Khamis, 25 Julai 2019

KEBERAHIAN ANWAR IBRAHIM





KEBERAHIAN ANWAR IBRAHIM
Keberahian ialah keinginan. Dalam bahasa Inggeris keberahian ialah desire. Dalam bahasa Peranchis keberahian ialah le désir.  Keberahian datang dari induk kata – berahi.

Sebagai manusia kita jatuh berahi terhadap sesuatu yang dapat dilihat. Kita juga boleh jatuh  berahi dengan  objek  yang dapat dipegang dan dlihat. Misalnya,  Si Mamat ini berahi pada cendul atau  Si Mamat ini berahi kepada basikal.

Manusia juga boleh jatuh berahi pada yang halimunan.  Berahi  kepada   konsep yang tidak dapat dilihat. Misalnya Si Mamat ini berahi kepada kebenaran. Si Mamat ini berahi  kepada kesaksamaan. 

Manusia juga boleh berahi kepada manusia yang boleh dilihat dan dipegang. Si Mamat ini  jatuh berahi kepada Si Mamat itu. Jangan silap tafsir berahi sesama manusia tidak samestinya keberahian  ini disadur dengan unsur seksual.  Berahi tidak samestinya seratus peratus seksual.

Satelah memahami konsep berahi maka mudah untuk saya  memberi  pencerahan tentang suasana politik apa yang sedang berlaku sekarang.  Pada ketika ini satu keberahian sedang mengancam  dan mengamok pesada  politik  Malaysia. Hari ini di Malaysia berahi dan politik sedang ikat berikat – kait mengait. 

Justeru, keberahian ini  menimbulkan  heboh heboh politik yang bising dan rancak.   Ketika saya menulis  tulisan ini Setiausaha Politik Anwar Ibrahim – Salvador Wafa   masih dalam lokap. Ketika saya menulis – pagi  Senin 22 Julai 2019 -  media telah melaporkan tentang seorang  YB dari Selangor akan dipanggil ke Bukit Aman. 

Umum juga telah diberitahu ada lagi sosok-sosok yang sedang dicari oleh polis. Siapa yang polis  khendaki hanya Guru Nanak yang tahu. Amin.

Apa makna semua berita ini. Apa kaitan berita  berita ini dengan berahi. Justeru  menjadi tugas saya  untuk memberi satu garis pencerahan tentang babak dan berita-berita politik terkini yang sedang dipentaskan dihadapan mata kita semua. 

Dari segi pemikiran  yang  tuntas  kita wajib  memahami apa itu sebab dan apa itu  musabab. Apa itu isi dan apa itu kulit. Apa itu induk, apa itu pati  dan apa itu manifestasi.  Dalam proses pencerahan fikrah kita wajib memahami isi dan manifestasi.  Jika hanya memahami manifestasi maka pemahaman kita menjadi  tempang. Isi dan manifestasi wajib difahami bersama.

Dalam politik semua diatur  - semua disusun. Tidak ada  satu pun babak politik yang terjadi dengan sendiri. Ada sebab  ada musabab dan ada penyebab. Hukum ini tidak beralih-alih. Ini hukum politik.

Justeru semenjak malam 9 Mei 2018 – politik Malaysia telah dibajak oleh keberahian  Anwar Ibrahim. Apa dia keberahian Anwar Ibrahim ini.  Keberahian Anwar Ibrahim ialah untuk menjadi Perdana Menteri. Anwar berahi untuk menjadi Perdana Menteri salepas Mahathir.

Anak semua bangsa dan bangsa semua agama rakyat Malaysia telah dikepong dan dipaksa tunduk  dihadapan dulang  keberahian Anwar  Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri.

Apa yang saya garap ini bukan omong kosong. Bukan  kerana dedak. Bukan fitnah dan tohmah. Bukti apa yang saya tulis ini cukup senang. Umum tahu - saban hari, saban minggu  dan saban bulan persoalan bila agaknya  Mahathir akan berudur terus menjadi tajuk berita. 

Satu Malaysia heboh berlabon hal ini.  Diruang  mana sahaja kita  duduk dan berbual maka persoalan  siapa sesudah Mahathir  akan timbul. Hasilnya – seolah-olah inilah agenda numero uno politik Malaysia

‘ Mahathir akan lepaskan pada Anwar atau tidak.. ..Mahathir menepati janji atau tidak… Dua tahun atau berapa lama…’

Soalan ini menjadi persoalan para wartawan. Tidak  sudah sudah wartawan bertanya.  Bertanya. Menyoal. Bertanya.  Pada awalnya pertanyaan wartawan tentang tarikh Mahathir berundur dibaca secara jujur. Anak semua bangsa mahu juga tahu tentang masa depan negara. Ini bukan satu yang salah.

