Ahad, 5 Januari 2020

AMARAN KAH KAH KAH






SIAPA YANG

BERI AMARAN

HANYA CAKAP

HANYA GERTAK

SEBENAR TAK

AKAN BUAT 

APA APA

KALAU YANG

 NAK BUAT

TAKDA AMARAN

TAKDA GERTAK

TERUS TIBAI 


Awas jangan main api – UMMAH Pahang


GERAKAN Pembela Ummah Negeri Pahang (UMMAH Pahang) hari ini melahirkan rasa tidak senang dan gusar terhadap masa depan Negara Malaysia khusus selepas peletakan Jawatan Menteri Pendidikan Malaysia yang telah diumumkan secara rasminya pada hari semalam.
Di saat Malaysia sedang panas dengan isu-isu perkauman yang tidak selesai, tiba- tiba diumumkan perletakan jawatan YB Dr Maszlee Malik sebagai Menteri Pendidikan atas nasihat.
Kami percaya perletakan jawatan YB Maszlee pasti ada tekanan daripada beberapa pihak bukan sahaja daripada pihak pembangkang malah juga mendapat tekanan daripada rakan komponen partinya sendiri.
UMMAH Pahang menyifatkan bahawa Kabinet Malaysia yang sedang berantakan ini tidak dapat disembunyikan lagi, sementelah, rakyat umumnya telah mengetahui bahawa Dr. maszlee adalah diantara menteri yang lantang mempertahankan beberapa isu melibatkan Agama Islam dan Melayu khususnya Tulisan Jawi yang dibantah perlaksanaannya oleh Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) baru-baru ini. Ini antara isu yang akhir-akhir ini yang menjadi desakan kepada Perletakan jawatan YB Maszlee Malik.
Pertubuhan tersebut yang sepatutnya mengadakan Kongres bagi mengadakan bantahan tehadap pelaksanaan kurikulum Jawi di sekolah Vernakular pada 28 Disember 2019 yang lalu telah mendapat perintah mahkamah untuk tidak dilaksanakan kongres tersebut.
UMMAH Pahang sedia maklum, bahawa Dong Zong dalam lipatan sejarah penubuhannya jelas membuktikan bahawa, pertubuhan mereka berteraskan ‘Rasis’ dan ‘Anti Nasional’.
Antara Isu yang menjadi sejarah mereka :
  1. 1950 -an- Bantah Penyata Razak
  2. 1960-an Bantah Akta Pendidikan 1961 Dan Laporan Rahmab Talib
  3. 1970- an Bantah Laporan Pendidikan Kabinet 1979
  4. 1980-an
    -Bantah Program 3M (Membaca, Menulis, Mengira)
    -Bantah Perhimpunan Sekolah Dalam Bahasa Kebangsaan
    -Bantah Program Sekolah Integrasi
  5. 1990-an
    -Bantah Projek Sekolah Wawasan
    -Bantah Program Sekolah Integrasi
    -Menyertai Suqiu Tuntut Pengiktirafan Ijazah Dari Taiwan/China
  6. 2000-an
    -Meneruskan Tuntutan Suqiu
    -Bantah Dasar Martabat Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris
  7. 2010-an
    -Menuntut Peruntukan Wang ,Tanah,Pertambahan Guru Mahir Bahasa Cina,Tambah SJK(C),Iktiraf UEC dan Ijazah Dari Taiwan dan China
    -Bantah Pengenalan Khat Jawi
Bak kata pepatah ‘Sudah terang lagikan bersuluh’ Dong Zong adalah sebuah Parti Rasis dan Anti Nasional. Maka, UMMAH Negeri Pahang yang bersama dengan Ratusan NGO-NGO Islam bersamanya, Mendesak Agar Dong Zong Mestilah diharamkan segera.
Sekali gus berpesan kepada Dong Zong agar jangan bermain api, Kelak terima padahnya. Apatah lagi isu khat dan tulisan Jawi yang merupakan seni tulisan yang sangat hampir dengan Al-Quran. Hormatilah adat resam dan budaya bangsa yang sentiasa santun dan menghormati.
Dan, Kita nasihatkan kepada YB Maszlee sekiranya YB meletakan jawatan atas kerana prinsip yang tidak mahu diperbodohkan oleh DAP dan sekutunya maka kita sangat hargai tetapi sekiranya letak jawatan kerana mengikut telunjuk DAP atau agenda DAP maka ini malang bagi Malaysia baru. Terima kasih.
“PERKASAKAN KEDAULATAN ISLAM”
ROSLAN MD ESA
Pengerusi
Gerakan Pembela Ummah Negeri Pahang (UMMAH Pahang) 


KAH KAH KAH
PUKARAK MUKARK

KUNTAU MUNTAU



----------

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bro, deep state tak main lg ke?