INI ADALAH
CONTOH
TERBAIK
CARA GUNA
MEDIA BARU
LAWAN KERJA
HARAM
LAWAN CUKONG
LAWAN TOWKAY
JUDI DAN LENDIR
AMIN
KPN BERTERIMA KASEH DAN PUJI
PENDEDAHAN PEMILIK HOT BURGER
KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador memberi jaminan tindakan segera akan diambil bagi membanteras kegiatan mesin judi, penjualan rokok seludup dan aktiviti perniagaan haram warga asing di kawasan Sungai Buloh.
Sambil berterima kasih kepada individu yang mendedahkan kegiatan terbabit menerusi satu video yang tular semalam, beliau berkata, tindakan tegas pasti diambil termasuk terhadap mereka yang bersekongkol dalam aktiviti jenayah itu.
Abdul Hamid menegaskan, Bukit Aman sudah memulakan tindakan sebaik pendedahan mengenai kegiatan itu dibuat menerusi video oleh seorang peniaga, dipercayai penjual burger di kawasan Sungai Buloh.
“Bagus ada pihak yang berani dan ikhlas mendedahkan situasi sebenar di lapangan dan kita bertindak segera ke atas semua kegiatan yang salah ini,” katanya ketika dihubungi BH, hari ini.
Dalam perkembangan berkaitan, BH difahamkan satu sidang media akan diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh oleh ketua polis daerah berkenaan, hari ini.
Dua video yang tular menerusi laman sosial Facebook atas nama akaun Hot Burger Malaysia semalam, mendedahkan mengenai kegiatan premis mesin judi dan aktiviti penjualan rokok seludup dan operasi perniagaan haram dalam kalangan warga asing.
Satu video berdurasi 13.28 saat sudah ditonton oleh 3.6 juta orang selepas 18 jam disiarkan, satu lagi video berdurasi 8.29 saat ditonton oleh 1.4 juta penonton.
Polis buat laporan polis terhadap peniaga burger video tular
Tidak sampai 24 jam selepas Ketua Polis Negara, Hamid Bador berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan berhubung dakwaan kegiatan perjudian dan penjualan rokok seludop di kawasan Sungai Buloh, laporan polis telah dibuat terhadap pemilik akaun Facebook ‘Asri Janggut’ , Pengasas dan Pengarah Eksekutif Founder Hot Burger Malaysia
Harian Metro melaporkan Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar sebagai berkata , laporan dibuat seorang pegawai polis kerana mendakwa video itu adalah satu fitnah sehingga mendatangkan keresahan dalam kalangan masyarakat dan menjatuhkan reputasi PDRM.
“Dalam video berkenaan juga didapati pemilik akaun berkenaan tidak berpuas hati atas tindakan penyitaan ke atas gerai burger milik beliau yang dilakukan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
“Pengadu merasakan video yang tular di media sosial berkenaan boleh menimbulkan fitnah dan merosakkan imej pengadu sebagai Ketua Polis Balai Sungai Buloh, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh, PDRM dan kredibiliti Ketua Polis Selangor,”
Shafa’aton berkata, susulan maklumat berkenaan sepasukan polis daerah Sungai Buloh membuat enam serbuan di Bandar Baru Sungai Buloh seperti yang ditularkan.
“Dalam serbuan berkenaan polis menahan dua lelaki warga Bangladesh selain merampas empat tablet dan wang tunai RM114.
“Manakala lima lagi serbuan di tempat berlainan mendapati premis berkenaan tidak beroperasi, jelas ia adalah tohmahan,”
Menurutnya, sebelum video berkenaan ditularkan, polis sudah membuat serbuan di beberapa lokasi yang dikenal pasti menjalankan perniagaan haram ini.
“Apa yang ditularkan itu adalah fitnah sehingga mendatangkan keresahan dalam kalangan masyarakat dan menjatuhkan reputasi PDRM.
“Saya menyeru kepada orang ramai supaya menyalurkan kepada orang ramai maklumat-maklumat melalui saluran yang disediakan,”
Sementara itu, pada jam 1 tengah hari tadi, ketua polis sungai buloh itu bersama media melakukan serbuan di salah satu premis judi seperti yang didakwa.
