KEBERAHIAN ANWAR IBRAHIM
JUBAH KEBENARAN
Minggu lalu saya cuba membawa pembaca untuk memecahkan fikrah. Pemecahan fikrah ini bertujuan untuk keluar dari gua yang memerangkap. Gua yang dilihat seolah-olah lingkup tertutup. Dimana 30 juta warga Malaysia tidak ada jalan keluar.
Memecah fikrah yang saya maksudkan ialah keluar dari persoalan siapa pengganti Mahathir. Kita terperangkap dan diikat dengan mantra – kalau bukan Anwar siapa? Tiga puluh juta warga Malaysia – anak semua bangsa – bangsa semua agama - seolah-olah tidak memiliki pilihan selain dari Anwar Ibrahim.
Kita dihadapkan dengan situasi yang kita ini tidak ada pilihan. Kita dipaksa mendengar ratip dan mantra yang pada tahap ini kita tidak ada pilihan.
Saya tidak pecaya dengan mantra dan ratip ini. Tulisan ini adalah bahagian akhir tentang persolaan keberahian Aawar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Pada hemat saya ditahap saya menulis ini Anwar gagal untuk menjadi Perdana Menteri kerana Anwar tidak memiliki sokongan. Tidak mendapat sokongan majoriti YB ahli Parlimen. Kata kunci disini ialah sokongan.
Justeru mengikut Perlembagaan Persekutuan sosok yang mahu menjadikan dirinya Perdana Menteri wajib mendapat sokongan majoriti. Tidak cukup hanya dilihat, dihebohkan atau diwar war mendapat sokongan. Sokongan wajib dibuktikan.
Pasti ada pembaca yang akan meminta saya menamakan siapa sosok cadangan saya. Siapa akan meggantikan Mahathir Muhamad sebagai Perdana Menteri. Ini adalah permintaan yang adil dan jujur. Saya hormati permintaan ini.
Sayugia saya umumkan dalam tulisan ini dan dalam labon harian - saya tidak akan mengajukan nama sesiapa pun. Saya hanya akan memberi pola dan ciri-ciri utama tentang sosok yang wajib menjadi pemimpin kita. Ciri dan pola siapa yang wajib kita tolak dari perangai dan sifat pemimpin kita.
Untuk memahami kenapa saya berbuat sademikian ada sebab musabnya. Biar saya surahkan sebab musabab kenapa saya tidak akan mengusulkan nama Mamat ini atau nama Minah itu sebagai pengganti Mahathir.
Malaysia kita ini adalah sebuah negara Dunia Ketiga. Politik Malaysia ialah realpolitik negara dunia ketiga. Contohnya : cuba tanya diri kenapa agaknya tidak ada konsep ‘kabinet bayangan’ dalam badan politik Malaysia. Walhal dalam sistem parlimen pilihanraya adalah lojik dan masuk akal untuk mewujudkan cabinet bayangan.
Ketika Pakatan Harapan belum jadi kerajaan konsep cabinet bayangan tidak juga dipedulikan walau pun ada cadangan dari sana sini.
Malah pada satu masa dahulu satelah kemenangan Anwar Ibrahim di PRK Permatang Pauh 2008 - saya sendiri ada mencadangkan konsep ini kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR). Pada hemat saya mewujudkan ‘ cabinet bayangan’ adalah taktik yang baik dalam usaha untuk mengolah persetujuan rakyat dalam usaha meraih undi.
Salah. Pandangan saya ini salah. Satelah berbincang saya diyakinkan bahawa jika PKR mewujudkan konsep kabinet bayangan maka mana-mana Mamat atau Minah yang telah disebutkan namanya untuk menjadi Menteri itu atau Menteri ini pasti akan ranap.
Ranap? Kenapa punah ranap?
Kerana akan muncul komplot dan percubaan menikam dari belakang. Kerja politik jahat ini akan dilakukan oleh musuh politik dari dalam parti sendiri. Ini untuk memastikan Mamat yang namanya ‘ melonjak naik’ akan jatuh tersembab. Ini realpolitik negara dunia ketiga. Justeru mustahil pada ketika ini akan wujud pendekatan kabinet bayangan.
Apa tah lagi pada hari ini untuk kita menamakan sosok yang akan menggantikan Mahathir sebagai Perdana Menteri.
