MERAKAM
SEJARAH
JILID DUA - PENGENALAN.
Minggu lalu saya tidak menulis. Minggu lalu saya memerhati dan melihat apa yang sedang berlaku dalam persada politik tanah air. Memerhati adalah usaha saya untuk merakam sejarah.
‘History is always written by the winner …kata-kata dari Dan Brown. Mengikut penulis buku The Da Vinci Code ini apabila dua budaya bertempur maka budaya yang menang akan menulis buku buku sejarah untuk mengagungkan kemenangan mereka dan memperlekeh yang kalah.
Winston Churchill (1874-1965) bekas Perdana Menteri Britain menulis 6 jilid buku bertajuk – History is written by the victor. Buku-buku ini tentang babak-babak sejarah perang dunia kedua – 1948-1954 dari kacamata pemimpin Parti Konservatif.
Buku tulisan Churchill menjadi bahan rujuk dan naratif perang dunia kedua dari sekolah ke universiti. Lebih dari satu jenerasi warga Britain mempercayai rujukan naratif ini.
Manakala Napolen (1769-1821) pula berkata,’ What is history, but a fable agreed upon ‘…Apa itu sejarah , hanya cerita dongeng yang dipersetujui…’
Hishamuddin Rais mengambil jalan rasional. Tidak ekstrem saperti yang lain-lain. Bukan dengan ayat-ayat klise – history is written by the victor.
Saya mengajuka pandangan dan selalu menerangkan bahawa sejarah bukan hanya ditulis oleh mereka yang menang . Untuk saya sejarah ditulis oleh sesiapa sahaja yang menulis dan merakamkan sejarah. Malas menulis dan malas merakam maka kamu ketinggalan. Amin.
Saya ulangi sekali lagi sebuah buku wajib baca – Ten Days That Shook The World. Buku ini tulisan wartawan Amerika bernama John Reed. John Reed seorang sosialis menulis untuk majalah kiri The Masses. Buku ini merakamkan sejarah kejatuhan kerajaan feudal Rusia dibawah Tzar Nicholas Romanov (1868-1918) melalui Revolusi Oktober Bolshevik 1917 yang dipimpin oleh Lenin (1870-1924).
Lebih satu tahun dahulu saya telah menulis jilid pertama Merakam Sejarah. Saya menulis tentang latar dan babak bakak yang membawa kemenagan Pakatan Harapan dlam PRU14 pada 9 Mei 2018 dahulu. Saya telah merakamkan beberapa babak yang berlaku dihadapan mata saya.
Kali ini – jilid kedua - saya juga melihat dan cuba merakamkan sambungan dari babak-babak jilid pertama yang berlaku hampir dua tahun kemudian.
Babak babak yang berlaku sekarang adalah benih-benih yang telah disemai sebelum dan sesudah 9 Mei 2018. Benih ini telah bercambah, berkembang, berakar dan akhirnya meledak.
Hari ini Selasa 3 March 2020 – Perdana Menteri yang baru dilantik ialah Muhyiddin Yassin dari Parti Bersatu. Mahathir Muhamad telah meletakan jawatan Perdana Menteri. Ini detik-detik hebat dalm sejarah tanah air. Inilah ledakan yang saya maksudkan.
Tulisan ini hanyalah permulaan untuk memberi pencerahan awal. Atau lebih tepat lagi satu pendekatan mengenal sejarah secara umum tanpa pengkhususan
Saperti biasa saya akan bertanya kepada para pembaca apa makna babak-babak yang sedang berlaku ini. Kepada saya semua babak babak ini membawa tanda dan makna. Saya akan cuba sedaya upaya memecahkan tanda-tanda ini dan memberi gambaran apa sabenarnya babak babak yang berlaku dibelakang berita.
Saya selalu menulis - ada babak dibelakang berita. Ada latar dibelakang latar. Ada sejarah dalam sejarah. Sejarah itu sendiri ada sejarahnya. Babak babak sejarah tidak muncul dengan sendiri.
Pada 15 Ogos 1511 Bengali Puteh dari Negeri Atas Angin menaklok Melaka. Sebelum Portugis sampai ada babak lain yang membantu kemunculan Portugis. Dalam sejarah Melaka ada latar belakang. Babak-babak inilah pada hemat saya yang wajib kita ketahui. Saya mahu memaparkan apa dibelakang babak sejarah, apa dibelakang berita kerana saya mahu merakam sejarah dengan berlaku jujur dan adil.
Saya mahu berlaku adil dan jujur pertama-tama kepada diri saya sendiri. Mengatakan kebenaran ini adalah perjanjian Hishamuddin Rais dengan Hishamuddin Rais. Perjanjian ini adalah perjanjian jalan hidup saya. Kalau saya tidak jujur kepada diri saya sendiri maka yakinlah saya juga pasti tidak akan berlaku jujur dan adil kepada yang lain.
Saya juga sedar dalam usaha memapar kebenaran dan merakam sejarah ada babak-babak dan fakta saheh yang tidak saya ketahui. Ini adalah hakikat bahawa kita sebagai manusia tidak memiliki keupayaan untuk melihat dan mengalami semua yang berlaku.
Justeru, adalah menjadi tugas perakam dan perawi yang lain untuk memaparkan babak-babak sejarah ini yang mereka ketahui. Perawi yang lain wajib muncul untuk mengisi jika rakaman dari saya lopong, tidak lengkap, tidak tuntas dan tidak cukup. Saya hanya memilik keupayaan ingatan dan nota tentang apa yang berlaku disekeliling saya. Saya yakin pasti ada lagi yang tersorok dan tersepit yang wajib kita semua ketahui.