Tetapi apabila setiap minggu dan setiap bulan soalan yang sama ditanya maka saya yakin ada wartawan yang dicucuk.  Ada wartawan yang dibelai. Ada wartawan yang diatur. Ada wartawan yang diupah untuk bertanya soalan yang sama berkali-kali kepada  Mahathir.

‘ Wahai Mahathir bila kamu nak berundur. Wahai Mahathir bila berundur   siapa akan mengganti kamu. Wahai Mahathir apakah saheh pengganti kamu ialah  Anwar Ibrahim dan bukan Jonah…’ Soalan ini ditanya berulang-ulang. Kah kah kah.

Dimana saja Mahathir berada soalan ini akan dilontarkan.

Bila Mahathir melawat Kajang  ada wartawan bertanya di Kajang. Bila Mahathir melawat Port Dickson  soalan yang  sama di tanya di Port Dickson,  di Pulau Pinang , di Melaka, di Alor Star. Bila Mahathir ke New York soalan sama muncul. Soalan ini juga muncul  di Australia, di London dan di India. Mahathir juga ditanya apabila Mahthir melawat Jepun.  Kali akhir wartawan di Bangkok bertanya soalan yang sama.

‘ Bila Mahathir akan melepaskan jawatan… Siapa pengganti  Mahathir… Dua tahun atau berapa tahun ?...’

Tidak cukup dengan ini ajen-ajen Anwar  yang memanggil diri mereka REFORMIS  juga menimbulkan soalan yang sama.  Pada awalnya seorang YB bernama Abdullah Sani telah mengeluarkan mukadimah tentang rancangan Mahathir. 

Dalam masa yang sama Abam Anwar juga terus mendabik dada mengakui bahawa dialah sosok yang  telah dipilih Mahathir. Abam berceramah ke hulu ke hilir bahawa  Abamlah yang akan menggantikan Mahathir. Nama Abam ialah Anwar bin Ibrahim. Abam telah diamponkan oleh Yang Di Pertuan Agong kerana kesalahan  meliwat Saifol Bukhari.  Kerana telah ada pengamponan maka Abam berhak  menjadi  Perdana Menteri ke 8.  Kah kah kah.

Keberahian Anwar Ibrahim ini meluap-luap. Keberahian Anwar  memancut mancut hingga terpancut ke hujung lengan.  Keberahian inilah yang menjadi  isi pati politik Malaysia  hari ini.  Keberahain inilah yang melahirkan manifestasi politik terkini.

Hakikatnya keberahian Anwar Ibrahim inilah yang sedang membajak dan mencengkam politik Malaysia.  Semenjak kemenangan Pakatan Harapan ada 9 Mei 2018 dahulu  keberahian Anwar Ibrahim ini telah melahirkan  pelbagai bentuk manifestasi politik.

Apa yang menaikkan kemarahan orang ramai ialah keberahian Anwar Ibrahim hendak jadi Perdana Menteri ini telah memesongkan ajenda reformasi. Keberahian Anwar Ibrahim ini telah memandul cita-cita perjuangan untuk    membuka  luas ruang demokrasi sesudah kemenangan 9 Mei 2018. 

Orang ramai bosan dengan persoalan siapa sesudah Mahathir. Bosan mendengar  dan membaca berita  bila Mahathir hendak bersara. Muak mendengar berita bahawa Mahathir bersara salepas dua tahun. Bosan. Bosan. Muak. Mual nak muntah apabila soalah yang sama diulang-ulang. Poorah.

Keberahian Anwar hendak menjadi Perdana Menteri salepas Mahatahir ini sedang menimbulkan krisis. Krisis politik terkini dalam Parti Keadilan Rakyat Rakyat (PKR) adalah manifestasi dari keberahian Anwar.  

Goyangnya Pakatan Harapan dimata anak semua bangsa  adalah manifesati dari keberahian Anwar Ibrahim  hendak menjadi Perdana Menteri  ke 8 sesudah Mahathir.

Heboh-heboh politik ketika pemilihan dalam PKR adalah manifestasi dari keberahian Awanwar Ibrahim. Perbalahan dalam    PKR juga adalah manifestai dari keberahian Anwar Ibrahim.   

Minggu lalu kita terbaca berita dalam  Portal Malaysian Insight bagaimana 6 pemimpin PKR menyokong Anwar manakala 8 yang  tidak  menyokong.  Ini adalah manifestasi dari keberahian Anwar. 

PKR  mengadakan  pemukiman  di hujung minggu lalu  di Port Dickson. PKR telah  menjemput Mahathir  datang.  Jemputan keatas  Mahathir   adalah manfestasi  dari keberahian Anawar Ibrahim . 

Ketika Mahathir hadir di Port Dickson  keberahian Anwar  melonjak-lonjak. Anwar berharap Mahathir akan mengumumkan dihadapan ahli-ahli  dan pemimpin PKR bahawa   Mahathir telah memilih Anwar sebagai pengganti. 

