Sabtu, 5 Oktober 2019

RAMAI LAGI DAPAT DUIT 1MDB









JADI 

KENG
RAMAI LAGI

DAPAT DUIT 

1MDB

DARI NAJIB

TANGKAP

 SATU SATU


Bustari Yusof mohon selesai saman tuntutan RM11.92 juta SPRM

AHLI perniagaan Sarawak dan orang kepercayaan Najib Razak, Bustari Yusof memohon penyelesaian dalam saman lucut hak berkaitan 1MDB.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini memfailkan saman untuk menuntut RM11.92 juta dari Bustari.

Peguam Bustari hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur surat berkenaan cadangan penyelesaian saman akan dihantar kepada Peguam Negara Tommy Thomas.

Hakim Collin Lawrence Sequerah menetapkan 1 November untuk mahkamah mendengar keputusan peguam negara.

Selain itu, Sequerah juga menetapkan tarikh sama bagi sebutan kes selepas Timbalan Pendakwa Raya Mahadi Abd Jumaat memohon sedikit masa untuk meneliti hujahan bertulis pembelaan bagi bantahan awal terhadap saman tersebut. 

Mahadi memberitahu hakim kes tersebut melibatkan isu yang belum pernah didengar di mahkamah belum ini, yang perlu diberi keutamaan.

“Bagi pihak kami, kami memerlukan masa yang cukup untuk mengkaji semula, meneliti dan kemudian membalas hujah bertulis,” katanya.

Bustari yang juga abang bekas menteri kerja raya Fadillah Yusof tidak hadir di mahkamah hari ini.

Beliau diwakili oleh bekas peguam cara negara Yusof Zainal Abiden, Kamarul Hisham Kamaruddin, Hisyam Teh Poh Teik, Cliff Sion Juan Wen dan Tiara Katrina Fuad.

Bustari dilaporkan meninggalkan negara selepas Pakatan Harapan menang pilihan raya umum 9 Mei tahun lalu.

Perbicaraan hari ini sebahagian daripada saman lucut hak SPRM terhadap 41 pihak dan individu untuk menuntut semula RM270 juta dana 1MDB. – 4 Oktober, 2019.


NAK LEPAS 

PASTI BOLEH

JADI KENG

PECAH LUBANG

MASUK NAJIB

DALAM PENJARA
-----------

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

setiap ketua bahagian umno dapat dua juta sebulan, sebulan najib huluq rm 444 juta, itu duit IMDb kah kah kah, tapi ada juga yang geng line lain tak dapat, najib mudah kena tipu, pasal tu ramai jual ubat, nak kata salah semua pun tak adil, lahir keluarga bangsawan, mana pernah susah, belajar London, confirm tak cemerlang, siapa kisah, balik ada pangkat, jawatan, anak PM, kah kah kah begitu lah salaailah umno selama ini, kualiti Tak penting, asal melayu islang.dan perompak, syarat cukup, elite politik kah kah kah. apa pun jangan lupa juak juak yang senyap sunyi sekarang, Tanya lebai Google siapa berkokok siang malam, kah kah nazri Padang rengas, lokman the man, Jamal de jamban, ahmad sardin ayam, kangkung murah, jusa jusa BTN,kor kor risik apa cerita masih agenda melayu Kita atau agenda Malaysia boleh kah kab kah