Khamis, 5 Disember 2019

APA DIA AKUAN BERSUMPAH






Apakah maksud AKUAN SUMPAH atau AKUAN BERKANUN?
👉Akuan bersumpah atau akuan berkanun adalah pengakuan bersumpah yang kandungan faktanya diketahui benar oleh orang yang mengikrarkan dan dibuat mengikut Akta Akuan Berkanun 1960 (Pindaan 1969).

Seseorang yang mengikrarkan akuan bersumpah mesti bertanggungjawab sepenuhnya atas kandungan berkenaan.

Mana-mana hakim Mahkamah Seksyen, Majistret, Pesuruhjaya Sumpah atau tertakluk kepada Seksyen 4 Akta Notari Awam 1959 (Akta 115) adalah sah untuk mengambil dan menerima akuan bersumpah daripada seseorang yang membuat akuan itu.

Sesuatu akuan itu dibuat dengan sukarela dalam BM atau BI mengikut borang akuan.

Sekiranya akuan bersumpah yang dibuat didapati PALSU setelah siasatan dijalankan, maka orang yang membuat akuan bersumpah itu boleh di DAKWA di mahkamah di bawah Seksyen 1999 dan 2000 Kanun Keseksaan.


Hakim akan membuat keputusan sama ada perakuan yang dibuat itu benar atau palsu berdasarkan bukti dikemukakan oleh pihak pendakwaan.

Jika didapati bersalah, hukuman yang diperuntukkan di bawah seksyen itu adalah penjara maksimum tujuh tahun dan denda.

Bagaimanapun hukuman itu hanya berkaitan akuan bersumpah yg dibuat untuk digunakan sebagai keterangan di mahkamah.

Sebaliknya, sekiranya akuan bersumpah itu digunakan untuk tujuan lain (selain daripada keterangan di mahkamah) orang yang membuat akuan bersumpah itu boleh dipenjara tiga tahun dan dikenakan denda jika didapati akuan itu palsu.


-----------

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Berapa kali boleh buat Akaun Bersumpah? 1 kali? 2 kali? 3 kali? Yang mana satu yg benar? Yang pertama, ke2 atau ke3? Bala buat 2X. RPK pun ada buat SD tp pastu tukar cerita. The line between who is right who is wrong is vague. The truth lies in between.