AL -FATIHAH
106 kes baharu Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan 1,624 kes
SEBANYAK 106 jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah di Malaysia mencapai 1,624 kes.
Daripada jangkitan baharu, 43 dikaitkan dengan kluster Tabligh, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang akhbar di Putrajaya hari ini.
Seramai 24 pesakit dibenarkan keluar dari hospital hari ini setelah pulih sepenuhnya membawa jumlah yang sudah pulih sebanyak 183 kes.
Noor Hisham juga mengesahkan kematian ke-15 Covid-19 yang dilaporkan sebelum ini merupakan seorang lelaki berusia 71 tahun dari Melaka meninggal dunia di Hospital Sultanah Fatimah, Muar pagi tadi.
Lelaki berkenaan dikatakan menghidap diabetes dan tekanan darah tinggi. – 24 Mac, 2020.
BERJAGA JAGA
----------
1 ulasan:
TT, kalau gomen tak nampak org² yg senasib dgn den ni hah ( freelance worker)... agak² eh TT boleh tak nampak? Buleh tak TT bg sumbangan kek den.. hehehehehe...
Catat Ulasan