JANG OOOI
EKAO GADUH
BEROBOT APO?
Pengerusi Perhubungan Negeri PKR belasah pegawai penyelidik Anwar
KUALA LUMPUR – Seorang Pengerusi Perhubungan Negeri Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini dalam siasatan polis selepas didakwa membelasah pegawai penyelidik parti itu pada bulan Ramadan lalu.
Suspek sebelum ini merupakan salah seorang pegawai Datuk Seri Anwar Ibrahim, dikatakan disiasat atas dakwaan mendatangkan kecederaan ‘parah’.
Mangsa pula adalah seorang penyelidik yang bekerja dengan Anwar.
Mereka berdua dikatakan telah bertelagah mulut sahaja.
Namun, pertengkaran itu menjadi lebih serius dan bertukar ganas apabila mangsa dikasari dengan teruk.
Dalam kejadian itu, mangsa dikatakan mengalami keretakan tulang, selain kecederaan lain.
Susulan kejadian itu, mangsa bertindak membuat laporan polis di Balai Polis Petaling Jaya pada 26 Mei lalu dengan melampirkan laporan perubatan dari sebuah hospital swasta.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, yang dihubungi MalaysiaGazette, mengesahkan menerima laporan kejadian tersebut.
Namun, beliau enggan mengulas lanjut kerana kes itu sedang disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan.
Sumber yang enggan namanya dikenali memberitahu MalaysiaGazette, beliau juga terkejut dengan insiden berkenaan kerana ia berpunca daripada salah faham kecil yang kemudiannya meleret sehingga tumbuk menumbuk.
“Saya difahamkan mangsa telah dikasari sehingga mendatangkan kecederaan berdarah.
“Mangsa juga terkejut, tidak percaya apa yang telah berlaku kepada dirinya.
“Cerita sebenar kita tidak pasti lagi tapi biar polis sahaja siasat, perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku,” ujarnya. – MalaysiaGazette
ADAKAH INI
KES JAMBU
BEREBUT CINTA
KASEH SAYANG
SAJE TANYA
JANGAN MARAH
KAH KAH KAH
----------
2 ulasan:
Puak2 dlm PKR ni memang kaki gadoh,kaki baling kerusi,kaki jilat punggung.Dulu bos ku kata nak terajang semua tu tp smp sekarang kaki pun dok rok angkat.Tggu Azmin pula nak terajang bos ku takut ape...
Farhash ni mmg emo sket TT. Dia tak leh tgk orang rapat dengan DESAI. DESAI stim tgk anak2 ikan dia gusti giteww...
Catat Ulasan