Hujah ini dibuktikan dengan jelas bagaimana tetiba wujud video Haziq. Tujuan ialah untuk menjimatkan politik Azmin Ali. Ini belum lagi Azmin secara terbuka menyatakan niat dan cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri. Azmin hanya menang dalam pemilihan dalam parti.
Bayangkan dihari baik bulan baik tetiba pada satu pagi YB Shamsul Iskandar menyatakan niat dirinya untuk menjadi Perdana Menteri. Apa akan jadi?
Jangan ketawa ini bukan lawak. Tetiba akan keluar satu video Shamsul Iskandar dengan gadis bermata jeli sedang bercengkerama menonton On Her Majestic Secret Service filem James Bond dalam sebuah hotel. Ini hanya andaian bukan fakta untuk kita sesama mengelengkan kepala. Kemudian berkata : Astaga. Mustahil. Kah kah kah.
Justeru saya tidak akan mengemukkan nama-sesiapa yang pada hemat saya layak untuk menggantikan Mahathir Muhamad. Kecuali saya gian mahu melihat satu lagi video porno surrealis saperti Un Chien Andalou garapan pelukis agong Salvador Dali.
Porno, video dan sex. Dunia hari tidak letih dan pudar berhenti membincang, membaca dan melihat tiga perkara ini.
Pada ketika saya menulis ini media dunia telah dan sedang berhari-hari menulis dan melaporkan kematian Jeffrey Epstein. Kenapa? Siapa Mamat yang dikatakan membunuh diri dalam penjara di New York pada 10 Ogos lalu. Kenapa nama ini terus menjadi induk berita.
Jawapannya ialah Jeffrey Epstein ini adalah saorang bapak ayam. Epstein ialah pengeluar dan pengedar anak-anak ayam bawah umur untuk pemuka-pemuka politik, para jutawan , billionaire, sosok-sosok kaya yang ternama di Amerika dan di Eropah. Anak-anak ayam bawah umur ini dikatakan cun bergetah dan ketat.
Nama-nama kawan baik dan kenalan bapak ayam ini adalah Siapa dan Siapa – Who and Who dalam politik dunia , dalam budaya dunia dan dalam perniagaan dunia. Donald Trump, Bill Clinton adalah kawan baik Epstein. Bekas Governor New Mexico Bill Richardson, Senator George Mitchell, Pengarah Hotel Hyatt Tom Pritzker, Profesor University Havard Alan Dershowitz, juga pengarah filem Woody Allen dan Harvey Weinsten adalah antara nama-nama tersebut.
Jangan tidak sedar – Putera Andrew anak Ratu Elizebeth – adik kepada Putera Charles juga adalah kawan intim kepada bapak ayam ini.
Tidak cukup dengan menjadi bapak ayam – Jeffrey Esptein ini juga kaki pau. Para tamu yang kaya ternama akan diterbangkan dengan jet pribadi Epstein ke pulau milikinya di Laut Caribbean untuk bercanda-canda. Disini teknoloji video menjalankan peranan.
Rakaman video ini menjadi kueh pau demi mengurus kepentingan perniagaannya. Meluluskan ini dan itu yang memberi keuntuangan perniagaannya. Malah ada dilaporkan bahawa bapak ayam ini juga adalah ajen Mossad. Kueh pau ini akan memastikan dasar Israel terus maju di Amerika. Khalas.
Opps… Harvey Weinsten juga kenalan baik bapak ayam ini. Siapa Harvey Weinstein ini?
Harvey Weinstein adalah penerbit filem tersohor dari Hollywood. Weinstein menerbit flem The Crying Game, Pulp Fiction nama dua filem yang berpengaruh terbitan syarikat Weinstein. Weinstein mendapat hadiah Oscar kerana menerbitkan Shakespeare in Love pada tahun 1998.
Apa silapnya Mamat ini?
Pada bulan 5 Oktober 2017 akhbar The New York Times telah melaporkan kesah dua pelakon wanita Rose McGowen dan Ashely Dudd yang telah menjadi mangsa serangan sex Harvey Weinstein. Hari ini lebih dari 80 orang wanita yang bersangkutan dengan dunia filem telah datang membuat aduan bagaimana mereka telah diserang, diterkam, dirogol dan diramas oleh Weinstein. Oh! La la.
Apa sangkut paut Woody Allen dengan politik Malaysia. Apa sangkut paut filem Pulp Fiction arahan Quentin Tarantino dengan Mahathir Muhamad yang bukan hantu filem. Ada apa Malaysia dengan Jeffrey Epstein.
