MUHYIDDIN
BERNAFAS
DALAM LUMPUR
Jangan lihat Umno parti picisan, kata AJK Umno kepada Muhyiddin
Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Wangsa Maju, Rafi Awang Kechik mengingatkan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin agar tidak sesekali melihat pemimpin Umno sebagai parti picisan dan ‘pengguna’ yang menumpang gerabak semata-mata.
Rafi mendakwa, jika tidak kerana jasa ahli Parlimen Umno, Muhyiddin bakal berhadapan dengan malu besar semasa proses undi belah bahagian mengosongkan kerusi Speaker Dewan Rakyat.
Apatah lagi apabila percaturan politik akhirnya memperlihatkan ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razakeigh Hamzah yang pada awalnya memilih untuk tidak menyokong akhirnya memberikan sokongan kepada usul Muhyiddin.
“Muhyiddin tanyalah pada Hamzah Zainuddin yang berjanji untuk membawa sokongan kepada usulnya itu seramai 120 ahli Parlimen.
“Begitu juga Azmin S yang turut berjanji untuk menarik sokongan ahli Parlimen PKR untuk menyokong usul tersebut?
“Mana janji-janji mereka pada Muhyiddin? Temberang je,” tulisnya dalam satu hantaran Facebooknya semalam.
Rafi berkata, Ahli Parlimen Pagoh itu telah diperdaya puak-puak politiknya sedangkan ahli Parlimen Umno ‘solid’ menyokong usul yang dikemukakan beliau.
Justeru Rafi memberi amaran, untuk kepentingan kerjasama gabungan mereka, Muhyiddin tidak seharusnya memalukan Umno walau seburuk mana pandangan beliau terhadap parti itu.
“Jadi jangan Muhyiddin pandang Umno macam tak ada mata. Seburuk mana pandangan Muhyiddin pada Umno, untuk kepentingan kerjasama, MP Umno tidak benarkan dia dimalukan,” ujarnya.
GEROMBOLAN
TARIK SOKONGAN
KERAJAAN
RUNTUH
MUHYIDDIN
BERDIRI
DIHUJUNG
TANDUK
KHALAS
4 ulasan:
Gambar tu menunjukkan tandok berada dibuntut telur. Habeh lah tanduk kena berak ngan telur.
Muhyiddin tak kisah.
Yang penting, dia dah disenaraikan dlm sejarah as PERDANA MENTERI ke8. Bila mati, matanya akan terpejam rapat. Tak macam Abam, mati nanti matanya terjegil, tak boleh katup. BERSATU dan pengikut-pengikut Muhyiddinlah yg ibarat telor di ujung tanduk. Menjelang PRU15, BERSATU akan BERKECAI. Masing-masing akan membawa diri. Untung sabut, timbul. Untung batu, tenggelam.
kahkahkah padan muka mat sembab!
X napok jln tsmy blh buat umno tundok kpd Nye.
Catat Ulasan