MERAKAM SEJARAH
DUA MINGGU BERKHALWAT
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhV9RSDdtiPh4m2NBZ8hA1rS4Unw88oyRhsrlpBlD5lmMQh80shiN_OFGPi0nkKoNizX-WQQIHXOxqV0L_8V6NT0np45090waSSep8iM2nsWa7BIydLhUSx8ayyuEi0o41zZfZr0-Eoc4qn/s1600/KHALWAT+2.jpeg)
Apa yang berlaku sekarang tidak pernah umat manusia alami. Ini kali pertama dunia mengumpul pengalaman melawan wabak virus yang sedang menyerang seluruh dunia. Ketika asteroid melanggar dan membunuh semua dinosaur 66 juta tahun dahulu umat manusia masih belum muncul.
Serangan Spanish Flu (1918-1920) ketika perang Dunia Pertama sedang rancak berjalan hanya merebak di Eropah dan Amerika Sarekat. Hari ini COVID-19 merebak ke seluruh dunia. Dimana ada internet disitu ada virus karona.
Hari ini 1 April 2020 Tuan Bob Weighton dari Hampshire United Kingdom telah dinobatkan oleh Guinness penyimpan rekod dunia sebagai sosok lelaki tertua dalam dunia. Dua hari dahulu Bob menyambut hari jadi ke 112. Bob menyambut hari jadinya seorang diri. Ini kerana di UK perentah berkhalwat sedang berjalan.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjcsGU1iSvr5O4mi6-Aa9gqc0Kk_cfhwezQ2ot_Lw2PliQTLt3z7N_OdwwK1KbOx1lu0f8VYZXzEZKQvzWYxgF2n3_JeWVDygxiu3Fdr0PtWQoEzhQ_ytC_Z_05iFcZy2aqTluGgi5L-IuQ/s200/BOB+TUa.jpeg)
‘ Terlalu ganjil… saya pernah mengalami pelbagai penyakit.. tapi virus karona ini amat amat berlainan..’ Saya merasa kecewa tapi inilah hakikat yang wajib kita terima…’ Kata-kata Bob kepada akhbar Guardian London.
Inilah hakikat dunia kita hari ini. Kita anak semua bangsa warga Malaysia bukan bersendirian. Seluruh dunia sedang dalam keadan yang sama.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhFN7NsKOUmTN_dF_-MoTQ_W79jZkqPunHTKI2uvOLtF3Afch2WqB-w-aRo4WZRlE7ItYMMUYSRBAR7XVeIFrPm9BAUKX0LBJImLtZiFoOhyphenhyphenXArZITYfEueq2pF0zuKhnqmBO1W6n6s1jQe/s200/VIRUS+KORONA.jpg)
Kita semua umat manusia tidak memiliki pengalamam dalam memerangi virus halimunan ini. Apa yang kita ada ialah pengalaman yang lalu. Di Malaysia kita tidak ada kebakaran besar, langgan ribut taufan, ledakan gunung berapi atau mala petaka alam. Banjir kita pun macam air kolam naik melempah. Itu pun sekali sekali di Kelantan kerana pembalakan.
Ketika Perang Dunia Kedua (1941-1945) – Tanah Melayu ditadbir oleh Inggeris. Kita hanya ada pengalaman dalam trajedi Mei 13. Ini kita anggap krisis paling besar dalam sejarah tanah air sesudah Inggeris balik kampong. Jika dibandingkan Mei 13 dengan Covid-19 maka Mei 13 ini macam kita pergi beratur membeli goreng pisang Raja di Brickfields.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhStdF2qCMoAxz9LkS8Yk_lAiNiaVmd6q6OOGQxTd4lnnUdIjlURJYVMmq9L173xdxTU4r05fF2YtXlbEKpau5i5S25AzIP8h5ksBLUeL-kFlGxceoSTrcJjZyvBlL0plA3h4NPTzNRc8sy/s200/KHALWAT+3.jpeg)
Anak semua bangsa warga Malaysia sedar bahawa kerajaan Perikatan Nasional yang dipimpin oleh Muhyiddin Yassin yang baru terdiri ini masih goyah dan belum stabil. Ketika virus karona mula muncul di Wuhan akhir tahun lalu , kita di Malaysia sedang berhadapan dengan krisis politik. Anwar Ibrahim dan kuncu-kuncuya sedang mengasak Mahathir untuk berundur. Krisis politik ini berakhir dengan kerajaan baru. .