Video serbuan disiarkan secara langsung melalui facebook Bernama TV.
Beliau kemudian mengesahkan premis tersebut sudah tidak menjalankan operasi kerana sudah diserbu dua minggu yang lalu.
“Boleh lihat di sini berapa lama benda ni mungkin mereka ini sudah tidak beroperasi sebenarnya. Potong, dan ambil tindakan, potong grill di belakang itu untuk kita masuk.
Serbuan kali terakhir dua minggu yang lepas. Jadi kalau dia kata kita tidak ambil tindakan itu adalah tidak benarlah.
Sebab pihak polis memang sentiasa akan ambil tindakan sekiranya disalurkan maklumat yang tepat kita akan pergi untuk pastikan bahawa tempat itu betul-betul tidak ada apa- apa kegiatan perjudian.”
Menjawab soalan wartawan sama ada pemilik premis mengetahui penyewa melakukan operasi kegiatan haram di premis sewaan, beliau menjawab:
“Setakat ini kalau pertemuan-pertemuan kita dengan masyarakat tidak ada pula dinyatakan benda ini. Kalau sekiranya ada, pihak polis tidak menyembunyikan apa-apa maklumat. Kalau maklumat yang sebegini, memang kita akan pergi buat tindakan. Kalau dilihat kawasan dia, pintu depan tidak dibuka, semua masuk dari pintu belakang, dan mereka mungkin akan memilih siapa pelanggan mereka, bukan semua (boleh masuk).”
Beliau juga mengakui kegiatan sindeket judi ini sering berulang-ulang.
“Yang ini (premis judi) dia berulang-ulang, buka tutup, buka tutup. Mungkin kita tengok bila kita buat serbuan dia tutup. Lepas tu dia akan buka balik, bila dah slow dan sejuk dan sebagainya. Sindiket ini memang tidak akan putus. Dia akan bertukar-tukar”
Mengenai kedai rokok seludup, beliau mengesahkan sudah dua kali serbuan dibuat.
“Sebelum ini memang kita sudah buat serbuan. Kalau tak salah saya sudah dua kali serbuan dilakukan dan kita pernah ambil tindakan dan kita masih menunggu lagi arahan selanjutnya untuk kertas siasatan itu dirujuk kepada pegawai .. untuk arahan selanjutnya.”
Dalam pada itu beliau meminta masyarakat memberi maklumat dan berjumpa dengan beliau.
“Masyarakat bagi maklumat, jumpa dengan saya sebab saya bersikap keterbukaan, dan saya bercakap tegas tentang perkara ini”
Penduduk Tampil Ceritakan Perkara Sebenar
Seorang pemilik akaun facebook bernama Azlan Zambry yang mendakwa sebagai penduduk disitu tampil mengesahkan memang wujud kedai judi di kawasan tersebut
“Video yang tular di Sungai Buloh adalah kawasan rumah dan saya tempat membesar.Apa yang berlaku dan dinyatakan adalah perkara benar. Sebagai contoh, kedai rokok Acheh yang dipaparkan di dalam video itu beroperasi lebih 30 tahun. Tidak pernah berusik! Saya tidak berniat mengganggu siasatan polis, tetapi ia perkara benar yang tidak perlu disangkal selain isu kedai judi yang wujud, malah saya pernah menyaksikan insiden rompakan dan tetakan yang berkaitan dengan kedai judi tersebut.”
RAKAM VIDEO
DG TALIPON
KEMUDIAN SEBAR
UNTUK DIKETAHUI
UMUM
AMIN
HANTAR PADA
MAJLIS
HANTAR PADA
WAKIL RAKYAT
HANTAR PADA
POLIS DAERAH
HANTAR KE PDRM
BUKIT AMAN
AMIN
RAKYAT BANGUN
TUMPASKAN
JENAYAH
CUKONG
YANG ADA
JARINGAN DG
PIHAK BERKUASA
AMIN
2 ulasan:
judi haram memang la kena... mohon la lesen.. nak buat bisnes judi kena la ikut undang2
Tahniah Hot Burger. Di Sg.Buloh ramai peralatan judi dan niaga cara haram telah di tangkap ..tapi tak de sekor pong makhluk birjaya di tangkap ..tahniah.
Catat Ulasan