CINTA TORTILLA
Bila aku menjejak kaki ke Belgium pada musim sejuk tahun 1982 aku tak tahu langsung tentang negara yang membebaskan aku dari penjara Bombay. Tiga bulan aku ditahan atas tuduhan masuk ke India dengan menggunakan paspot palsu. Sabenarnya aku lari dari kapal terbang Aeroflot milik Rusia yang nak menghantar aku pulang ke Siam. Untuk memudahkan pendakwaan di mahkamah, polis India telah menuduh aku masuk ke India menggunakan paspot Siam palsu.
Kerajaan Belgium menerima aku sebagai pesuaka politik. Aku telah diberi pilihan untuk menetap di wilayah Walloon atau di wilayah Flemish. Walloon menggunakan bahasa dan budaya Peranchis. Flemish menggunakan bahasa Belanda. Tanpa berfikir panjang aku memilih bahasa dan budaya Peranchis. Air anggur, gadis cun dan filem Peranchis menjadi asas pilihan aku.
Aku ditempatkan di Rumah Orang Pelarian di Braine-le-Comte. Braine-le-Comte wilayah warga kelas menengah Wallon 18 batu dari Brussels ibu kota Belgium. Dalam pekan kecil ini aku sesat kerana sepatah habuk pun aku tak tahu bahasa Peranchis.
Madame Olga dan Madame Anne menjaga kami dibanglo tiga tingkat milik Gereja. Ramai orang pelarian bersama aku. Tapi bukan ini cerita yang hendak aku surahkan.
Olga mengajar kami asas bahasa Peranchis. Dia bukan cikgu bahasa yang terlatih. Maka Madame Anne mencadangkan aku masuk ke sekolah di Wavre dimana ada pembelajaran bahasa Peranchis khusus untuk menyediakan pelajar luar masuk ke universiti di Belgium.
Minggu ke tiga di Belgium aku dimasukkan ke sekolah L'Athénée Royal Maurice Carême di Wavre 32 batu dari Brussels. Maknanya saban hari aku wajib naik kereta api 1 jam untuk ke sekolah.
Aku masih ingat lagi disekolah ini ada seorang pelajar Amerika Sarekat, dua dari Hong Kong, seorang dari Sri Langka, seorang dari Syria, seorang dari Palestin dan lima pelajar dari Amerika Latin. Semuanya anak gadis kecuali dari Sri LaNgka , pelajar Arab dan aku. Semua sedang melamar untuk masuk ke universiti di Belgium.
Wavre terletak 5 batu dari Universiti Katholik Leuven le Neuve. Wavre boleh dianggap kota university. Justeru sekolah bahasa ini diwujudkan oleh Majlis Bandaran Wavre. Aku belajar percuma kerana status aku sama saperti warga Belgium.
Setiap hari aku berulang alik 52 batu dari Braine -le Comte ke Wavre. Setiap hari aku melintasi Brussels. Elien pelajar dari Hong Kong menunjuk simpati kerana aku tinggal amat jauh. Dia mencadangkan agar aku mencari bilik di Wavre. Elien membantu aku. Akhirnya kami bertemu bilik loteng atas kedai pertanian. Lalu aku berpindah ke Wavre.
Kami ada dua guru – Madame Michoux dan Andre Imberechts. Aku menjadi murid Andre. Awalnya aku tidak tahu siapa sabenarnya Andre. Beberapa bulan kemudian aku mula mengenali bahawa Andre ini saorang penyaer Francopone yang popular di Belgium. Andre menggunakan nama pena William Cliff. Telah menghasilkan 7 buku puisi yang diterbitkan oleh Gallimard – penerbit tersohor di Paris.
Kami yang tidak ramai dalam satu kelas amat senang menjadi mesra. Awalnya kami menggunakan Bahasa Inggeris untuk bercakap. Pelajar Latino menggunakan bahasa Sepanyol. Aku perhatikan pelajar Latino cepat menangkap apa yang diajar. Ini kerana tata bahasa Sepanyol tak jauh bezanya dari bahasa Peranchis – asasnya Latin.
