Khamis, 27 Ogos 2020

BERKHALWAT KE 163








KHALWAT 163
KHAMIS 27/8/2020
KITA MASUK KE HARI 163
BERKHALWAT

KITA SEMUA MENUNGGU
DENGAN DEBAR
APAKAH PKPP
AKAN DISAMBUNG

PALING MENAKUTKAN
DILAPORKAN
SEORANG WARGA HONG KONG
TELAH PULEH
TAPI DIHINGGAPI SEKALI LAGI
SERANGAN ULANGAN INI
SAOLAH OLAH VEKSIN
JIKA WUJUD 
TIDAK MEMBERI MANAFAAT
KERANA  KALIS KOBID
GAGAL MENJELMA

PAGI INI HOKKIEN CERAH
MATAHARI DAH KELUAR
HUJAN PETANG KELMARIN
MENJADIKAN RUMPUT BASAH
MAKA
SIMPONI CENGKERIK
CUKUP RIANG RIA
DIBANTU OLEH TERKUKUR

KUALA LUMPUR  KELAM
BANGUNAN DISELIMUTI 
KABUS KARBON MONOKSIDA

HA HA HA
DALAM SENYAP SENYAP
PROJEK PERUMAHAN TEMPUA BERTAMBAH
KINI SUDAH ADA ENAM BLOK
TAPI PAGI INI
GUA TAK NAMPAK
APA APA AKTIVITI
BURUH BANGUNAN

MARI KITA BERLAPAR
LAPAR UNTUK BERI KESAN
LAPAR UNTUK DIDENGAR
LAPAR UNTUK DILIHAT
LAPAR YANG MEMBAWA PENCERAHAN

SELAGI FIKRAH KITA
DAPAT MEMIKIRKAN
BENDA ITU
BOLEH DILAKUKAN
MAKNANYA
KITA BOLEH MEMBUATNYA
YANG WAJIB IALAH TEKUN
SERATUS PERATUS

APALAH HEBATNYA
WUJUDIAH KITA
 DIATAS BUMI INI
JIKA KITA 
MELAKUKAN PEKARA
YANG SAMA SAPERTI
DILAKUKAN OLEH BERBILION
YANG LAIN

WAJIB BERTUNGKUS LUMUS
KERJA KERAS 
MUSTAHIL AKAN BERJAYA
JIKA TANGAN DALAM SAKU

CARI PENCERAHAN
LAGI CERAH
LAGI TAK PERLU
HIDUP DENGAN AGAK AGAK

FIKIR POSITIF
KELILINGI DENGAN 
PEMILIK MINDA POSITIF
MAKA KITA JUGA
AKAN JADI POSITIF

KEKUATAN BUKAN KEMENANGAN
TAPI PERJUANGAN
UNTUK MEMPERKUAT DIRI
DATANG MALAPETAKAN
KITA LALUI
DENGAN CEKAL DAN GIGIH
TAK MENGAKU KALAH
ITULAH NAMANYA KEKUATAN

JADILAH SOSOK
YANG BERBEZA
JANGAN DILIHAT  SAMA 
SAPERTI YANG DAH ADA

SELAMAT BERKHALWAT

3 ulasan:

taru berkata...

TT ni hari 27 Ogos Khamis daaa....awat rabu gi

Tanpa Nama berkata...

sakai, mana cerita goyang2 dan janda baik? promosi dah habis ke? dah tak hasut lagi ke? ke tak laku? atau tunggu dekat2 pru baru nak full swing?

Al Buyut berkata...

Kat mana nye dyer tulis rabu...