Ahad, 23 Ogos 2020

DIMAKLUMKAN KEPADA PEMBACA






DIMAKLUMKAN

KEPADA PEMBACA 

TUKAR TIUB
 BLOGSPOT.COM
INGIN MENGUBAH CARA
TAMBAH MUAT DAN DESIN
DAN 
CARA PENGISIAN BLOG

GUA TELAH MEMBLOG
MULA PADA BULAN OGOS 2008
BULAN INI MASUK 12 TAHUN

TUKAR TIUB BERMULA 
KETIKA KEMPEN 
PILIHANRAYA KECIL 
PERMATANG PAUH
KETIKA ITU BLOGGING
SEDANG POP

GUA DIASAK OLEH
BLACK AMIN ISKANDAR
DAN  SUSAN LOONE
DUA BLOGGER AWAL

BIAR GUA JUJUR DISINI
GUA ADALAH GENERASI
GAPTEK
GAPTEK BERMAKNA
CAGAP TEKNOLOJI
GUA TAK CEKAP
GUA TAK PANDAI
MASA MULA BLOGGING DULU
GAMBAR PUN TAK PANDAI MUAT
 BELAJAR DAN TAHU

KEMUDIAN BELAJAR
MASUKKAN  VIDEO
KINI DAH BOLEH

GUA DIBANTU OLEH TIM TEKNIKAL
TANPA MEREKA GUA KALUT

GUA INI BUKAN
ANAK WATAN KOMPUTER
GUA ADALAH IMIGRAN
GUA PENDATANG
DALAM DUNIA IT
JUSTERU GAPTEK

GUA HANYA GUNA KOMPUTER
UNTUK BACA
UNTUK TULIS
UNTUK BLOG
UNTUK SURAT MENYURAT
LAIN GUA TAK TAHU

ADA SERIBU SATU 
YANG BOLEH DILAKUKAN
OLEH KOMPUTER
TAPI GUA TAK ARIF
AMIN

BILA BLOGSPOT NAK UBAH
GUA TULIS SURAT RAYUAN
MINTA 
KALAU BOLEH GUA
NAK GUNAKAN CARA LAMA
GUA DAH SELESA
DAH LEBIH 10 TAHUN

MINGGU DEPAN
24/8/2020
SEMUA BERALIH
MENGIKUT BLOGSPOT
INI UNTUK KESELESAAN
PARA BLOGGER YANG PAKAI
TALIPON BIJAK
MEMBLOGGIG DARI SMART PONE

WALHAL GUA BLOGGING
PAKAI KOMPUTER ATAS MEJA
CARA LAMA

GUA TAK GUNA SMART PONE

JUSTERU
JIKA ADA PERUBAHAN
MAKA BLOGGING GUA LAMBAT
GUA JADI ULIT
KECEKAPAN GUA HILANG

MAKA GUA FIKIR
KALAU TERLALU SUSAH
GUA  AKAN BERHENTI BLOGGING

SEDIH JUGA
DAH LEBIH 10 TAHUN
GUA MEMBLOGGING 
DARI EROPAH
DARI LODON 
DAN MERAYAU RAYAU
DI MALAYSIA

TUKAR TIUB 
 PERNAH DITUTUP
OLEH MCMC
SELALU  DIKACAU OLEH KUASA
SELALU DILAMBAT
PERNAH DI GODAM

TAPI GUA MENERUSKAN
JUGA

JANGAN RISAU
KALAU TANPA TUKAR TIUB
PANDANGAN DAN TULISAN GUA
AKAN TERUS MUNCUL
DI FACE BOOK
DI TWEETER
DI MALAYSIAKINI
DALAM MASA YANG SAMA
GUA AKAN TERUS
MECUBA  BELAJAR
UNTUK CEKAP TEKNIK BARU

KEPADA SEMUA PEMBACA TT
YANG SOKONG GUA
YANG BENCI GUA
YANG MELUAT DENGAN GUA
YANG MENYAMPAH DENGAN GUA
YANG NAK LUDAH MUKA GUA
ANGGAPLAH
TUKAR TIUB INI
RUMPUT DALAM PERJALANAN HIDUP
ADA YANG MELIHAT 
SEBAGAI SAMPAH
ADA MELIHAT 
SEBAGAI  SEMUNCUP
ADA YANG MELIHAT
SEBAGAI DAUN BERDURI
ADA YANG MELIHAT
SEBAGAI BUNGA

