Isnin, 29 Julai 2019

SULTAN BUKAN TUHAN









SULTAN BUKAN

TUHAN
Tindak balas berfakta untuk TMJ berkenaan menghadkan kekebalan Raja Raja Melayu berpunca dari tindakan dan sikap buruk Ayahandanya sendiri. 

Di jawab oleh Tamrin


1. “Jika you batalkan juga pindaan ini , saya akan tentang you habis-habisan. You tahu kan negara ini hak siapa . Yes , hak rakyat , bukan hak mereka.

2. “Mereka ini kena patuh Perlembagaan dan undang-undang . Mereka bukan Raja Mutlak saperti Raja-Raja Arab . Rakyat yang meletakkan mereka di situ”.

3. Saya tersentak melihat wajah serius dan kata-kata tegas ayah saya, Pak Ghafar ( arwah Tun ) apabila Dr. Mahathir ( Tun ) menelefon beliau memaklumkan hasratnya tidak mahu meneruskan cadangan meminda Perlembagaan Negara berhubung kuasa Raja-Raja.

4. Ketika itu Pak Ghafar ialah Pengerusi Kompleks Kewangan yang juga salah seorang Naib Presiden UMNO.

5. Pak Ghafar minta saya rahsiakan perkara ini kerana tidak mahu rakyat hilang keyakinan terhadap Dr. Mahathir.

6. Arwah pernah juga memberitahu saya sebab-sebab beliau enggan menerima Bintang-Bintang Kebesaran atas alasan beliau tidak mahu tangan beliau terikat andainya jika berlaku pertikian diantara rakyat dengan Raja.

Katanya lagi mungkin satu hari nanti anak-anak Raja yang tak senang dengan kita , mereka akan sewenang-wenangnya tarik balik pingat yang diberi oleh bapa mereka kepada kita . Lagi pun, sambung beliau, itu semua (Pingat dan Gelaran) bukan boleh membantu kita di dalam kubur nanti.

7. Ayahanda Tun Ghafar meninggal pada 23hb April 2006 pada umur 81 tahun. ALFATIHAH.

8. Rahsia ini terpaksa saya kongsikan bersama kerana kebelakangan ini saya lihat ada di kalangan Raja-Raja sama ada mungkin terlupa atau tidak tahu punca mengapa dua kali Perlembagaan Negara TERPAKSA dipinda, justeri mereka terus berdendam dan menyalahkan Tun Dr. Mahathir seolah-olah beliau sesuka hati dan beria-ia sangat yang mahu kedua dua Perkara dalam Perlembagaan itu dipinda.

9. Perlu saya berterus terang selepas meninggalkan UMNO dan PAS dan Deklarasi Rakyat yang dipimpin sendiri oleh Tun Mahathir, saya tidak lagi menganggotai mana-mana parti politik mahu pun NGO.

Perkara ini pernah saya maklumkan juga kepada YAB Datuk Seri Najib sendiri.

10. Saya lebih senang begini, memberi pandangan dan teguran2 secara bebas.

11. Terserahlah kepada sesiapa membuat andaian dan interpretasi terhadap tulisan-tulisan saya.

Kita semua bukan maksum. Tegur menegur dan ingat mengingat adalah amalan baik yang dituntut oleh agama.

12. Niat saya hanya mahu melihat negara kita terus maju dan dihormati oleh dunia dan rakyat hidup aman damai tanpa kira kaum dan agama.

13. Setelah berbincang beberapa kali, akhirnya pada 1hb Ogos 1993, Dr. Mahathir selaku Perdana Menteri ketika itu telah membentangkan usul meminda Perkara 66 Perlembagaan Negara.

14. Walaupun Parlimen telah meluluskan Pindaan tersebut tetapi Raja-Raja masih enggan memberi persetujuan kerana mengikut Perkara 38 ( 4 ) 2 Raja-Raja MESTI bersetuju dengan mana-mana pindaan Perlembagaan yang ada kaitan dengan kedudukan mereka.

15. Rakyat jelata mula marah diatas keenganan Raja-Raja memberi persetujuan. Perhimpunan demi perhimpunan membantah sikap Raja-Raja telah diadakan.

16. Segala rahsia dan kelemahan Raja-Raja dan keluarga mereka ditelanjangkan. Terdapat juga suara-suara dan cadangan yang ekstrim disuarakan. Itulah perasaan rakyat terhadap Raja-Raja ketika itu.

17. Di sini Dr.Mahathir telah berjaya mententeramkan keadaan, jika tidak, mungkin hari ini tidak ada lagi Raja-Raja seperti yang pernah berlaku pada Negeri Melaka sejak tahun 1699 iaitu kira-kira 320 tahun dahulu atau yang pernah berlaku di negara-negara Eropah suatu masa dulu.

18. Bagi mengatasi kemelut itu, Majlis Tertinggi UMNO telah melantik Pak Ghafar mengetuai rombongan UMNO bagi berbincang dengan kesemua Raja-Raja. Ia berlangsung di Istana Kayangan , Selangor. Turut dalam rombongan itu ialah Datuk Harun Idris ( bekas MB Selangor ), Datuk Kamaruddin Md. Isa ( bekas MB Perak ), Datuk Mustapha Jabar ( Setiausaha Agung ) dan Puan Marina Yusoff.

Raja-Raja pula dibantu oleh Raja Aziz Addrause, seorang pakar undang-undang yang terkenal.

