MANA PERGI
SETPOL ABAM?
Insiden rusuhan
Kongres AMK 2019:
Polis akan panggil
Akmal Nasir
AYER KEROH: Pihak polis tidak menolak kemungkinan memanggil Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Akmal Nasrullah Mohd Nasir bagi membantu siasatan berhubung insiden rusuhan yang berlaku pada Kongres AMK 2019, Jumaat lalu.
Ketua Polis Melaka, Mat Kasim Karim berkata setakat ini enam individu berusia 19 hingga 30 tahun telah ditahan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan manakala 15 saksi telah dipanggil memberi keterangan.
“Pihak polis setakat ini telah memanggil 15 orang bagi memberi keterangan untuk melengkapkan siasatan dan mereka ini adalah orang yang berkepentingan dalam parti.
“Semua yang mempunyai kepentingan kita akan minta (panggil), kemungkinan besar kita akan panggil (Akmal) bagi membantu melengkapkan kes ini agar dapat beri keadilan kepada semua pihak,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di sini pada Selasa.
Terdahulu, Astro AWANI melaporkan insiden kekecohan itu tercetus apabila pasukan keselamatan cuba menghalang bekas Pengerusi Tetap AMK, Mizan Adli Md Noor daripada memasuki tempat persidangan.
Timbalan Ketua AMK, Muhammad Hilman Idham kemudian mendakwa insiden kekecohan pada kongres sayap parti itu merupakan ‘usaha terancang’ oleh pihak tertentu.
Susulan itu, dua individu ditahan pada hari sama sebelum polis menahan empat lagi lelaki dan kesemua mereka yang merupakan anggota PKR telah dibebaskan dengan jaminan polis.
SELALUNYA
GADUH
MACAM INI
DIATUR DISUSUN
DALAM PKR
SAPA PALING
PAKAR
SAJE TANYA
MANA TAU
KALAU KALAU
ABAM ADA
MAKLUMAT
KAH KAH KAH
2 ulasan:
oi, tak ada berita terbaru ke berkenaan budak nama Adreil Iman tu? kah kah kah!
Aku Dengar geng Kartel dlm usaha nak main pintu belakang. Betul ke tak Aku tak Tau, Cuma baca, andai kata berjaya Dan jadi PM plak. Bleh la sesape usulkan agar pilihanraya diharamkan , seperti Yg selalu Dikata, kerana dunia ketiga mcm Malaysia berani tumbangkan kerajaan lama. Kira ni mencipta Sejarah Sebelum 2020 la.
Catat Ulasan