telah wujud sebelum sampainya Batu Bersurat. Budaya Melayu telah sedia ada sebelum  Parameswara menjadi mualaf.  Bila Islam sampai budaya Melayu secara terbuka menerima agama baru ini dalam kontek budaya. Ini sama saperti kesampaian agama Hindu yang lebih awal dari Islam. Hakikatnya  sebelum agama Hindu sampai dari India budaya Melayu telah  wujud.   Bani Melayu telah wujud sebelum Hindu. Bani Melayu telah wujud  sebelum Islam. Inilah asas  untuk memahami kewujudan Islam budaya.

Manifestasi utama  Islam budaya ini ialah sikap tolerensi. Tolerensi disambut baik dengan sikap  keterbukaan Bani Melayu untuk menerima  apa yang menarik, apa yang baik dan boleh untuk memperkayakan budaya Melayu itu sendiri. Justeru budaya Melayu menerima  dan merayakan Hindu.  Melayu menerima Islam. Melayu menerima Isa dari Nazareth.

Konsep-konsep agama Hindu bersepah-sepah masih diguna pakai. Kewujudan konsep ini memang tidak disedari kerana  iaya telah menjadi budaya – menjadi sebahagian dari kehidupan.

Sikap tolerensi sabenarnya adalah  kekuatan Bani Melayu. Justeru  Melayu di Pilipina  merayakan agama Kristian.  Manakala  Melayu di Bali merayakan  Hindu.  Tidak ada masaalah. Amin.

Pasti ramai akan bertanya dan tertanya-ranya apakah ciiri dan pola Islam budaya?

Pada hemat saya contoh  terbaik untuk memahami Islam budaya  ialah melihat kesampaian bulan puasa dan hari raya.  Puasa dan hari raya yang kita rayakan di Malaysia ini adalah manifesatai Islam budaya. Puasa dan berhari raya di Malaysia  bukan  Islam ritual.

Ini bukan pula bermakna Islam budaya  wujud tanpa ritual atau amalan.   Ada  amalan tetapi amalan ini bukan panglima. Islam budaya  mengamalkan  dan mengikut ritual waktu mula berpuasa dan waktu  berbuka puasa.  Ritual atau amalan ini ditaati. Tetapi amalan ini bukan pemandu. Yang menjadi panglima dan pemandu Bani Melayu pada bulan puasa ialah budaya Melayu.

Kewujudan bazar Ramadan adalah contoh terbaik Islam budaya. Seribu satu  macam jenis kueh  Melayu tradisional  muncul  untuk dijual dalam bulan puasa. Islam budaya  merayakan bulan puasa dengan  lauk pauk, kuih muih dan makanan  menarik. Malah Islam budaya yang toleren menerima masuk makanan baru saerti Roti John dan Goreng Pisang Cheese. 

Islam budaya  juga telah menerima masuk budaya ang pau dari budaya China. Sama saperti  zaman kerajaan Melayu Melaka dahulu , Bani Melayu telah mengubah suai ang pau untuk menjadi menjadi duit raya. Dari sampul merah – gong hee fat chai – ianya ditukar  dengan sampul hijau degan ucapan selamat hari raya. Ini manifestasi keindahan Islam budaya.

Tidak cukup dengan duit raya Islam budaya  sedang merayakan malam tujur likur. Bermain  bunga api dan  membakar mercun  bukan ritual Islam Arab. Ada yang tidak faham makna bunga api dan mercun. Justeru dilarang  berbunga api dan membakar mercun. Ini sikap bebal yang tidak faham apa  makna merayakan. Mercun dan bunga apa itu adalah tanda dan makna kita sedang merayakan. Bakar  bunga api dan bakar mercun adalah nahu untuk memberi tahu  Dewata Mulia Raya bahawa kita amat bergumbira.

Pada bulan puasa sila lawati  kampong-kampong disekitar Sayong Kuala Kangsar – dikampong tepi tebing Sungai Perak.  Disini  wujud satu lagi manifestasi Islam budaya. Diwilayah ini anak-anak muda akan membakar meriam buluh atau meriam besi dengan menggunakan karbide. Dari Kampong Hulu anak anak muda akan berlawan tembakan dengan Kampong Hilir.  Dum dum dum ini adalah manifestasi Islam budaya.

Bila hari raya sampai  Bani Melayu akan mengadakan  rumah terbuka untuk sesiapa sahaja yang melintasi dihadapan rumah mereka.  Islam Iraq, Islam Saudi  atau Islam Pakistan tidak memiliki budaya meriam buluh jauh sekali konsep   rumah terbuka. Hanya Islam budaya di Malaysia yang memiliki rumah terbuka.

Apa yang ingin saya  sampaikan disnilah ialah kekuatan Islam budaya. Manifestasi yang saya sebutkan adalah  tanda kekuatan Islam budaya.  Sabenarnya , tanpa disedari majoriti penganut Islam di Malaysia ini terangkum  ke  dalam mazhab Islam budaya. Bukan mazhab Sunni atau Shiah.

Islam budaya ini  toleren, terbuka tanpa menjanjikan syurga atau neraka. Tanpa menaburkan larangan. Tanpa memiliki sikap suka menghukum. Tanpa keharmonian Islam budaya mustahil Parameswara ingin jadi mualaf.  Selamat Hari Raya. Selamat merayakan Islam Budaya. (TT)

NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan 
akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-10-45


---------

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sob-sob, pilu bila baca pasal berlawan tembakan meriam buloh.it touched my heart, me lord. Tapi, Islam Budaya adalah "konsep". Cuma, realiti lain cerita lah.

Tanpa Nama berkata...

bro..pedagang islam yg dtg sini tu bukan pedagang saja malah mereka adalah pelarian yg mahu dibunuh oleh islam2 yg wujud dimekah, di madinah serta diiraq kota baghdad kota ilmu..yg berdagang itu juga adalah keturunan ali fatimah yg mahu dibunuh..bila semakin ramai student2 belajar nak jdi ulama jd profesoor maka mrk belajar di middle east, uni mekah uni madinah atau al azhar..tok2 guru yg ajar student2 di universiti2 ini tidak melakukan kebaikan kpd masyarakat setempat..masakan pengertua univ mekah dan madinah nak fuckwakan raja saudi yg mbunuh negara jiran sbg pembunuh sdgkan universit2 itu ditaja kerabat saudi?atau apakah profesor2 al azhar nak haramkan kegiatan profesor senior yg tipu tabung warga mesir atas nama islam?lihat saja dimalaysia, mana ada mufti2 yg berani tegur nafsu buas raja dan sultan..nabi cuma tinggalkan dua perkara, hadis dan quran..byknya berkisar hukum dan jauh skali berkisar sejarah sb kerajaan saudi sendiri menutup sejarah nabi dan ali..tp siapa ada kisah..cukup sekadar kata vape haram dan perdana menteri mencuri masih bebas mencuri tp tidak duhukum menurut hudud..malah hudud ditangguh dan ditangguh sb tuhan juga bertangguh..syukur ada islam, islam memberi hasil lumayan kpd umat.

Tanpa Nama berkata...

Pembetulan yob. Pesta moroyam buloh tu kt kg talang kuale kangsor. Kg sayong ade labu tanah je yob. Hehe