INI BARU
PERMULAAN
TUNNGU LIHAT
BANYAK LAGI
GULUNG TIKAR
BluInc tutup, 200 orang hilang kerja
PENERBIT majalan tempatan BluInc Media Sdn Bhd menutup operasi berkuatkuasa hari ini, memberikan alasan cabaran digital dan wabak Covid-19.
Penutupan itu menjejaskan hampir 200 kakitangan yang bekerja untuk lebih 20 majalah keluarannya.
BluInc adalah penerbit beberapa majalah terkenal tanah air antaranya CLEO, HerWorld, Jelita, Marie Claire, Harper’s Bazaar, EH! dan Glam.
Ia adalah salah sebuah syarikat penerbitan majalah terbesar negara yang sudah beroperasi sejak 1974.
“Walaupun kami menaikkan pelaburan untuk membina keupayaan digital kami, tidak jelas bilakah kami akan meraih lonjakan sedangkan kerugian terus meningkat.
“Dengan perintah kawalan pergerakan (PKP) untuk mengekang Covid-19, kerugian terus bertambah untuk bulan Mac dan April, dan trend ini dijangka berterusan untuk beberapa bulan lagi.
“Tidak dapat dipastikan akan ada penghujung yang baik untuk kami,” kata Ketua Pengarah Eksekutif Azliza Tajuddin dalam nota pengumuman kepada kakitangan.
Tambahnya, Lembaga Pengarah memutuskan untuk menghentikan operasi bahagian cetak dan digital BluInc. – 30 April, 2020.
KITA BERSIMPATI
INI KOMPENI
BERDAFTAR
KITA TAK TAHU
BERAPA JUTA
YANG LAIN
HILANG KERJA
TAPI TAK MASUK
STATISTIK
PASCA KOBID
WAJIB WUJUD
SISTEM BARU
UNTUK DUNIA
KHALAS
1 ulasan:
Rakyat Jerman kojo ompek jam sohaghi ..ompek haghi sominggu ..dapek 7OOO sobulan.
Eden kojo JAGGA ..12jam sari, sobulan ponoh kojo takdo chuti ..Nuzul Quran pon tak OPP ..Ghayo pon tak OPP ..dapek 15OO ..
Catat Ulasan