Rabu, 29 Januari 2020

MARUAH BANI MELAYU DENGAN DONG ZONG






MARUAH BANI MELAYU
DAN DONG ZONG

Lepas kita berheboh-heboh dengan abu mayat Chin Peng kita dihantui pula oleh Dong Zong.   Dong Zong ini adalah Ngo Bani China. Kesah Bani Melayu dihantui oleh Dong Zong ini bukan cerita baru.  Ini kesah lama. Sudah lama membarah. Tapi tulisan ini bukan tentang hantu Dong Zong. Tulisan ini tentang maruah Bani Melayu. Nama Dong Zong terkait sama sebagai pemangkin hujah.

Saya terbaca kenyataan dari beberapa badan Ngo Bani Melayu yang mahu Dong Zong diharamkan. Saya juga terbaca tuntutan yang mahukan tindakan diambil terhadap Dong Zong. Saya juga ternampak kenyataan pemimpi Parti Islam yang menyelar Dong Zong kerana menolak tulisan Jawi.   Saya juga terbaca tuntutan agar sekolah China dihapuskan.

Untuk saya semua ini lawak.  Ngo Bani Melayu buat lawak. Ngo Bani China  Dong Zong ini pun buat lawak. Mereka buat lawak bodoh opps… saya ulangi .. mereka membuat lawak bodoh yang  amat bahaya. Kah kah kah.

Satelah puas ketawa - mari kita bertafakur sajenak. Minum sagelas air sejuk dan tanya sendiri : Apakah kalau Dong Zong ini diharamkan suasana dan sikap  Bani  Melayu membenci Bani China akan tamat? Jika Dong Zong diharamkan apakah Bani Melayu akan menerima Bani China dengan hati terbuka? Apakah kerana Dong Zong wujud   segala usaha kerja  Bani Melayu gagal?

Wahai Bani Melayu sila beri jawapan jujur kepada pertanyaan yang saya tanyakan. Jangan berselidung.  Kata induk disini ialah jujur. Bani Melayu wajib besikap jujur. Tidak ada ooik dan tidak ada eeek.

Justeru saya menolak pengharaman Dong Zong. Penolakan ini bukan kerana saya peminat setia Dong Zong. Saya tidak akan menyokong Dong Zong diharamkan kerana saya memiliki falsafah yang menolak segala bentuk pengharaman. Saya menolak segala bentuk  pekara yang tidak dibolehkan;  terutama jika pengaharaman dan larangan ini mucul dari arahan atau hukum daulah. 

Saya adalah pengaju falsafah:  dilarang melarang.  

Terlalu banyak larangan dan terlalu banyak tanda tak boleh terpampang dihadapan kita.  Atau dalam bahasa Arab terlalu banyak mumnung. Amin.

Pada hemat saya niat untuk mengharamkan Dong Zong ini adalah salah. Ini kerana Dong Zong  satu pertubuhan yang  mewakili satu idea – mewakili satu pandangan.  Idea dan pandangan tidak boleh diharamkan. Idea dan pandangan memiliki nafas dan nyawa tersendiri. Idea dan pandangan boleh dilembagakan  sebagai haram. Tapi idea dan pandangan akan terus bergerak. Idea tidak dapat dipagar , digari atau di Sosmakan.

Ini sama juga dengan pandangan saya  yang tidak bersetuju  jika ada tuntutan  pengaharam  terhadap  Ngo Perkasa , Ngo Isma atau  gerakan agama Islam yang dianggap sesat atau ditakrif ajaran salah. Saya tidak akan menyokong sikap untuk  menindas satu-satu fahaman agama atau idealoji.

Memasong pendapat adalah kerja yang sia-sia. Contohnya ialah pandangan  ateis. Ateis  tidak percaya kepada wujudnya tuhan. Mereka rasionalis. Dari zaman Baitul Hikmah diera Harun Aminul Rashid ( 786- 809) pandangan  Muktazilah ini  telah  wujud. Pandangan Ateis  dilarang dipropagandakan tetapi padangan dan idea ateis wujud bersepah-sepah dalam negara kita ini.  

Ini sama juga dengan langkah mengharam, melarang dan menghukum  homoseksual. Tetapi hakikatnnya  homoseksual berada dimana-mana.  Justeru untuk saya niat mengharamkan  Dong Zong, ateis, Muktazilah homoseksual, Perkasa, Isma  atau apa sahaja  badan adalah lawak  dan satu kerja yang sia-sia.  