Aku yang baru sampai dari negara Republik Islam Pakistan agak terbuka mata. Pakaian pelajar Latino ini feshen terkini – entah dari Paris entah dari Madrid . Agak mengancam kejantanan aku – ketat dan sendat. Aku merasakan bahawa rata rata mereka ini datang dari kelas menengah. Belajar dengan perbelajaan sendiri di negara Eropah.
Aku cuba merapati Gloria, Innes , Lorena dari Colombia. Aku ingin mencuba nasib untuk merasa nikmat sakeping tortilla. Aku gagal. Bahasa menjadi halangan sebelum aku sempat melempar buah dadu mencuba nasib.
Aku perhatian ada sesuatu tentang Innes. Gadis cun ini aku rasa belum melintasi 25 tahun. Pakaian bertukar saban hari – aku rasakan feshen terkini dari Paris. Macam baru keluar dari ‘cat-walk’. Kadang-kadang kelihatan bersendirian. Sesekali aku ternampak dia berdiri bersendirian menghisap rokok. Innes agak berbeza dari Lorena dan Gloria yang aku rasa baru selesai Tingkatan Enam.
Satu petang sebelum kelas bermula aku ternampak sebuah Mercedes puteh berhenti dihadapan sekolah. Innes turun dari Mercedes ini . Biasanya pelajar Latino ini datang dengan bas. Aku tak ambil pot. Mungkin hari ini Innes terlambat.
Habis belajar petang biasanya aku dengan Andre akan masuk ke pekan Wavre mencari café. Kami berlabon dalam bahasa Inggeris. Andre berkesah yang dia pernah mengembara hampir enam bulan merayau di Amerika Sarekat dan Amerika Latin.
‘ Machu Picchu… memberikan aku inspirasi untuk menghasilkan sebuah buku……. ‘
Tetiba pada petang itu sebuah Mercedes puteh melintas dihadapan café kami. Aku ternampak Innes dalam kereta itu. Andre yang sedang menikmati sagelas Stella tidak mengambil perhatian langsung.
‘ Isham… kamu tak sampai lagi ke sana… ha ha.. Colombia.. gadisnya .. kokainnya …ha ha ha.. ..tapi awas kau akan terjumpa black widow disana… ‘ Andre mengangkat tangan ingin memesan sagelas lagi Stella.
Semenjak dari petang itu aku selalu ternampak Innes datang dengan Mercedes puteh. Aku tidak ternampak rupa sosok Si Mamat yang menghantar Innes. Aku sedar Belgium bukan Islamic Republic of Pakistan. Takda siapa ambil pot untuk menjaga tepi kain orang. Apa yang jelas pada aku ialah Innes telah mendapat kekasih warga Belgium. Aku telah gagal untuk menikmati sakeping tortilla. Hanya aku berharap cinta gadis Latino dengan jantan Belgium ini berkekalan. Amin.Hari berjalan musim berubah. Hubungan kami sesama kami makin rapat. Disatu hujung minggu dipermulaan musim bunga Andre mengajak pelajar datang berkenduri di kampongnya – di daerah Gembloux. Andre ingin berterima kaseh kepada kami pelajar luar yang membolehkan dia menjadi guru satelah lama ‘chomage’ - menganggur. Kami semua menapak ke kampong Andre yang terletak dalam ladang gandum. Innes datang lambat. Mercedes puteh datang menghatar dan terus beredar.
Dua minggu kemudian Innes mengajak aku bertandang pergi ke Brussels.
‘ Une soire a Brussels… Isham…avec my boyfriend…’ Innes menjemput untuk bercanda-canda di Brussels atas jemputan kekasihnya. Innes bukan hanya mengajak aku malah menjemput semua termasuk Andre.
Malam Sabtu yang dijanjikan kami bertemu dalam sebuah restoran ‘chic’ dalam kota Brussels. Lorena, Gloria dan Mopid dari Palestin datang. Andre warga Brussels telah mencadangkan restoran tempat berjumpa.
Dalam restoran ini untuk pertama kali kami berkenalan dengan pemilik Mercedes puteh - Monsieur Victor kekasih Innes. Malam itu Victor bersurah bagaimana dia ternampak Innes sedang ‘hitch hike’ ditepi jalan berhampiran dengan Universitu Leuven a Neuve. Dia menghantar Innes ke sekolah. Semenjak petang itu cinta mereka bercambah.
