Selasa, 24 September 2019

SAYA PUN MELAYU JUGA





SAYA PUN MELAYU JUGA

TAMRIN GHAFFAR


1.   Kali ini saya menggunakan tajuk buku " I Too am Malay " atau " Saya Pun Melayu Juga " tulisan Zaid Ibrahim , mantan Menteri Kabinet, satu ketika dulu sebagai tajuk penulisan kali ini

2.  Ada 4 ayat dan laungan yang senantiasa bermain di bibir orang Melayu sejak lahirnya UMNO  dan PAS :-

i.   ' Tidak Hilang Melayu Di Dunia '

ii.  '  Hidup Melayu '

iii. '  Ketuanan  Melayu '

iv.  '  Takbir - Allahuakhbar '

3.  Saya maseh teringat kisah perbualan saya dengan seorang pemandu teksi satu masa dulu yang menyatakan bahawa kesemua 5 orang anak - anaknya kini bekerja sebagai doktor di Amerika Syarikat , England dan di Australia

4.   Apek yang berusia lebih 65 tahun itu memberitahu saya bahawa kesemua anak - anaknya itu belajar hingga berjaya dek kerana hasil penat lelah beliau yang mencari nafkah sebagai pemandu teksi sejak muda lagi

5. Apabila ditanya kenapa tidak memohon biasiswa atau pinjaman pelajaran (ketika itu belum ada PTPTN), beliau tersenyum sambil berkata: 'saya sudah cuba banyak tempat, tapi semua tatak lulus. Saya bukan Melayu maaa!!!'..Terkedu saya mendengar jawapan Apek yang datang dari hatinya yang berjiwa besar

6.  DEB,  walaupun ada kebaikannya namun dalam masa yang sama ia juga telah melahirkan segelintir Melayu yang menggambil kesempatan ( oportunis) untuk memajukan diri sendiri atas nama Melayu

7. Lebih menjengkilkan, ada saki baki Melayu yang 'hebat dan berjaya' tetapi sebenarnya mereka ini telah dipergunakan untuk memajukan diri sendiri di sebalik syarikat - syarikat bukan Melayu selepas melihat peluang yang terbuka atau sengaja dibuka oleh tangan tangan yang berkuasa ketika itu

8.  Mereka ini adalah terdiri daripada bekas pegawai - pegawai tinggi Kerajaan dan pemimpin - pemimpin UMNO yang mempunyai jaringan yang mantap kepada pintu - pintu kuasa yang boleh membuat keputusan yang memihak kepada syarikat bukan Melayu itu

9.  Mereka diberi jawatan samada sebagai Pengarah mahupun Pengerusi syarikat - syarikat bukan milik Melayu

10.  Sesungguhnya mereka ini pada pandangan orang kampung, tak ubah seperti macai / barua yang syok sendiri yang hanya berkhidmat kepada syarikat bukan Melayu. Mereka ini sesuai dilabelkan  sebagai pengkhianat bangsa

11.  Sebenarnya barua - barua  ini lah yang telah menjerut kepentingan ekonomi Melayu sendiri
Tak perlulah saya mendedahkan identiti mereka kerana begitu begini pun mereka ini adalah golongan yang tidak ada maruah dan tidak tahu malu

12.  Pepatah Melayu ada menyebut :

' Sudah Gaharu Cendana Pula , Sudah Tahu Bertanya Pula '

' Sudah Terang Lagi Bersuluh'

' Siapa Makan Cili Dia Merasa Pedas'

13. Bagi menutup pekong sendiri, mereka kini menyalak bagaikan anjing gila menyalahkan orang lain khususnya kaum Cina dan DAP kononnya bangsa tersebutlah yang menyebabkan orang Melayu mundur

14. Jangan SALAHKAN orang lain dek kesalahan dan kelemahan kita sendiri

15.   Begitu juga keadaan nya dengan sebahagian besar kontraktor , pengimport - pengimport kereta yang di beri AP , pemaju dan banyak lagi yang bertopengkan Melayu, sedangkan mereka mengAliBabakan  peluang yang diberikan

16.  Mereka yang diberi lesen perniagaan seperti di Kampong Baru ,Datok Keramat dan beberapa tempat lagi di seluruh Negara, biasanya memilih jalan mudah untuk kaya

17.   Sudah 62 tahun kita Merdeka dan berbagai Dasar dan Agensi di perkenalkan bagi membantu kaum Melayu/ Bumiputra, namun prestasi kita makin lama makin merosot jika dibandingkan dengan Bukan Bumiputra

18.  Mereka yang diamanahkan untuk mempimpin, sayangnya telah menggunakan kedudukan untuk mengayakan diri dan kuncu - kuncu

19.  Yang miskin akan jadi lebih miskin dan yang kaya akan terus menambah kekayaan

20.  Bangsa Melayu yang ketinggalan ini kelihatan terkial kial mengais sisa sisa KEK ekonomi yang berbaki akhirnya mengeluh kerana tidak diberi perhatian, jauh sekali diberi pertolongan

21.  Lebih dashyat lagi  usahawan - usahawan Melayu ini di sabotaj malah dicantas oleh kerana  mereka yang berkuasa samada mempunyai sifat dengki semula jadi atau sukar mendapat habuan ( rasuah )

22.  Bagi mereka yang baru menikmati kuasa , mereka hanya  berlagak tetapi kenyataan nya mereka terpinga - pinga seperti ' Rusa Masuk Kampung '

