JULAI JULAI
BUKAN
JULA JULI
Keputusan kes bunuh Kevin Morais 10 Julai
MAHKAMAH Tinggi di Kuala Lumpur hari ini menetapkan 10 Julai ini untuk membuat keputusan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Anthony Kevin Morais yang mayatnya ditemukan dalam dram berisi konkrit, lima tahun lepas.
Hakim Azman Abdullah menetapkan tarikh itu selepas selesai mendengar hujahan kedua-dua pihak di akhir kes pembelaan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Saiful Edris Zainuddin dan Wan Shaharuddin Wan Ladin sementara peguam N. Sivananthan mewakili tertuduh pertama, pakar patologi Kolonel Dr R.Kunaseegaran dan peguam Sheelan Arjunan mewakili lima tertuduh lain, R. Dinishwaran, A. K. Thinesh Kumar, M. Vishwanath, S. Nimalan dan S. Ravi Chandaran.
Kunaseegaran, 57, pemberi pinjaman wang Ravichandran, 49, serta empat pengangur Dinishwaran, 28; Thinesh Kumar, 27; Vishwanath, 30; dan Nimalan, 27, dituduh membunuh Morais ketika dalam perjalanan dari Jalan Dutamas Raya, di Kuala Lumpur, ke Nombor 1 Jalan USJ1/6D, Subang Jaya, antara 7 pagi dan 8 malam pada 4 September 2015.
Mereka yang didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama dengan Seksyen 34, berdepan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. – Bernama, 11 Jun, 2020.
SATU DUNIA
MENUNGGU
JULAI
JENG JENG JENG
1 ulasan:
Apa motif bunuh ni TT , Jika x da motif baik lepaskan ja... bila nak climax Jika tiada hepie ending ... juboq hang ka TT , pecah Brita.. pecah tong taiiikkk lerrrr
Catat Ulasan