Khamis, 25 Julai 2019

INI AMAT PELIK







WOIT

NI BUKAN

TT CAKAP

Bolehkah Anwar jadi PM, tanya bekas pegawainya

BEKAS pegawai kanan Anwar Ibrahim mempersoalkan wajar atau tidak presiden PKR itu jadi calon perdana menteri ketika beliau gagal menunjukkan kepimpinan dan mengawal partinya sendiri.

Bekas setiausaha akhbar Anwar, Khalid Jaafar bertanya, kalau sebagai presiden pun Anwar tidak boleh menjaga kestabilan PKR, bolehkah beliau memastikan kestabilan Malaysia kalau jadi perdana menteri.

Dalam tulisan di Facebook yang memetik kisah klasik Cina, Hikayat Tiga Kerajaan dan membandingkannya dengan perjalanan politik Anwar, Khalid melontarkan soalan adilkah untuk rakyat Malaysia kalau Anwar jadi perdana menteri.

“Persoalan paling agung di hadapan rakyat Malaysia pada hari ini, apakah Anwar sebagai sebagai orang yang gemar kepada ketidakstabilan, sendiri mencipta kacau bilau dalam parti dan dilihat tidak dapat berlaku adil kepada semua ahli parti berupaya untuk mempertahankan kestabilan dan ketenteraman negara serta memberi keadilan kepada semua?

“Akan tetapi sudah ada janji. Janji mesti ditepati. Tetapi adakah dengan menepati janji tersebut akan menepati keadilan?” katanya dalam satu tulisan di Facebook hari ini.

Menurut Khalid, persoalan itu perlu direnung oleh rakyat Malaysia khususnya ahli dan pemimpin PKR “yang mengambil ‘Keadilan’ sebagai namanya”.

Untuk menghuraikan maksud “keadilan”, Khalid memetik ahli falsafah Yunani, Plato mengenai wajar atau tidak mengembalikan pisau yang dipinjam kepada tuannya yang sekarang sudah gila.

Menurut Plato, dalam keadaan begitu, memulang pisau seperti perjanjian bukan lagi sesuatu yang adil.

“Rakyat Malaysia memerlukan keadilan. Kita renungkanlah!,” kata Khalid.

Tulisan ini menyusul tidak sampai seminggu selepas Khalid menyarankan agar Anwar bersara saja daripada politik.

Khalid adalah setiausaha akhbar kepada Anwar semasa bekas timbalan perdana menteri itu dalam kerajaan Dr Mahathir Mohamad sebelum pemecatannya pada 2 September 1998.

PKR kini terbelenggu dalam kemelut kepimpinan susulan penyebaran rakaman seks dua lelaki yang dikaitkan dengan timbalan presiden parti Mohamed Azmin Ali.

Azmin keras menafikan tuduhan dan menyifatkannya sebagai perancangan jahat untuk memusnahkan masa depan politiknya.

Siasatan polis juga mengesahkan penyebaran rakaman seks itu bermotifkan politik untuk menjatuhkan seseorang, kata Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador.

Polis sudah menahan 11 orang termasuk setiausaha politik kepada Anwar, Farhash Wafa Salvador Farhash Rizal Mubarak yang dibebaskan semalam selepas direman lapan hari.

Bekas ahli PKR Haziq Abdullah Abdul Aziz yang mengaku beliau individu dalam rakaman seks itu dan Azmin pasangan intimnya juga dibebaskan semalam.

Semalam juga, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak mahu diperalatkan untuk tujuan politik, terkait dengan penyebaran rakaman seks itu – 24 Julai, 2019.


PAK KHALID 

INI PENASEHAT

RAPAT DASAI

GUA NAK TANYA

PASAI APA

SEMUA GENG

RAPAT DASAI

SEMUA CABUT 

LARI 

TERUS  HILANG

KEYAKINAN

DG MAT DASAI

SAJE TANYA

KERANA

AMAT PELIK
---------

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

AKU PUN PELIK JGK KAU DULU PUN TT BUKAN MAIN BAIK DGN BANG NOM. KENAPA SKRG DAH CABUT LARI? JI MRSTI KES KKS (KURANG KASIH SAYANG) NI. PUKIMAK KAU LA TT. ORANG SIBUK NAK BINA MALAYSIA BARU KAU SIBUK NAK SEKAT BANG NOM JADI PM. KAU BALACI UMNO KE

Unknown berkata...

Mmg anwar tk blh jd piem..yg blh bang jemin je sorng. Klau bng jemin jd piem deq harziq sah sah nk rujuk blik

Tanpa Nama berkata...

POLITIK | Baru baca tulisan Isham Rais tentang berahi. Cukup kita kata ada beza tulisan tentang berahi daripada orang yang ‘tak berkahwin’ dan ‘berkahwin’ (baca: berparti politik). - Amin Ahmad

Unknown berkata...

Hari tu hamid bador ckp pelaku dlm vdeo tkleh nk cam..hri ni plk ckp AGC yg wat kputusan psl nk wat tngkpan. Tu hmid bador yg ckp, bukn AR badul. Bsok Tora dtg lg dgn lawak ajaib...

Tanpa Nama berkata...

'Bekas' pun cari makan.Bertanding Hulu Selangor pun kalah. Macam mana pakar peopaganda pun boleh kalah? produit? Kah kah

Tanpa Nama berkata...

Orang melayu dulu2 punya petua,kalau paknya buang tebiat, maknya akan cakap pada anak,itu bapak kau BUANG TEBIAT nak berbini baru. Sekarang ni pkr patut kasik saja pak nuar kawin lagi sorang janda,hantar saja pergi pulau mana Mana jajnji jangan kacau Mami wawi kerja.sudah lama simpan jel air sudah naik.

Anonymous berkata...

Khalid jasfar dah masuk geng semburit..semburit tunggu masa kena dihabiskan..khalid pon masuk kubor..

Anonymous berkata...

Cskap orang gila ko.percaya?..

Tanpa Nama berkata...

tanpa pak khalid, siapa la anwar ibrahim..idea2 dan ucapan2 power anwar diukir difikir dan ditulis oleh pak khalid..syabs pak khalid..berani lawan tokey..seblm jd PM lebih baik jgn jadi PM, kalo anwar jd PM maka badi dan bedalan terhadapnya makin kuat..kalo anwar takut dgn buku penulis cicak kubin dgn repot polis, kalo anwar jd PM maka dasar diktator akan anwar lakukan..lihat saja prk PD..ramai ngo2 yg tegur sikap anwar..tp anwar buat dek muka tak malo..dulu geng2 pink form anwar lari sb anwar diliwatkan..kini geng2 anwar juga lari..mungkin sb anwar dah ada mulut baru dan bakal menteri besar perak..bodoh politik si wafa tu..mcm azwan bro bangangnya..