23.  Sepatutnya, semua pihak samada Menteri , Menteri Besar dan Ketua Menteri dan Pegawai - Pegawai Kerajaan senantiasa bertindak membantu usahawan Melayu untuk terus berjaya dan lebih maju lagi

24.  Inilah sikap negatif Menteri dan Pegawai - Pegawai Kerajaan yang diamanakan ketika itu

25.  Adalah diharapkan sikap negatif Menteri - Menteri dan Pegawai - Pegawai itu TIDAK  BERPINDAH ke dalam pentadbitan Kerajaan Pakatan Harapan atau PH

26. Walau bagaimanpun SPRM harus pantas bertindak mencegah penyakit ini agar tidak merebak seperti barah

27. Tempoh 100 hari bagi Lateefa Koya selaku KP SPRM sudahpun berlalu ; beliau perlu bersihkan kerosakan ini dari dalam mahupun yang di luar sana. SPRM  itu sendiri tidak terkecuali dari ancaman perosak ini dan kemungkinan turut ternoda akan dosa dosa perbuatan si durjana

28. Berbagai - bagai  berita dan cakap - cakap yang kita dengar berhubung dengan salah laku beberapa orang pegawai yang sepatutnya tidak berlaku tetapi telah mencemarkan organisasi tersebut

29. Mereka ini adalah ibarat musang yang berbulukan ayam ; pandai berpura - pura dan berlakun tak ubah seperti ' Hantu Raya ' yang akhirnya akan memakan tuannya sendiri.
' Harapkan Pegar , Pegar Makan Padi '

30. Cara mereka ini terlalu licik dan halus sehingga sukar dibuktikan ; mereka dibayar dan dibayai  melalui orang - orang tertentu oleh penyamun Tarbus

31.  HENTIKAN  SERTA MERTA  AMALAN  RASUAH  DAN  NEPOTISMA  INI JIKA  MAHU  MELIHAT  BANGSA  MELAYU  TERUS  MAJU

32.   Teguran Tun Dr. Mahathir sebenarnya adalah satu cabaran bagi semua orang Melayu untuk MENGUBAH cara berfikir ke arah yang lebih positif, BUKAN NYA melatah seperti Janda Terpijak Kaca..

33.  Kepada bekas - bekas Menteri , pemimpin - pemimpin UMNO dan Pegawai - Pegawai Kerajaan yang korup, tayangkanlah kekayaan  anda dengan mahligai yang besar dan indah , kereta yang menjalar , bercuti ke Amerika dan England dan mengerjakan UMRAH  setiap tahun - Orang Kampung semua tahu dari mana sumber kekayaan mereka itu, tidak lain dan tidak bukan adalah hasil rasuah dek menjadi macai atau barua ( Pengerusi  atau Pengarah ) syarikat bukan Melayu

34.  ' SESAT DI HUJUNG  JALAN,  BALIKLAH KE PANGKAL  JALAN ', SEBELUM NASI MENJADI BUBUR..adalah sebaik - baik amalan

35. Ingatlah, bagaimana HARUMNYA NAMA sebahagian Pemimpin dan Pegawai Tinggi Kerajaan terdahulu yang telah pergi, namun perginya mereka dengan maruah yang tinggi dan dijulang namanya sehingga ke hari ini, walaupun perginya tidak meninggalkan harta, kereta mahupun mahligai yang berharga..

36. Bagi mereka yang menggadaikan bangsa, sebenarnya, keluarga dan anak cucu ANDA sedang menikmati kemewahan hasil tinggalan sisi gelap anda yang jelas mencerminkan kecurangan

37. Ingatlah pesanan Tun bahawa TIADA  JALAN MUDAH  dan SINGKAT  untuk meraih kejayaan atau kemewahan melainkan berusaha gigih dan kerja lebih kuat seperti yang dilakukan oleh rakan - rakan kita dari kaum lain

38.  ' Yang Bulat Tak kan Datang Bergolek , Yang Pipih Tak kan Datang  Melayang "

39. ALLAH  SWT  TIDAK  MEROBAH  KEADAAN  SESUATU  KAUM  SEHINGGA  MEREKA   MEROBAH  KEADAAN  YANG  ADA  PADA  DIRI  MEREKA  SENDIRI -  Surah 13 Ar- Ra'd  ,  Ayat 11

Wasallam
Terima Kasih





-------

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

TT. Sedarlah. Pegawai tinggi kerajaan yang korup lebih celaka daripada pemimpin politik yang korup! Takde guna tukar pemimpin politik kalau pegawai kerajaan yang Datuk-Datik dan Jusa-Jusi masih sama. Pemimpin PH pulak bangang sebab percaya pegawai-pegawai tinggi yang konon pandai mentadbir negara.
Takkan TT tak paham-paham? Kah kah kah! Lu nak ubah negara, ubah pegawai kerajaan. Khalas!

Unknown berkata...

Tepat padu bernas ..tahniah saudara tamrin..pandangan anda jika dihayati dan diimplikasikan akan membawa malaysia ke zon negara maju dan kekayaan negara dapat dinikmati bersama...teruskan kritikan dan penulisan anda...moga ada yang terkesan dan terkasima...

Tanpa Nama berkata...

antara penyebab aku masih setia dgn blog hishamuddin ni.....artikel tamrin yg sinis tp penuh dgn ilmu....nk harapkan tulisan pmilik blog ni....buat buang boring boleh le wakakakakakakakaka