Aku rasa si Victor ini telah melintasi 40 ++ tahun atau mungkin lebih. Pada hemat aku mustahil Victor ini bujang. Atau mungkin telah berpisah kerana di Eropah cerai berai ini satu pekara biasa.
Lepas makan malam kami berpindah ke sebuah kelab malam. Victor dan Innes hilang entah kemana. Aku masih lagi cuba menjual buah dadu untuk mendapatkan sakeping tortilla. Andre tersenyum memerhatikan anak anak murid sedang berlatih menggunakan bahawa Peranchis.
Malam itu aku cukup seronok. Kenapa tidak? Semua bil dibayar oleh Victor. Aku rasa si Victor ini mahu menyatakan pada Innes bahawa cintanya cukup kuat sehinggakan kawan kawan Innes pun dia belanja.
Belgium negara Katholik. Bulan April ada cuti dua minggu yang bersangkutan dengan Nabi Isa. Aku naik kapal menyeberang Selat Inggeris ke Dover dan terus ke London. Aku melupakan bahasa Peranchis dan tortilla. Di London aku memasang lukah cuba nasib untuk menangkap fish and chip. Belum pun sempat mengangkat lukah dariSungai Thames cuti telah habis.
Petang Senin bila kelas bermula aku tak nampak Innes. Mungkin masih bersantai ke Paris atau di Amsterdam. Tidak pula aku tanya tentang Innes dari Gloria atau Lorena.
Petang Rabu berikutnya aku nampak Mercedes puteh terpacak di tepi sekolah. Gloria berbisik mengatakan Victor datang mencari Innes. Aku melambai tangan pada Victor yang menuju bilik guru. Aku tak tahu apa yang berlaku. Aku terus masuk ke bilik darjah. Andre memulakan kelas agak lewat.
Habis kelas Andre dan aku terus ke café tempat biasa kami minum. Aku tak sabar nak tahu apa yang telah berlaku.
‘ Ha ha… jantan Belgium telah kena sengat black widow
…baru dia sedar.. Victor ada anak bini… ha ha ha… I m sure his wife is happy now… ‘ Andre ketawa.
Aku mengasak Andre untuk bersurah penuh. Barulah aku tahu duduk pekara. Mengikut Victor Innes mendapat telegram. Ibu Innes di Bogota telah jatuh sakit. Innes wajib pulang serta merta. Victor membelikan tiket pulang dan memberi duit. Innes merancang tidak akan lama di Bogota kerana university akan dibuka untuk menerima pelajar baru.
‘ Victor menalipon berkali kali… tapi bukan Innes yang menjawab … bukan number talipon Innes… Victor hantar telegram… telegram dipulangkan kembali… alamat tak betul.. banyak duit Victor diambil oleh Innes..’ Andre bersurah sambil memegang gelas Stella.
‘ Isham… ramai jantan Belgium tak tahu gadis Latino… gadis dari Amerika latin… mereka licik dan berpengalaman… mereka datang ke Eropah bukan saja saja…mereka ada rancangan… Isham kau pergi Amsterdam.. lihat dalam gelas itu… majoriti dari mana?.. Kau tak perlu pergi jauh…pergi ke Gare Midi di Brussels ..pasti kau jumpa seratus Innes..’
Aku terperanjat satelah mendengar surah Andre. Aku faham makna black widow bukan hanya labah-labah. Lalu aku membuat keputusan untuk tidak lagi mengidamkan tortilla. Amin. (TT)
5 ulasan:
Apo pnjng na kau tulih tt oii..sepo nk maco..den ni kan orang melayu mano blh maco pnjng2 .. Terbaka bijik mato
Sedap bace crita ni ilang sakit ati kat Tt asyik meraban politik. Lau blh selit sket adegan lucah yg leh wat stim hurmmm...
No Money, No Honey.
we want more! buat buku lah tt. berapa hinggit pun gua beli. sanggup tt keluar cerita mahal2 macam ni nak support malaysianow. amenda le.
Sting aku yahoooo...
Catat Ulasan