Belum sempat kerajaan baru mengembang sayap dan mengenap muncul virus karona. Kini kerajaan Muhyiddin sedang berhadapan dengan Covid-19.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjCA9IURUraTjoyDOPvDBZpKkuOUlhobDS2z30yTOMPeBhDFkm4yCGOwm1gkwguxunsl3zBsdfKdFOks1UhnT7_Rj8_LQln4HihNBeUbySo8AIZeiVYlAzuCjTCDstlwINlgSZEUBihaOQy/s200/KHALWAT+9.jpeg)
Tulisan ini bukan untuk mengeledah siapa betul dan siapa salah. Tulisan ini bukan tentang kerajaan pintu belakang, pintu depan, kerajaan tingkap atau kerajaan torowong. Tulisan ini bertujuan untuk kita bersama menggunakan pengalaman yang ada pada kita untuk berhadapan dengan musuh baru. Kita berupaya melihat, meminjam, meniru pengalaman negara lain untuk mengalahkan musuh kita yang lebih besar bernama Novel Caronavirus.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj_JAxiBRBD-lCX9Dc7cVkIoG_iNdY6oGxFGn7itjRP134XVqQ4FyVATGe99yGqm4you8GWh3kKOxBaymiKkbvmA-WU_GDi_pPcX7VtBtUkQYQBA9q_MQeLFNiPl7nnrxTSa1ah5V0OKhnf/s200/KHALWAT+1.png)
Dengan penuh kesedaran saya memahami akan perangai para politikus dari Asia, Afrika dan Amerika Latin terutama politikus dari Malaysia. Putar belit untuk menonjol diri, untuk terselit sama telah mereka jadikan sebagai seni.
Walau pun sademikian saya masih yakin , saya akan berusaha untuk menyedarkan diri mereka. Ini kerana kita sedang berhadapan dengan virus halimuan. Saya mahu menyedarkan mereka agar bercakap benar. Bercakap apa yang mereka betul-betul fahami, hayati dan yakini. Bercakap pekara yang ilmiah bukan pekara-pekara air suam. Bercakap jujur dan becakap benar amat penting dalam usaha kita melawan Covid-19.
Menteri Perumahan YB Zuraidah tidak perlu membungkus diri menjadi hantu pucung untuk membuktikan kepada rakyat bahawa dirinya prihatin terhadap kesusahan rakyat. Menteri tak perlu menonjolkan diri melawan karona.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEij95LRjdXm4UKTWFjrhT4ICGMFN5XvW6Uq0BSifh1GOMnMJgyJ0jKyJMq2UIHWd7FBSTdz_boTIVhUezo7wVLZMho5cwfFZseNAU-x-dZ6ecchvzxHIN0kBlRI5xOZPHhQgnRQA3oJIVXf/s200/KHALWAT+10.jpeg)
Menteri Ismail Sabri wajib sedar bahawa bulan puasa atau hari raya bukan terletak ditangan Menteri Pertahaan. Pak Menteri dalam negara mana, menganut apa agama pun tidak boleh mengugut untuk membatalkan Hari Raya kerana ada sosok ingkar tak duduk dirumah ketika larangan dikuat kuasakan. Hampeh.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh8ZXDZKkWgA7MJs_VkTaVVaVdkcOEyew0Q0TC38LOZJYy5kzwLGVwx_sDZwiCxAviliDAeaDLGurllkwX8RQW4lqXWfI_yDzTiJKBFe2FzQepI-BVVTWzLHxhoOvpN3LuxcQaGGzq4LszY/s200/KHALWAT+4.jpeg)
Memonopoli jalan ke Parlimen opps… silap… memonopoli berbuat baik ini akan membawa mudarat kepada orang ramai yang sedang memerlukan bekalan makanan. United Malays National Organisation masih tebal degan perangai lama. Gerombolan ini tidak sedar bahawa rakyat terputus bahan makanan kerana arahan berkurung. Rakyat tak kira siapa yang hantar. Yang penting makanan sampai.
