Isnin, 10 Ogos 2020

HOT MENJADI LEBIH HOT



SUASANA

SEKARANG 

 TERBAIK

POLITIK SEDANG

CAIR

AMIN

SEMUA NAK

TUNJUK

SOKONG RAKYAT

SOKONG KEADILAN

BENTRAS JENAYAH

INILAH MASA

RAKYAT BANGUN 

UNTUK BERINDAK

Mustahil pendedahan judi haram di Sungai Buloh fitnah, kata Zahid Hamidi

PENGASAS perniagaan burger Hot Burger Malaysia yang membuat pendedahan mengenai kegiatan judi haram di Sungai Buloh, yang rakaman videonya tular di media sosial semalam, tidak mungkin memfitnah pihak berkuasa, kata bekas menteri dalam negeri Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya, tindakan lelaki hanya kerana mahu pihak berkuasa menjalankan tugas mereka membanteras kegiatan haram.

“Saya kasihan dengan nasib pengasas Hot Burger.

“Mustahil dia buat fitnah. Kepentingan dia cuma mahu penguatkuasa dijalankan secara berkesan,” katanya dalam satu komentar di Facebook.

Zahid yang juga Presiden Umno berkata, aktiviti judi haram berleluasa dan memangsakan mereka yang berpendapatan rendah tetapi mahu cepat kaya.

“Akhirnya mereka merana.

“Secara peribadi saya menyokong tindakan penutupan premis judi disegerakan,” tambahnya.

Dua rakaman video tular sejak Sabtu melalui akaun Facebook atas nama “Hot Burger Malaysia” dan mendapat reaksi hangat dalam kalangan pengguna media sosial sehingga berjuta-juta tontonan.

Rakaman itu, yang pertama sepanjang lebih kurang 13 minit setengah dan yang kedua hampir 9 minit, mendedahkan kegiatan mesin judi kuda, penjualan rokok seludup, dan operasi perniagaan haram oleh warga asing. 

Dalam rakaman itu, lelaki yang dikenali sebagai Asri Janggut mendakwa pihak berkuasa memejam sebelah mata terhadap kegiatan kedai judi yang berlarutan sampai ke dinihari, walaupun ada sekatan waktu perniagaan semasa perintah kawalan pergerakan (PKP).

Semalam, Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador berterima kasih kepada lelaki yang mendedahkan kegiatan itu dan menjanjikan tindakan tegas segera, termasuk ke atas pihak berkuasa yang bersekongkol.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh kemudian memaklumkan satu laporan dibuat berhubung penularan rakaman video itu yang didakwa memfitnah pihak berkuasa.

Majlis Bandaraya Shah Alam juga mendakwa tuduhan dalam rakaman video itu bersifat fitnah.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Johor Bahru Akmal Nasir mempersoalkan tindakan polis menyiasat pengadu dan bukannya perkara yang diadu.

Awal hari ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengumumkan ia memantau kegiatan penguatkuasa di Sungai Buloh. 

Agensi anti rasuah juga sedang bekerjasama dengan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman untuk menyiasat dakwaan kegiatan rasuah dalam kalangan pasukan polis.

Bukit Aman juga dipetik mengesahkan sudah memulakan siasatan kemungkinan penglibatan anggota polis melindungi kegiatan kedai judi di Sungai Buloh. – 10 Ogos, 2020.


SELAMA INI

CUKONG  JADI

RAJA

POLIS BUT DEEK

SEKARANG 

MASA UNTUK 

MENUMPASKN

PARA CUKONG

YANG SELAMA 

INI BIKIN

HURU HARA

TANAH MELAYU

AMIN

2 ulasan:

Arymanchino berkata...

Melaon Wak Jahid haramhajadah.Tengok masa kau menteri.Mcmana kes Gobin dgn bekas IGP.Siap warning rakyat supaya xkaitkan khalid dgb Gobin walau semua org bercakap.Dasar haprak..

Tanpa Nama berkata...

Sy amat menyokong enche TT. Sebab tu dari dulu sy cakap kita perlukan pemimpin hati besi mcm filipina rodrigo duterte, panglima trump amerika sarekat yg sedang membantai tiktok huawei china, al marhum mat gobel, al marhum hitler wolf lair, akan habis dipelangkong cukong2 semuanya.