Hakikatnya - pasti banyak babak dan fakta yang saya tidak tahu. Justeru perawi-perawi yang lain wajib datang memaparkan surah-surah mereka.
Mungkin surah saya dan surah mereka bertingkah dan bertelagah. Maka disinilah keindahan hidup. Para pembaca boleh membuat tafsiran sendiri. Surah surah songsang, surah surah kabur atau surah surah lucah atau ayat-ayat setan pasti wujud. Maka pembaca wajib memiliki kebijaksanaan dengan fikrah yang rasional untuk membuat penilaian sendiri.
Melihat babak sejarah samalah saperti 6 orang buta melihat gajah. Apa yang dipegang yang itulah dianggap gajah. Melihat sejarah juga sama saperti kita duduk dalam kota Kuala Lumpur. Kita hanya tahu beberapa wilayah dengan intim. Saya ditinggal di Brickfeild maka dunia Kuala Lumpur saya ialah Brickfeild. Saya tahu segala lorong, kedai-kedai, restoran dan tempat lepak. Untuk saya Kuala Lumpur itu adalah Brickfeild.
Saya tidak tahu secara intim tentang Kepong, Cheras atau Gombak. Walhal hakikatnya Kepong, Cheras dan Gombak wujud. Pengetahuan saya terhad. Keterhadan ini adalah tanda dan bukti bahawa kita adalah manusia. Keupayaan manusia betapa bijak sekali masih terhad. Amin.
Untuk memahami sesuatu babak maka kita wajib menggunakan pendekatan ilmu falsafah. Ini bukan ilmu falsafah bertahap tinggi lagi esoterik. Tidak. Pendekatan falsafah yang saya ajukan amat mudah. Kita tidak perlu berijazah atau berPhd untuk memahami falsafah yang saya cadangkan ini. Ini pendekatan falsafah yang paling asas.
Pendekatan falsafah ini meminta pembaca untuk memahami apa itu intipati. Untuk memahami apa itu manifestasi. Dua pekara ini – intipati dan manifestasi – adalah dua pekara yang menggerakkan alam kita ini. Dari intipati kita temui sebab dan akibat.
Alam kita bergerak atas sebab. Sebab ini melahirkan akibat. Semenjak kun fi ya kun - ledakan ‘big bang’. Ledakan ini menjadi penyebab kemunculan tenaga. Manifestasi dari tenaga ledakan ini ialah alam semesta kita ini. Hingga ke hari ini alam samesta masih lagi berkembang akibat dari ledakan itu. Dan kita umat manusia , bumi dan alam samesta ini adalah menifesatsi dari ledakan big bang.
Sebagai umat manusia kita memilik lima deria. Mecium untuk bau, sentuhan dari tangan dan kulit, telinga untuk mendengar, lidah untuk merasa dan mata untuk melihat. Manusia juga miliki lapan naratif induk :- kesetiaan, kelahiran, kematian, cinta , pembelotan, kejujuran, kegumbiraan dan keberahian.
Jangan kita terlalu angkuh. Manusia juga ada hadnya. Sebagai manusia kita hanya ada lima deria dan lapan naratif dalam hidup ini. Apa sangkut pautnya deria dan naratif ini dengan babak babak politik yang sedang terbuka dihadapan mata kita.
Apabila saya merungkai babak babak politik ini maka kita akan lihat intipati dan manifestasi. Kita juga akan bertemu dengan naratif manusia. Kejujuran bertembung dengan pembelotan. Kesetiaan diikat dengan keberahian. Kelahiran bertembung dengan kematian.Kegumbiraan akan bersadur dengan kesedihan.
Kita akan berjumpa dengan sebab dan akibat. Kita juga akan melihat dimana punca babak babak ini. Justeru kita wajib memahami apa manifestasi dan apa intipati.
Saya melakar sademikian nanti agar kita semua dapat memahami perkembagan politik terkini di tanah air kita dengan jelas dan terang. Saya tidak mahu membawa pembaca untuk berbincang hanya tentang kejadian. Hanay tentang apa yang berlaku. Saya mahu pembaca faham dan mengertik apa yang memunculkan kejadian itu. Apa sebab musabab yang memangkin lahir kejadian tesebut.
Pada ketika ini kita kita semua tahu , membaca , mendengar dan melihat akibat. Kita melihat kejadian. Kejadian Mahathir meletak jawatan. Kejadian Muhyiddin menjadi Perdana Menteri yang baru. Kejadian kerajaan Pakatan Harapan runtuh. Semua ini adalah akbiat. semau ini adalah manifestasi. Apa sebab musbab. Apa penyebab. Apa dia intipati yang melahirkan manifestasi ini? Tunggu minggu hadapan. (TT)
--------
6 ulasan:
Tulis panjang-panjang.... isi habuk pun tarak... wtf...
Isham, usah terbit cerita ni minggu depan, Lu garenti kena teow kaw kaw. Ramai yg Masih marah.
Sekali baru muqaddimah daa...
Takyah tulis pnjg2 sham. Kesudahannya kau akan blame abam. Macamlah kitaorg taktahu. Kahkahkahkah
Ko ni buat cerita sendiri ke ape? Winston Churchill .... buku 6 jilid... the title is "The Second World War". Anyone can check this fact on Wikipedia.
Apa pulak "History is written by the victor"? Huh?
Semuanya salah Abam.#Tamat..kah kah kahh
Catat Ulasan