MUSTAHIL
INI FITNAH
INI TOHMAH
TERHADAP
PEMIMPIN ISLAM
Sokongan Melayu terhadap Anwar masih lemah, kata Merdeka Center
SOKONGAN daripada pengundi Melayu untuk Anwar Ibrahim masih kurang, berbanding Dr Mahathir Mohamad, kata tinjauan badan kajian Merdeka Center.
Pendapat awam dalam tinjauan yang dilaksanakan di antara 22 sehingga 29 November tahun lalu, badan kajian itu memberikan soalan terhadap responden di antara dua orang itu siapa yang mereka mahu menerajui negara pada masa hadapan.
Pada November, 58% daripada responden Melayu berkata mereka lebih memilih Dr Mahathir, di mana ia menunjukkan pertambahan dari 42% yang dimiliki perdana menteri itu pada tahun sebelumnya.
Secara perbandingan, hanya 13% daripada responden Melayu berpendapat bahawa mereka memilih Anwar, menunjukkan penurunan dari 31% pada tahun sebelum itu.
Secara umum, Anwar menikmati sokongan yang lebih baik dari kaum bukan Melayu. Pada November, 58% daripada responden Cina dan 62% dari responden India mengatakan mereka memilih presiden PKR itu untuk memimpin negara.
Hal ini menunjukkan penambahan 26% dan 18% daripada kedua-dua kaum itu pada tahun sebelumnya.
Sebagai perbandingan, hanya 20% responden Cina dan 14% responden India memilih Dr Mahathir, penurunan dari 71% dan 53% daripada kedua-dua kaum itu dari tahun sebelumnya.
Keseluruhannya, Dr Mahathir mendapat sokongan daripada 42% responden merentas semua kumpulan etnik sementara Anwar menerima sokongan daripada 32% responden.
Tinjauan yang diterbitkan dalam laporan Januari Merdeka Center, ‘Malaysia Political Developments and Trajectories Update’, tidak menunjukkan berapa banyak responden yang terlibat dan dari mana responden berasal.
Dalam satu lagi soalan, 41% responden memilih Dr Mahathir untuk kekal sebagai perdana menteri sehingga pilihan raya umum akan datang. Walau bagaimanapun, 50% berkata beliau harus meletak jawatan, dengan 25% mengatakan bahawa beliau harus letak jawatan dengan serta-merta manakala 25% lagi berkata berliau harus letak jawatan pada Mei tahun ini.
Dr Mahathir berkata beliau komited untuk peralihan kuasa, mungkin selepas Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (Apec) pada akhir tahun ini.
Merdeka Center juga berkata peralihan kuasa perdana menteri telah menimbulkan ketidakpastian mengenai cara, masa dan hasil daripada peralihan kuasa daripada Dr Mahathir kepada Anwar.
Laporan itu menyatakan “peningkatan dinamik dalaman dan perpecahan” di antara kedua-dua pemimpin, yang membawa kepada “peningkatan spekulasi dan kecurigaan.”
Sehingga 22 November, tahun lepas, hanya 20% responden merentasi semua kumpulan etnik berpandangan negara berada di landasan yang betul, turun dari puncak 64% pada bulan Jun, 2018. – 5 Januari, 2020.
JANGAN PERCAYA
INI AJENDA
ZIONIS YAHUDI
MUSTAHIL
PEMIMPIN ISLAM
YANG WARAK
YANG ALIM
YANG SELALU
BACA KHUTBAH
TAK DAPAT
SOKONGAN
INI BERITA JAHAT
INI MESTI KERJA
TIAN CHUA
KERJA KARTEL
KAH KAH KAH
---------------
3 ulasan:
Udah2 lh tt.. Jgn bikin dosa
TT, pasal apa selalu tunjuk pisang berangan? Pisang berangan kecik je, kalau pisang embun besar sikit, kalau pisang tanduk betul besar, ataupun....TT nak tunjukan yang abam hanya berangan nak jadi PM....
Aku baca, macam salah kira je.
Bila lebih 50% suka atok letak jawatan,
Bermakna lebih 50% juga yang mahukan Abam.
Catat Ulasan