BATAL SAJE
PROPJEK INI
INI CARA NAK
JUAL TANAH
PADA CUKONG
Projek tambak laut selatan Pulau Pinang belum dapat kelulusan
PENGGERAK projek tambakan laut di perairan selatan Pulau Pinang (PSR) tidak boleh memulakan sebarang kerja di tapak sehingga Laporan Pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP) diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Menteri Alam Sekitar dan Air Tuan Ibrahim Tuan Man berkata EMP ini merupakan antara syarat utama daripada 72 syarat-syarat kelulusan Laporan Penilaian Alam Sekitar (EIA) yang perlu dipatuhi.
“Kemusnahan kekal (akibat PSR) ini akan memberi impak negatif yang signifikan kepada sumber perikanan, nelayan dan jaminan sumber bekalan makanan negara. Projek ini tidak dimulakan dan tak boleh dimulakan lagi sebab projek ini tak dapat kelulusan lagi,” katanya pada sesi soal jawab di Kuala Lumpur.
Tuan Ibrahim berkata projek PSR dikhuatiri akan menyebabkan kemusnahan kekal ke atas ekosistem dataran lumpur, kawasan tangkapan ikan, kawasan pendaratan penyu dan sebahagian terumbu karang di Pulau Rimau yang merupakan ekosistem penting kepada sumber perikanan.
YANG JADI
MANGSA PROJEK
TOROWONG
KAUM NELAYAN
AMIN
1 ulasan:
Patut sangat la dap kona baring pilih abam non... Baru pahammm... Tampai kertas kuning kat dahi gun eng... Hamtu betuii...
Catat Ulasan