Jumaat, 20 Mac 2020

HORMATI PANDANGAN








HORMATI

PADANGAN DARI

SOSOK YANG

BERPEGALAMAN

Fikir dulu sebelum umum langkah, Rafidah tegur Putrajaya

BEKAS menteri Rafidah Aziz menggesa kerajaan Putrajaya untuk ‘lebih bersedia’ dalam mengambil langkah untuk membendung pandemik Covid-19 susulan beberapa kesilapan ketika melaksanakan perintah kawalan pergerakan sejak beberapa hari lalu.

Beliau mengecam pengumuman mengejut kerajaan yang dibuat dengan butiran atau pilihan yang tidak terperinci.

Rafizah juga menyarankan Putrajaya mencontohi cara kerajaan mengendalikan krisis kewangan pada 1997/98.

“Sebelum membuat dan mengumumkan sebarang keputusan terutamanya melibatkan pihak yang terjejas sama ada sektor awam, perbincangan secara terperinci perlu dilakukan bagi meneliti setiap aspek keputusan yang akan diambil,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.


“Proses pelaksanaan (perlu) dijelaskan secara terperinci dan jelas,“kata ahli Bersatu berusia 76 tahun itu.

Rafidah berkata kerajaan terlebih dahulu perlu mempertimbangkan tujuan sebarang keputusan, kumpulan sasar dan memperuntukkan masa yang mencukupi bagi memastikan setiap dasar dilaksanakan secara teratur dan berkesan.

Beliau juga menasihatkan kerajaan untuk melaksanakan tindakan susulan bagi memastikan keberkesanan setiap langkah baharu yang dibuat.

“Lebih penting lagi melakukan persediaan dengan pelbagai pilihan lain jika mahu melakukan sebarang perubahan.

“Pengumuman secara mengejut adalah perkara terakhir yang ingin diketahui rakyat kerana kesannya lebih luas sehingga menyebabkan kekeliruan dan kerosakan yang lebih teruk.” – 19 Mac, 2020.


SETUJU

MUHYIDIN WAJIB

BERHATI HATI

KERAJAAN BELUM

MANTAP

MASIH GOYANG


-------------

2 ulasan:

yeop_sepet berkata...

KDN ada 25 batalion PGA, tak mobilized lg dah panggil askar.menteri KDN mana,apsal MeNHaN yg buat sttement.itu keje menteri KDN. Sape running the show,PM malaysia ke parti umno??

panglimo potaseh berkata...

Embah Rapidah ckp sebijik macam polis ..mano boleh samokan serangan kapitalis dengan serangan virus.
Misalnyo kok hantu dan jin yg serang Malaya ni dah tentu kita akan panggil Bomoh Malaya dan Bik Mama untuk memagar sempadan ..kahkahkah bolo ..