Khamis, 14 Mei 2020

APA TITAH SULTAN KEDAH





YA AMPOON

APA TITAH

SULTAN KEDAH


Semua 36 Adun dipanggil menghadap Sultan Kedah esok

SEMUA Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kedah dipanggil menghadap Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah esok, ketika Menteri Besar Mukhriz Mahathir dikatakan sudah hilang majoriti untuk terus mentadbir negeri.

Majlis menghadap akan berlangsung di pejabat baginda di Wisma Darul Aman, di Alor Setar. 

The Malaysian Insight difahamkan pertemuan akan berlangsung dalam dua sesi, dimulai dengan barisan wakil rakyat Umno dan PAS pada sebelah pagi.

Seorang Adun PAS yang enggan dinamakan memberitahu beliau sudah menerima panggilan untuk menghadap esok.

“Sudah (terima jemputan rasmi), jam 10 pagi esok,” katanya, yang turut mengesahkan beliau dipanggil ke Wisma Darul Aman.

Adun Sidam, Dr Robert Ling Kui Ee, yang mengumumkan dirinya keluar PKR kelmarin dan kini wakil rakyat bebas, juga mengesahkan menerima surat jemputan untuk menghadap Sultan Sallehuddin pada sebelah pagi.

Beberapa Adun Pakatan Harapan dari Amanah dan DAP juga mengesahkan mereka dipanggil menghadap tetapi pada sebelah petang.

Adun Alor Mengkudu dari Amanah, Phahrolrazi Mohd Zawawi mengesahkan beliau telah mendapat jemputan rasmi.

“Betul, saya baru dapat jemputan. Saya dapat jemputan sesi petang,” katanya.

Adun Kota Darul Aman dari DAP, Teh Swee Leong juga menerima jemputan sama.

“Esok akan menghadap Sultan Kedah pada jam 3.30 petang,” kata beliau.

Sehingga berita ini ditulis, Adun Ayer Hitam dari Pas, Azhar Ibrahim bagaimanapun berkata, beliau belum menerima surat rasmi daripada pihak Istana namun pada dasarnya sudah maklum mengenai majlis menghadap esok.

“Maklumat rasmi belum diterima, tapi difahamkan begitulah (semua Adun menghadap Sultan esok),” katanya.

Sementara itu, pihak polis mengesahkan kepada The Malaysian Insight sudah mendapat makluman aturan kawalan keselamatan dan pergerakan untuk orang kenamaan (VVIP).

Awal hari ini, Sultan Sallehuddin tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kepala Batas pada kira-kira 11.45 pagi. Baginda sebelum ini dilaporkan berada di Kuala Lumpur.

Harakahdaily semalam melaporkan Sultan Sallehuddin sudah dipersembahkan nama calon baru menteri besarnya bersama akuan berkanun yang ditandatangani oleh 23 Adun dari PAS (15), Umno (2), Bersatu (4) dan dua wakil rakyat bebas bekas PKR. https://harakahdaily.net/index.php/2020/05/13/tiga-presiden-persembah-23-sd-kepada-sultan-kedah/

Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan dipetik berkata dokumen itu diserahkan oleh tiga pemimpin parti yang bersama dalam Perikatan Nasional iaitu Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, dan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin.

Pertemuan di Kuala Lumpur itu menyusul pengumuman ketua pembangkang di DUN Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor bahawa Mukhriz sudah hilang majoriti untuk kekal sebagai menteri besar.

Mukhriz semalam bagaimanapun menegaskan pentadbirannya masih wujud dan beliau masih menteri besar yang sah kerana kedudukan kerajaan tidak ditentukan melalui sidang media pemimpin atau parti politik.  – 14 Mei 2020


KITA TUNGGU

ESOK PASTI

AKAN SAMPAI

AMIN

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Politikus sudah jadi Katak!! Sepatutnya katak-katak ini perlu didih oleh Tuanku. Lompat melaompat boleh jadi hanya dengan restu Sultan dan Raja. Dulu Sultan Perak, Sultan Johor. Sekarang Agong. Dan hari ini Sultan Kedah. Penjaga periok nasi Rakyat mengizinkan tikus hadi katak. Raja Facilitator!!

Unknown berkata...

Patutlah PH ditinggalkan... Penyokong tegar Ph pun dididik dengan bahasa yg kurang ajar..