GULAI BABI
SEKAWAH
MAKIN KACAU
KAH KAH KAH
Siap sedia bertanding solo, kata pemimpin BN Selangor
UMNO dan Barisan Nasional (BN) perlu bersiap sedia untuk bertanding bersendirian dengan lambang dacing dalam pilihan raya umum akan datang, kata ketua penerangan BN Selangor, Isham Jalil.
Beliau memberi peringatan itu ketika PAS mengesahkan parti Islam itu dan Bersatu antara antara penaja bersama pendaftaran gabungan Perikatan Nasional.
“Pada saya, Umno dan Barisan Nasional perlu bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan, termasuklah jika kita terpaksa pergi berjuang dalam pilihan raya umum ke-15 secara bersendirian dengan sepanduk dan lambang Barisan Nasional seperti berpuluh tahun sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.
PN adalah gabungan kerajaan yang dibentuk selepas percaturan politik pada hujung Februari lalu yang menyingkirkan Pakatan Harapan dari Putrajaya.
Ia dibentuk secara longgar sebelum ini oleh Bersatu, Umno dan komponen BN, serta PAS dan parti kecil di Sabah. Gabungan itu disokong oleh Gabungan Parti Sarawak (GPS).
Umno pada masa sama menjalin kerjasama rasmi dengan PAS atas nama Muafakat Nasional, yang dimeterai pada September 2019.
Jelas Isham, Umno dan BN bukannya hendak bersendirian tetapi ia juga tidak boleh memaksa mana-mana pihak untuk terus menjalin kerjasama dengannya.
“Benar peluang kita untuk menang adalah lebih tinggi jika kita bersama berbanding jika kita bersendirian.
“Namun jika ada mana-mana pihak yang mahu tinggalkan kita secara sukarela oleh apa jua sebab sekali pun, saya tidak rasa kita boleh memaksa mereka untuk setia bersama kita atau menghalang mereka dari meninggalkan kita, jika itu pilihan mereka.
“Tiada paksaan dalam kerjasama politik sebagaimana juga tiada paksaan dalam Islam,” katanya.
Semalam, Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan mengesahkan parti Islam itu adalah antara parti penaja PN, yang pendaftarannya dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS) baru-baru ini.
“PAS ada, Bersatu ada (sertai PN). BN kena tanya BN, saya tidak pasti.
“Jawatankuasa penaja boleh mana-mana pihak, lepas ditubuhkan (PN) ahli lain boleh masuk,” katanya.
Setiausaha Agung BN Annuar Musa hari ini mengulangi ketegasan Umno tidak akan menyertai PN.
Ia bagaimanapun tidak menghalang mana-mana parti lain untuk bersama dalam gabungan itu, katanya.
PAS juga katanya tidak melanggar piagam Muafakat Nasional dengan Umno apabila terlibat sebagai penaja penubuhan PN.
Permohonan pendaftaran PN dikemukakan awal bulan ini kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS), kata naib presiden Bersatu Abdul Rashid Asari.
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi sebelum itu mengumum pendirian rasmi Umno tidak menyertai PN tetapi mendukung kerajaan di Putrajaya dan beberapa negeri.
Umno sebaliknya kata beliau mahu memperkukuhkan kerjasama politik dengan PAS dalam Muafakat Nasional dan komponen BN. – 20 Ogos, 2020.
GEROMBOLAN
MAKIN PECAH
MAKIN BANYAK
KUMPULAN
KAH KAH KAH
LAGI RAMAI
KENA DAKWA
LAGI KACAU
GEROMBOLAN
AMIN
LAGI BANYAK
KEPALA LAGI
BESAR GADUH
AMIN
INI BAIK UNTUK
MALAYSIA KITA
AMIN
2 ulasan:
Sekawah gulai daging dicampur dengan seketul dua daging babi amanat hadi sudah pudar, babi bawang sudah jadi duta taraf menteri ditimur tengah, uae sudah berdamai dengan kerajaan israel tapi duta dedak timur tengah masih membisu,malah menteri parti ajaran sesat tidak patuh kepada perintah kurantin.apakah bodoh punya puak???
kenapa bila bab gaduh je, gambar pkr yg keluar..??
projek membantut/bonsaikan minda anak semua bangsa dari mat KASI
minda minda sonsang
Catat Ulasan