Sabar karo… ini kata-kata yang paling popular di Pakistan. Sabar dulu. Surah saya belum tuntas.
Pada 26 Ogos 2019 portal berita Malaysian Insight telah menerbitkan tajuk berita – Tuduhan rogol baharu terhadap Tariq Ramadan.
Jika kurang arif dan ingin tahu siapa Tariq Ramadan ini sila tanya Lebai Google. Sosok ini adalah pemikir dan intelektual Islam tersohor. Sosok ini pernah menjadi pensyarah di Oxford Universty. Warga Switzerland dan cucu kepada Hasan al-Banna pemula Ikhwan Muslimin. Sosok yang hebat.
Pada 2 Febuari 2018 akhbar The Guardian London telah melaporkan berita seorang wanita Hyenda Ayari telah diterkam dan dirogol oleh Tariq. Dua hari kemudian seorang lagi wanita Orang Kurang Upaya telah membuat laporan polis terhadap Tariq atas tuduhan sama.
Laporan Malaysian Insight yang saya rujuk diatas adalah kes baru terhadap Tariq yang telah telah dibebaskan satelah ditahan selama 9 bulan di Peranchis.
Apa makna semua ini. Saorang bapak ayam, saorang penerbit filem dan saorang agamawan. Bapak ayam ini seorang billionaire. Penerbit filem ini seorang jutawan. Agamawan tersohor , terkenal dan mukanya adalah muka yang dilihat setiap minggu dikaca tv Peranchis satu ketika dahulu.
Semua ini tentang kuasa. Di belakang mereka adalah kuasa. Kuasa dolar, kuasa memilih samada kamu dapat berlakon watak utama atau hanya jadi Pak Pacak. Dan kuasa mentafsir salah benar siratul mustakim - ke syurga atau ke neraka.
Tapi yakinlah kuasa ini hanyalah topeng yang digunakan untuk menyalurkan keberahian seksual yang gelap, jahat dan ganas.
Ada apa semua dengan kita? Apa hubungan semua ini dengan kita.
Saya mahu kita memecah fikrah untuk melihat dan memikirkan kemana arah politik Malaysia hari ini. Apa yang ingin saya sampaikan ialah wujudnya watak-watak yang menggunakan topeng kuasa dan topeng agama untuk memerangkap mangsa seksual. Watak-watak ini berada disekeliling kita.
Pasti ada diantara kita terpengaruh. Justeru gagal melihat siapa dibelakang topeng-topeng ini. Jika saya mahu belakon dengan Tarantino hubungan saya dengan Weinstein akan membantu. Jika saya mahu bertemu dengan Bill Clinton atau Donald Trump hubungan saya dengan Jeffrey Epstein pasti beres. Jika saya seorang mualaf saudari baru mahu mendalami Islam maka adalah lojik saya akan bersedia masuk ke bilik hotel Tariq Ramadan yang mukanya saya lihat setiap minggu dikaca tv.
Sosok-sosok ini dilihat kacak bergaya. Berjaket dan bertali leher. Berserban dan berjubah. Dibelakang semua ini adalah sikap dan nilai jahat yang selama ini tertanam dalam jiwa mereka. Sosok sosok ini sakit.
Sebagai andaian jika saya diberitahu bahawa YB Mat Sabu sabenarnya ialah seorang perogol , penerkam wanita dan penghisap syabu. Maka sosok ini bukan lagi Mat Sabu tetapi menjadi Mat Syabu. Maka saya akan menolak Mat Sabu dari menjadi ahli Parlimen – jauh sekali untuk menjawat Menteri Petahahan.
Sebagai andaian jika dibuktikan Dr Zul sabenarnya seorang pemadat maka saya akan menuntut Menteri Kesehatan ini berundur dengan serta merta. Sikap anti rokoknya hanya topeng untuk mengkaburi mata orang ramai.
Sebagai andaian jika Mujahid Menteri Agama sebenar seorang pedofile maka telah sampai masa dan ketikanya untuk kita bertindak. Pasti orang ramai merasa diri mereka tertipu. Ceramah agama dengan ayat Quran dan hadis nabi yang digunapakai oleh Mujahid hanya topeng untuk menerkam mangsa seksual.
Akhirnya saya meminta semua 222 para YB ahli Parlimen kita memakai jubah kebenaran dan kejujuran untuk memilih siapa yang akan menjadi pemimpin. Saya amat sedar pada ketika ini bahan yang saya panggil kebenaran dan kejujuran terlalu kurang dalam budaya politik kita.