Perdana Menteri Muhyiddin dan Sang Isteri jangan dilihat melanggar undang-undang berkurung. Tan Seri dan Mak Datin tak perlu membuktikan bahawa mereka juga rakyat biasa setara dengan Kak Bibah dari Kampong Abdullah Hukum yang pergi beratur ke pasar raya untuk membeli cawat dan berus dawai.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhOP3yyEos7zQauSWxda1dMjFnpWbjbTpbM4McJzMulkPYyUYWTULg3j9DMEk4CtL7wt5Lh_0CMleTwIoG5LTmvIKBdIcbAsxagcU7Y8yNleJNS36-JWMzCeKlilCRsMmbNmMIjr5W9t6-J/s200/KHALWAT+.png)
Hendaknya jangan satu hari nanti kita terbaca kertas kerja Tuan Ibrahim Tuan Mat bertajuk : The Effect of Global Warming and the Emergence of Novus Virus. Kertas kerja ini akan disampaikan ke Persidangan World Health Orgnisation (WHO) di Bangsa Bangsa Bersatu. Ya ampoon – siah palih. Janganlah jangan.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjBQkmv3EvhUqALju1LzIvI8I_Oxyh5rS2aPzmTlkcW21PQr-g1hHF3TYfrBvcCEC6QqCzlqA7rYDiPnQzQlKyR1DFgDOQz41Jru24ugPzIeLaWHlvDwLgH84-VyMc7aVLP9_lCtbkEdCU1/s1600/KHALWAT+5.jpeg)
Ketika ini dengan media baru dan media sosial sesiapa sahaja boleh bergebang, boleh memiliki stesen tv, stesen radio , membaca warta berita, bertik tok tanpa ada halangan. Justeru dalam suasana memerangi virus ini sebelum membuka mulut fikir dahulu. Sebelum berwats app fikir dahulu. Setelah mengetik punat computer baca sekali lagi. Ulang baca dan tanya diri – apakah apa yang aku tulis ini benar dan membawa kebaikan. Atau menambah keresahan dalam keadaan yang sedia resah.
Maklumat yang perlu disampaikan kepada orang ramai dalam usaha memerangi virus ini wajib tepat dan benar. Pihak berwajib yang menyampaikan maklumat wajib diyakini.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgrVPbn5AtPrNAoS2lr5xwcsIkHY54EdYo08ZPDCEax2YRIlTA8PEcSce45UVLOWUiWpfKDNG-FXIbtdQrO33YiGpcQw-tsUMVG3qZJ193TC8jPYrmUhtBCYCz47YId3ECQiTIgkiHwqOJM/s200/KHALWAT+7.jpeg)
Jangan hendaknya apa saja yang dituturkan oleh pemimpin Perikatan Nasional akan dianggap haprak. Wajib diperlekeh. Dalam masa yang sama apa sahaja yang diucapkan oleh pemimpin Pakatan Harapan dianggap ucapan gila talak.
Jika ini berlaku maka segala usaha kita untuk melawan musuh nan satu akan gagal.
Wajib saya usik sadikit disini. Apa yang sedang kita lihat dan alami sekarang hanya permulaan. Kalau dalam panggung wayang ini 15 minit pertama. Kita sedang menonton iklan. Clint Eastwod dan Brad Pitt belum muncul. Cerita sabenar belum bermula.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg3YLslwhIAVORE7SwL1a9uBvhu97mL-Xcy3ZYn6dXsJN2MMWuUNZKGYvwoyQU3QmKQMromRYoNlkmcOVLUq8u7WvC4Wd6mgbaCxOZyjwCj8-dmaQ1BXvTsaUwJ9QT-XPB8zr60af7e5ElS/s200/KHALWAT+6.jpeg)
Politikus sila ubah perangai. Dalam masa yang sama anak semua bangsa yag terbahagi kepada dua wajib sedar bahawa virus ini tidak kenal PH atau PN. Karona akan sapu kiri dan kanan. Kita semua dalam satu kancah. Hidup kita bersama. Mati kita pun bersama.
Bila agaknya iklan akan selesai dan wayang bermula? Tunggu minggu hadapan. (TT)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgp74hgwy2AEhBT2STf98B9SB7yHo8BWGkeU8lIm5f2j1Bhjq3KWG9Q3gcjfaDYmkjYY1wSLRm4d97lBk5hrjRPuqdPQCH9SxYDamRRM-SjUIaqKxqk7mJGZ2jvyqZOnBLOvQeLnsVed3ff/s400/KHALWAT+8.jpeg)
------
3 ulasan:
Pundek la minggu depan. Patutnya lusa la lancau.hawar covid ni berubah tiap jam.maksudnya esok lain strategi nya.kamu sama juga monopoli kebenaran.semua orang juga mau bercakap benar
Hari ini besok baru ceritanya bermula.
Ketika virus corona mula muncul di Wuhan akhir tahun lalu , kita di Malaysia sedang berhadapan dengan krisis politik. Anwar Ibrahim dan kuncu-kuncuya sedang mengasak Mahathir untuk berundur. Krisis politik ini berakhir dengan kerajaan baru.
- Nak jugak salahkan Anwar Ibrahim pasal Langkah Sheraton tu. Adoi
Catat Ulasan