PASAI APA
ANWAR DISERANG
ANAK MUDA
Pemimpin AMK mahu undi tidak percaya terhadap Anwar
SEKUMPULAN pemimpin pemuda PKR menuntut agar undi tidak percaya dibuat terhadap presiden parti, Anwar Ibrahim.
Tuntutan undi tidak percaya itu muncul menjelang beberapa hari sebelum kongres PKR yang akan diadakan minggu depan. Ia dilihat bakal membuat krisis kepimpinan PKR menjadi lebih parah.
Gesaan undi tidak percaya itu juga dilihat datang daripada individu-individu yang dilihat menyokong Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.
Mereka mendakwa Anwar bertanggungjawab melemahkan agenda pembaharuan parti dengan mengetepikan selain memecat pemimpin yang dianggap tidak menyokong kepimpinannya.
Tuntutan undi tidak percaya tersebut dibuat oleh Naib Ketua Pemuda Lembah Pantai Nazrin Idham Razali, Setiausaha pro-tem Sandakan Isaac Wong Kah Kiet dan ahli Jawatankuasa PKR Lembah Pantai Mohd Nur Fadli Omar dan Muhammad Yazid Mohamad Salleh.
“Pada awalnya, tindakan mendesak Timbalan Presiden (Azmin) meletakkan jawatan. Kemudian diikuti dengan Naib Presiden YB Zuraida dikenakan tindalan disiplin oleh Lembaga Disiplin Parti yang agak melampaui batas apabila pemimpin kanan parti MPP Tuan Zakaria Hamid dipecat oleh parti hanyab kerana disyaki ada unsur rasuah
“Diikuti dengan pengerusi tetap dan timbalannya oleh sebab tidak munasabah iaitu umur melebihi AMK ( sedangkan semasa pemilihan umur tersebut dalam lingkungan AMK),” kata kumpulan itu.
Kumpulan itu turut berkata bahawa Anwar kini menumpukan agenda peribadi beliau untuk menjadi perdana menteri yang akan datang.
“Kami mencadangkan undi tidak percaya terhadap Anwar.
“Tindakan gopoh yang diambil oleh Anwar dan pasukannya perlu dibatalkan dan tidak sah, kerana 20 anggota MPP telah memprotes keputusan tersebut baru-baru ini untuk memecat Zakaria,” kata kumpulan itu lagi. – 1 Disember, 2019.
INI SUDAH
AMAT BERAT
ANAK MUDA
DALAM PARTI
TAK CAYA PADA
PRESIDEN PARTI
BERAT MEMANG
AMAT BERAT
PRESIDEN KENA
BERSILAT
KAH KAH KAH
-------------
3 ulasan:
Anak muda tahi.
Bukan AMK saja, rakyat pun turut nak undi tak percaya terhadap Anak Berahim ni!
Bukan Anua shj rakyat tak caye... Rakyat jugak tak caya Imam Mahathir dan PH...
Catat Ulasan