Pada tahun 2020 melarang pandangan, melarang idea adalah kerja bangang. Seribu MCMC  bermakna  seribu pegawai kerajan makan gaji buat buat kerja sia-sia. Khalas.

Bagitu juga dengan tuntutan agar sekolah sekolah China ditutup. Apakah Bani Melayu akan menjadi lebih bijak  jika sekolah China ditutup? Apakah kebijaksanaan Bani Melayu ini bergantung dengan sekolah China?

Untuk saya lebih baik segala idea terlarang atau tidak  dibicara dan dihujah  secara terbuka untk dinilai oleh orang ramai.  Pandangan yang bodoh dan tak masuk akal pasti akan ditolak.  Berbincang berhujah dan berdebat  secara  terbuka bukan secara songsang atau secara bawah tanah lebih sehat. Pendekatan terbuka lebih menjanjikan untuk mendapat kata  hasil dan kata putus.

Apa sahaja idea yang diharamkan  atau dilarang akan bergerak dibawah tanah. Ini  lebih bahaya.  Pada ketika ini soh she soh she saperti  ceramah karut marut dan cerita dongeng  banyak bertaburan. Larangan disana sini. Ini tak boleh disentoh. Yang ini jangan tanya. Yang ini  pekara sensitive. Yang ini suci. Yang ini sakral.  Yang ini ada tertulis dalam Perlembagaan Persekutuan. 

Hasilnya  orang ramai jadi cendawan : disimpan dalam  bilik gelap dan diberi makan tahi lembu dan sampah saraf.

Sentimen prasangka perkauman berterusan. Dari kajian impirikal saya mendapati sikap Bani Melayu benci  kepada Bani China tidak berkurangan malah makin bertambah.  Ini berbanding ketika saya sedang membesar disekolah menengah  hingga ke kuliah  universiti.

Setimen Melayu benci China ini makin meluas dengan bantuan teknoloji media baru. Sekarang setiap sosok adalah pemilik akhbar, pemilik tv dan pemilik radio.  Sentimen perkauman tidak perlu RTM  ata TV3.  Bani Melayu dan Bani China   bukan Tutsi dan Hutu  yang memerlukan  Radio Rwanda untuk menimbulkan  benterokan.  Amin

Maka dalam  suasana inilah saya memunculkan  persoalan : maruah Melayu. 

Nama asal bumi yang kita duduki ini  ialah Tanah Melayu. Pekara ini ramai yang tidak sedar atau tidak tahu. Untuk yang tidak sedar kita sedarkan. Untuk yang tidak tahu kita beri tahu.  Jangan jadi  Profesor Kangkong atau Profesor Carma atau Polis Pencen cuba menafikan bahawa Tanah Melayu ini tidak pernah dijajah oleh Inggeris. Kita semua cari makan. Tapi cari makan dengan hujah  bagang akan terus dilihat Mat Bangang atau Profesor Bangang. Khalas.

Kerana bumi ini asalnya Tanah Melayu maka budaya  penakrif di bumi ini ialah budaya Melayu. Budaya penakrif inilah yang menjadi tulang rusuk maruah Melayu. Tidak  eeek tidak ada oook  dalam pekara ini.

Kalau Bani China atau Bani Melayu pindah ke United Kingdom maka budaya penakrif ialah budaya Anglo Saxon. Kalau Bani China  atau Bani Melayu  pindah  ke  German maka budaya penakrif pastiah  ialah Deutsche. Pekara Deutsche ini cuba digugat oleh  Bani Israel pada satu ketika dahulu. Hasilnya sampai  sekarang Bani Isreal  faham apa itu budaya penakrif.

Maka dari sini saya bertanya - apakah dengan pengharaman Dong Zong  dengan serta merta Bani Melayu akan lebih bermaruah? Apakah  dengan tertutunya  sekolah China Bani Melayu akan  menjadi bijak bermaruah?

Untuk saya jawabnya : tidak.

Bani Melayu wajib menerima  hakikat bahawa maruah Melayu bukan terikat dengan Dong Zong. Tidak bergantung dengan tulisan Jawi atau sekolah China. Maruah Meayu ada dalam sanubari, dalam fikrah dan dalam jati diri Melayu itu sendiri. 