19. Akhirnya mereka (Raja-Raj dan peguam mereka) bersetuju dengan hujah Pak Ghafar bahawa TIDAK ADA terdapat mana-mana perkara dalam Perlembagaan yang mengatakan Raja-Raja berhak atau punyai kuasa menolak mana-mana Bill yang diluluskan oleh Parlimen, justeru mereka ( Raja2 ) BERSETUJU dengan Pindaan Perkara 66 Perlembagaan itu.

20. TIDAK ADA RAJA JIKA TIDAK ADA RAKYAT kerana rakyatlah yang mengangkat seseorang itu menjadi Raja.

21. Saya pernah dengar cakap-cakap kononnya ada terdapat amalan di mana Raja-Raja perlu meneliti dan meluluskan senarai calon dari parti memerintah sama ada sipolan-sipolan itu boleh bertanding atau sebaliknya . Begitu juga kononnya sama ada sesorang itu boleh dilantik sebagai EXCO atau tidak turut ditentukan oleh Raja berkenaan.

Semua amalan ini termasuk meminta mana-nana parti yang telah mendapat kepercayaan dan mandat rakyat menghantar 3 nama kepada Raja untuk dipilih sebagai Menteri Besar dan cakap-cakap kononnya ada Raja yang TIDAK AKAN melantik sipolan-sipolan sebagai Ketua Pentadbir Kerajaan jika parti yang menang tidak digemarinya - ini semua adalah amalan yang terang-terang bertentangan dengan Perlembagaan dan Undang-Undang negara.

22. Jika amalan ini berterusan , maka Pilihanraya adalah sia-sia sahaja. Lebih baik Raja lantik sahaja sesiapa yang mereka suka sebagai Bendahara ( Ketua Kerajaan ) sepertimana yang pernah dilakukan oleh Raja-Raja di zaman Kesultanan Melaka dahulu.

23. Lagi pun cuba bayangkan di mana Raja-Raja nak letakan diri jika sekiranya parti yang mereka tak minat itu mendapat sokongan majoriti rakyat bagi mentadbir Negara atau Negeri.

24. Pindaan Perlembagaan kedua berlaku apabila seorang rakyat biasa, Douglas Gomez dipukul dengan teruk oleh Sultan Mahmod Iskandar dari Johor. Insiden ini berlaku di Istana Johor pada 30hb November 1992.

25. Usul yang dibawa oleh Pak Ghafar dan diluluskan pada 10hb Disember 1992 adalah bagi mewujudkan Mahkamah Khas untuk membicarakan mana-mana Raja yang melanggar Perlembagaan dan Undang-Undang. Jika didapati bersalah, hukuman keatasnya adalah mengikut undang-undang yang sedia ada.

26. Ekoran penubuhan Mahkamah Khas itu, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah adalah Raja yang pertama sekali diheret ke Mahkmah. Ia berlaku pada 1995.

27. Adalah tidak ruginya jika sekiranya Raja-Raja membincangkan sesama sendiri perkara-perkara yang boleh dan yang tidak boleh dilakukan mengikut Perlembagaan dan Undang-Undang Negara.

28. Raja-Raja mestilah menunjukkan contoh dan teladan yang baik yang boleh diikuti oleh rakyat jelata.

29. Anak ketam tidak akan dapat berlari betul selagi bapa ketam tidak berjalan betul terlebih dahulu.

30. Jika sekiranya mana-mana Raja merasakan mereka boleh berkhidmat lebih hebat untuk rakyat, maka jalan yang sebaik-baiknya ialah mereka turun takhta dan bertanding dalam pilihanraya.

31. Saya masih teringat kata-kata Sultan Mahmod Iskandar dari Johor yang berbunyi - 
"AKU BUKAN TUHAN YANG PATUT DISEMBAH"

32. Saya memohon maaf jika terdapat sebarang kesilapan fakta dalam tulisan ini.

33. Tulisan ini akan saya serahkan kepada Raja-Raja melalui Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam masa terdekat ini.

34. Saya bertanggungjawab di atas tulisan ini.

35. HAK MENGUNDI IALAH HAK RAKYAT.

36. Mohon dikongsikan kepada mereka yang cintakan sistem Raja Berperlembagaan seperti yang kita amalkan sekarang.

Terima Kasih.






-------------

3 ulasan:

Unknown berkata...

Owhh..abg tamrin. Wa sokong lu sgt2. Lau wa ni pompuan, wa snggup jd bohsia lu...abg tamrin tlg jgn brhenti, truskan mnjolok kuat2

panglimo potaseh berkata...

Sodap bunyik nyo ..takdo rakyat mako takdo rajo. Tapi kito ado sepuloh ekor rajo ..bangso lain sekor jo. Nak jo den buek penilaian somulo ..kito ni rakyat jenis apo ..hinggo sanggup bori montodarah FREE pado sepuloh ekor raja ..ini baru boto STUPID BOY.

Tanpa Nama berkata...

gua salute ghafar baba..sepatutnya ghafar baba yg jadi perdana menteri..bukannya anwar ibrahim..anwar ibrahim agen sultan.kini anwar terkinja2 dari utara sampai borneo mengenai hak nya sbg perdana menteri sdgkan ada ramai lagi yg hilang hak saparti musa hitam dan ghafar baba..at least ghafar baba tak curi2 masuk umno..