JENG JENG JENG
PERANG DAH
MULA KEMBALI
Presiden UMNO jangan campur berlebihan urusan PM
KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi diminta jangan campur tangan secara berlebihan urusan pentadbiran kerajaan di bawah pimpinan oleh Muhyiddin Yassin.
Exco Armada Nasional, Mohd. Ashraf Mustaqim Badrul Munir berkata, Ahmad Zahid perlu menghormati Perdana Menteri dalam soal tuntutan perjawatan kerana ia hak prerogatifnya.
“Hari ini tular di media sosial dengan turut dilaporkan di beberapa portal berita mengenai desakan pihak UMNO melalui presidennya yang turut disahkan sumber dalaman UMNO seperti dilaporkan mengenai tuntutan perjawatan khususnya kepada beberapa pimpinan UMNO Sabah.
“Antara nama yang dicadangkan termasuk Pengerusi UMNO Sabah, Bung Moktar Radin, yang disabitkan kesalahan rasuah dan masih menghadapi pertuduhan di mahkamah untuk dijadikan pengerusi Jabatan Pembangunan Persekutuan Sabah,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Mohd. Ashraf, Ahmad Zahid dan seluruh kepimpinan UMNO jangan tamak kerana sudah banyak pengorbanan yang telah dilakukan oleh pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang memilih banyak pemimpin UMNO dalam barisan eksekutif agensi dan GLC di negara ini.
“Kita telah menyaksikan sejak peralihan koalisi kerajaan yang memerintah, UMNO kini diberi peluang kedua sehingga negeri mahupun kementerian di bawah teraju Bersatu atau yang seharusnya dipimpin Bersatu juga telah dikorbankan.
“Maka sifat gila kuasa seakan UMNO sahaja yang layak adalah suatu perlakuan yang tidak mencerminkan keharmonian dalam gabungan dan ini tidak seharusnya ditonjolkan dalam keadaan wabak yang sedang melanda! Malah dalam kalangan UMNO juga sepakat bahawa kita seharusnya mengelakkan dari ‘berpolitik’ saat wabak ini,” katanya lagi.
.
Menurutnya, di Sabah, pimpinan negeri dari Bersatu seperti Hajiji Noor, Masidi Manjun dan Mohd Arifin Mohd Arif dilihat lebih layak dan mempunyai kredibiliti dari nama-nama yang dicadangkan oleh pihak UMNO.
“Maka selaku suara Bersatu itu sendiri, saya sarankan agar Zahid menghormati dan menyerahkan segala atas kebijaksanaan Muhyiddin dan sekarang hakikatnya bukan masa untuk lebih fokus bicara soal jawatan melainkan hal wabak yang lebih menghimpit rakyat dan negara. UMNO diminta jangan merumitkan lagi keadaan,” katanya.- MalaysiaGazette
AMARAN
JIKA PERANGAI
POLITIKUS
TAK BERUBAH
LEPAS KOBID
KITA AKAN
BERAMOK BESAR
TUNGGU LIHAT
BERJUTA TANPA
PEKERJAAN
TAKDA DUIT
GRADUAN
TANAM ANGGUR
PENDATANG
BIKIN KACAU
CURI SANA
ROMPAK SINI
TARING GANAS
MASALAH
NASIONAL
AKAN SAMPAI
3 ulasan:
Sdra Hishamuddin Rais
When a Traitor performs a 3-some with thief anf religious peddler, what do you expect? A prowhen you long orgy? No.....
When you refused advice and instead backstab....do ypu think karma would not set in?
Hishamuddin.....you may have experienced same albeit slowly but surely.....
Sumo yang menyibok tu sumo yang ado kes elit. Apo barang nak mintak runding2...apo masih ingat taiko laei ko?
Nak tanyo atok pasal apo OKT buleh lobeh sudu dari rojak? Ni sumo salah atok patut eh maghin laei masuk an ko dalam bia nak diraso eh...
Ingat abah eh punyo Malaya ni, suko2 mintak?
Sejak bila Hisham ni dah pandai sokong kerajaan yang ada gerombolan & penjual agama?
Catat Ulasan