Aduh! Otek otek tapi tak pancut. Keberahian Anwar Ibrahim  gagal meleset. Mahathir secara sedar terus meminggkirkan keberahian Anwar. Mahathir  tahu dia dijemput berucap dihadapa pemimpin dan ahli PKR kerana ada ganja dalam tembakau. 

Mahathir tahu dirinya dijemput kerana  Anwar mahu ahli dan pemimpin PKR mendengar dari mulut Mahathir. Dengar apa?

Anwar memberahikan …‘ Wahai pemimpin dan ahli Parti Keadilan Rakyat… hendaklah kamu semua sedar  bahawa saya telah berjanji dalam masa dua tahun saya akan menyerahkan  kerusi Pedaan Menteri ini  kepada Abam….’.  Sayangnya ini tidak berlaku. Kah kah kah.

Justeru menjadi tugas saya untuk memberi pencerahan. Menjadi tugas  saya untuk membawa kembali anak semua bangsa ke garis kesedaran. Saya mahu menyedarkan anak semua  bangsa bahawa selama ini Malaysia telah dibajak oleh keberahian Anwar Ibrahim. 

Anwar Ibrahim berahi hendak menjadi Perdana Menteri ke 8 sesudah Mahathir.

Satelah memahami keberahian Anwar Ibrahim, maka  wajiblah  juga saya menerangkan bila Mahthir akan berundur. Saheh kah Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri Malaysia ke 8. Apakah keberahian Anwar  akan terpancut atas perut.  Atau  hanya terpancut dalam mulut. 

Saya amat yakin umum dan pembaca mahu tahu tentang klip video China Doll dan klip video Haziq. Malah anak semua bangsa mahu tahu apakah wujud klip klip video yang lain.  Apakah wujud klip yang lebih erotic dan romantic.

Dan kenapa agaknya Setpol Anwar  yang  bernama Salvador Wafa ditahan. Untuk jawapan semua ini  sila ikuti siri keberahian Anwar Ibrahim minggu hadapan.  (TT)




--------------

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

caya bro..cerita berahi yg semakin ditakuti bakal perdana menteri port dickson..betul tu..siapa dalang,siapa funder, siapa arah, siapa apa..begitu juga video china doll..presiden china mesti dah tonton video china doll..begitu juga presiden singapore..pau diklasifikasikan dgn kerjasama politik, FDI..oit tt..tppa apa sudah jadi?bekas menteri ekonomi terbaik kita takda saranan ke?zaman dia jd menteri keewangan dulu, tppa ada ke tak? saja tanya..mlm ni madey ada solat dan kenduri tahlil tolak bala dikediaman erdogan sultan turki yg baru..ada sesapa buat solat hajat bodek sultan ke??

Tanpa Nama berkata...

tt tak masuk suara keldaian ke ? cian nyab tt.. kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Wahai guru nanak tt yang dikasihi, lu lupa nak masukkan kisah AA Padang Tembaga and the geng termasuklah Mak Lampir yg bermatian tak setuju bila Madey nak diangkat jadi PM selepas 9 mei. Geng kartel cakap PM mesti lah org muda, depa tak setuju sebab Madey tua. Tapi sekarang ni lu pun boleh tengok sendiri mcmana AA dan Mak Lampir jilat Madey. Atau lu pun tak nampak sebab sama-sama dok sibuk jilat Madey? Jilat, jilat jugak bro tapi biar adil la bro. Lu nak kasi tibai, lu kasi tibai sekali harung, jgn la pilih2. Alang-alang nak hasut, biar sampai rentung.

yeop_sepet berkata...

Keberahian nuar di sebabkan penyakit bawaan anwarisiphisialitis. Penyakit nie bahaya,boleh berjangkit kalau xde imunisasi. Simptom penyakit
1. Obsessive compulsive disorder(OCD) simptom byk pada wartawan yg pantang nmpk muka tun mesti nak tanya bila nak serah pd nuar.
2. Post traumatic stress disorder(PTSD) , simptom nie byk pd otai reformis asal nmpk nuar stress psl nak jadi pm depa pun kamcheong teringat 98.
3. Hyper anxiety disorder, nie byk pd ahli pkr asal apa je baling kerusi
4. Parkinson,nie byk pd pemimpin PH pro nuar terketor2 bila tun ckp psl peralihan kuasa
5. Schizophrenia nie ada pada nuar sndri perasan dia lah pm in waiting birth right jadi pm waktu dlm perut mak dia lg dah dilantik jd calon pm
6. Sexual transmittin disease(STD) nie ada pd sepol,sukma dan lain2, rasanya jemin pun ada gak.

Hahahaha

pajam berkata...

Hanya guru nanak yang tahu? Kau nak menyengutukan Allah ko?