Mari kiita – sebagai Bani Melayu melihat diri kita sendiri. Melihat ke dalam dan merungkai jiwa dan naluri yang kita heboh-hebohkan sebagai maruah Melayu.

Maruah Melayu ialah memastikan  wujudnya garis budaya  Melayu – budaya yang lahir dan wujud dari mata air bumi ini  sebagai budaya penakrif. Justeru tak perlu haramkan Dong Zong atau sekolah China atau sekolah  Tamil. Ini isu sampingan. Jangan jadikan isu sampingan  isu induk.  

Sentiasa sedar apa dia manifestasi. Dan  apa dia  inti pati.  Jangan gagal memahami garis falsafah ini. Jika gagal maka kita beramuk melawan manifestasi walhal ada yang lebih besar yang melahirkan manifestasi itu.

Para pemikir, para intelektual dan budayawan Bani  Melayu seharusnya mewujudkan satu gerakan massa untuk menimbulkan kesedaran Melayu. Kesedaran Melayu bukan degan menutup sekolah China atau sekolah Tamil.

Kesedaran  ini adalah kesedaran untuk menjana  budaya penakrif. Melalui budaya penakrif wajib selari bangun dengan maruah bani Melayu. 

Apabila budaya penakrif  gagah besar  berwibawa maka  dengan sendirinya   Melayu akan bermaruah. Tak perlu undang-undang.Tak perlu rujukan hukum hakam. Tak perlu merujuk Perlembagaan Persekutuan.

Bani China atau kaum pendatang  termasuk Bani Melayu  jika menjadi  kaum imigran di London, Paris atau Frankfurt   akan dengan serta merta akur dengan budaya penakrif tempatan. Dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung. Mereka akan sedar bahawa mereka adalah imigran. Ini kerana wujudnya budaya penakrif yang ampoh.

Untuk sementara waktu kita lupakan Dong Zong, sekolah China atau tulisan Jawi.  Mari kiita – sebagai Bani Melayu melihat diri kita sendiri. Melihat ke dalam dan merungkai jiwa dan naluri yang kita heboh-hebohkan sebagai maruah Melayu.

Maruah ialah harga diri. Maka apa sebenarnya  harga  diri Bani Melayu? Ini persoalan yang wajib kita sama-sama merungkai. Ini bukan kerana  berniat untuk meminggir Bani ini atau Bani itu. Bukan bukan bukan. Budaya penarif ini wajib wujud  selari dengan maruah Melayu. Apa dai maruah Melayu?  Tunggu minggu hadapan. (TT)
















-----------

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Malangnya malang! Nasib Melayu malang. melayu tak ada di tanah melayu. Hanya puak-puak arab.

panglimo potaseh berkata...

Melayu?. Melayu Paria dah jadi Arab ..Arab Bungkus ditengah cuaca khatulistiwa. Raja Melayu punye hanya 20% darah Melayu ..80% darah Omputeh, Moscow ..ampoong tuangkuw. Pemimpin dan Bangsawan Melayu lebih suka sub-projek pada Cina ..sambil mengepak menyamar sebagai Penjaga Maruah Melayu.

Tanpa Nama berkata...

Wei banggang...aku tanya ko...china yg anti melayu ke melayu anti china...cine malaysia ni nk kadi apa ?? Diorg yg tak nk campur dengan melayu dan kaum2 lain...sekolah kebangsaan da cukup utk satu kn semua bangsa..konpegi la jilat kolum kote Lge Lim kit siang tu bro..lu pundek

Atan berkata...

Penulis baru sahaja bercerita tentang maruah Melayu ... Tiba-tiba terkeluar tulisan tanpa nama di atas ... Inikah budaya penakrif Melayu yang dikatakan? Jati Diri Melayu mestilah orang Melayu yang patut perkasakan dengan budaya serta nilai yang baik. Kalau begitulah cara orang Melayu menulis, patutlah Dong Zong memperlekehkan kita sebab "no class". Manusia belajar sesuatu yang baik dari manusia lain yang dihormati.

Tanpa Nama berkata...

Ini semua pundek yeelek jilaaaat ...

anti-hero berkata...

Ah suspen