Antara kebenaran dan kejujuran dan kedudukan sebagai Menteri saya tidak tahu apa yang akan dipilih oleh Lim Guan Eng, oleh Lim Kit Siang, oleh Teresa Kok, oleh Chin Tong atau oleh Anthony Loke.
Antara kebenaran dan kejujuran dan kedudukan sebagai Menteri saya tidak tahu apa pilihan Dr Mazlee atau Muhyiddin Yassin atau Syed Saddiq.
Antara kebenaran dan kejujuran dan kedudukan sebagai Menteri saya tidak tahu apa yang akan dipilih oleh Dr Hatta, oleh Dr Zul, oleh Khalid Samad, oleh Mat Sabu, oleh Adly Zahari atau oleh Salehuddin Ayub.
Antara kebenaran dan kejujuran dan kedudukan dalam kabinet atau dalam PKR saya tidak tahu apa yang akan dipilih oleh Zuraidah, Tian Chua, Sivarasa, Dr Xivier, Saiffudin Abdullah, Eli Wong, Ustad Wan Ji, Dr Syed Husin Ali atau Saifuddin Nasution.
Tetapi saya tahu dan saya yakin Malaysia tanah air kita ini akan menjadi aman makmur jika Nurul Izah dan Wan Azizah memakai jubah kejujuran dan kebenaran. Ratu Adil dan anakanda Nurul hanya perlu menjadi jujur dan berkata benar maka Malaysia akan selamat. Amin. (TT)
--------
6 ulasan:
Jubah kjujuran dan kbenaran tu utk TT sama tak? Beriya Tt tulis camni, cb Tt jubahkan skali isu vdeo azmin. Apa kata Tt? Apa jubah yg Tt pkai masa menjubahkn kisah azmin bejubo. Nktau gak npe Tt prtahankn azmin gila2. Ke azmin de supply adeq kat Tt?
Panjangnye cerita dongemg...rasanye tak ada yg layak ganti madey....tak pm bagi kpd agong perintah...hiham gila tak dan penulis cerita dongeng kaki pau lagi tak layak..
tukar tiub, adakah personaliti dipamerkan di khalayak umum menentukan seorang itu baik atau buruk ? penting seorang pemimpin memiliki sikap, personaliti dan watak yang boleh diterima majoriti rakyat, apa Kita tahu selama ini, sejak merdeka kuasa PM terlalu luas,pabila pegang kuasa terlalu luas, semua takut, munke Tak berani buka mulut takut hilang nasi atas meja, rasuah, tiada nahi lagi mungkar, itu yang berlaku, yang bodoh senang kawal, kalau cerdik kena cantas, adakah ini berlaku sekarang ? konon Malaysia baru, dasar tiada perubahan, hanya character manusia dinilai berterusan,adakah adil begitu ? kalau main bontot, kena pau, kalau main depan baik semua? manusia punyai fikrah tertentu, baik buruk peratusan berbeza, mana nak jumpa nabi Isa zaman ini? semua kaki pau pau pau, semua nak untung, Sapa nak rugi? kuasa duit popular ego ketuanan menjadi agenda utama, kalau Haram jangan buat, jangan kata terbaik suci murni, rasuah paling tinggi, cermin diri selalu abe tt, kah kah kah
berkata benar yang bagaimana tu tt ? apakah selama ini nurul dan wawi sentiasa memakai topeng ? apa rahsia dibelakang topeng..? bertopeng atau bertudung ? bertudung atau berhijab ? berhijab atau berjubah... berjubah atau berjuxxx... kah kah kah
cukup panjang rekaan kau ni...
Apa perlu jubah KEJUJURAN dan TULUS dari hati.....jam OMEGA jer sudah cukup menjadi pemangkin yang orang keramaian di luar sana sini situ akan lebih jitu bertahan dibelakang sesiapa yang cukup kedepan tentang JUJUR dan TULUS nih......
Lagi satu jawab dengan tuntas YES or NO kepada soalan 1 juta nilai nyer maka biarkan rakyat dan orang di luar sana sini situ berfikir diatas kepala otak sendiri sama ada mat songel atau sesiapa jer boleh ajer menerajui kerajaan diatas kerusi empuk Perdana Menteri....
Lu tanya tuk Mahathir.....dia kena kutuk ke apa dia selamba jer jawab straight to the point.....
Catat Ulasan