TUKAR TIUB
ADALAH PERJALANAN
HIDUP GUA
YANG GUA KONGSI
BERSAMA PEMBACA
TANPA PEMBACA
PERJALANAN INI GAGAL
MELESET

DALAM PERJALANAN
SAMPAI TAK PENTING
YANG PENTING
IALAH KITA BERJALAN
 AMIN

Hisham lancar 'Tukar Tiub' di Ptg Pauh

Diterbitkan 
Dikemaskini 18 Aug 2008, 10:23 pm
Penulis kolum Malaysiakini Hishamuddin Rais kali ini melancong ke Permatang Pauh dengan gaya baru - menulis blog tentang sosio-budaya kawasan kerusi parlimen itu disela-sela kehangatan kempen "ibu segala pilihanraya".
Dalam bahasanya, beliau menggelarnya "la grande battaile" tetapi bukan dalam konteks perlawanan fiesta lembu melawan manusia seperti disaksikannya di Sepanyol 20 tahun lalu.
"Kali akhir saya melihat fiesta yang ampuh dengan ribuan manusia ialah di Pamplona pada tahun 1988. Ini fiesta manusia lawan lembu yang diadakan di kota ini selama satu minggu bermula pada 7 Julai saban tahun," katanya hari ini.
"Pada 16 Ogos, fiesta di Permatang Pauh bukan lembu lawan manusia tetapi Pakatan Rakyat bangun melawan untuk menundukkan Barisan Nasional - la grande battaile ."
Nama blog Tukar Tiub - yang khusus dibangunkan bersempena pilihanraya kecil yang akan diadakan pada 26 Ogos ini - diambil daripada iklan penyedia khidmat menukar tiub motosikal yang sering dilihat di tepi-tepi jalan, khususnya tempat perhentian di pinggir lebuh raya.
" Tukar Tiub bukan macam Youtube walaupun bunyi seakan-akan sama. Tidak ada babak terlarang di Tukar Tiub ," katanya, sambil ketawa.
"Tukar pemimpin politik tidak sama dengan tukar tiub. Tetapi kalau tayar dah pancit, kena tukar tiublah."
Hishamuddin, yang sering tidak bersetuju dengan gaya penulisan blog di negara ini, akhirnya menyertai arus keghairahan orang ramai termasuk ahli politik dan pemimpin negara membangunkan blog masing-masing selepas pilihanraya umum 8 Mac lalu.
Dalam artikel pertamanya di blognya itu (www.tukartiub.blogspot.com), bekas tahanan akta ISA itu juga menceritakan suasana sewaktu hari penamaan calon, termasuk kesesakan yang dialami penyokong kedua-dua parti utama yang bertanding, PKR dan BN.
Sewaktu dihubungi hari ini, Hishamuddin berkata beliau akan berkampung 24 jam sehari di kawasan itu hingga selesai pilihanraya kecil ini untuk melontarkan coretan-coretan pendek tentang Permatang Pauh.

5 ulasan:

panglimo potaseh berkata...

TT adalah generasi yang tak tahu G-Spot tu binatang apa ..yg dia tahu hanya Bijik Kelentit je ..

Unknown berkata...

kalau dah bodoh tu, tetap bodoh!!
projek membantut/bonsaikan minda anak semua bangsa

ayahchik berkata...

Gua suka cara lu TT. Unik. Teruskan merakam sejarah car lu. Gua tetap sokong

DatoPidi berkata...

Pakai la henpon cerdik.
Tak reti hang belajar Kat YouTube belajaq dgn pakcik Google.
Ada henpon cerdik dlm jamban pong bole online.

Nota-
Kalu hang nak cepat tangkap, hang pi order kismi minda lebai Q7 pasti hang cekap.
Hang tengok la lebai punya auta sekarang. Semua berkat cekik kismi minda dgn ayak tapak kaki la.
Hang kalu kena ayak tapak kaki, silap Hari bulan #Abah hang lantik hang jadi KSU MCMC sebab bijak sangat

Tanpa Nama berkata...

Akhirnya Isham ngaku kebbodohannya..nasib baik bodoh bukan satu jenayah...klau x reti guna teknologi lebih kau julur pisang jer..sebab julur pisang x pakai teknologi..KIKIKIKI on BODOH BUKAN JENAYAH