SOKONG SOKONG
RAKYAT SOKONG
TUAN HAJI MUJAHID
RAKYAT SOKONG
TUAN HAJI ANWAR
AMIN
RAKYAT
WAJIB SOKONG
TUAN TUAN HAJI
YANG ALIM
YANG WARAK
YANG SYUMUL
AMIN
TAPI
TUAN HAJI MUJAHID
WAJIB
KELUARKAN AYAT
KELUARKAN NAS KELUARKAN HADIS
AMIN
Mujahid Rayu UMNO
Sokong Anwar
Naib Presiden Amanah Tuan Haji Mujahid Yusof Rawa mendakwa UMNO telah menjadi mangsa kumpulan ‘pembelot’ dalam Kerajaan Perikatan Nasional.
Dalam artikel terbaharu bertajuk ‘Membuang Sial Langkah Sheraton’ yang dimuat naik di Facebooknya hari ini, beliau mengajak UMNO untuk bersama-masa Presiden Parti Keadilan Rakyat Tuan Haji Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan.
Mujahid berkata, ‘mangsa pembelot’ masih ada ruang untuk melakukan sejarah dengan bersama membentuk sebuah kerajaan yang stabil dan majoriti yang kukuh.
“Kunci memimpin pemulihan besar-besaran negara kini berada di genggaman DSAI dan 91 MP yang solid bersamanya.
“Para pembelot telah dikenali rakyat manakala mangsa-mangsa pembelot masih ada ruang untuk melakukan sejarah dengan bersama membentuk sebuah kerajaan yang stabil dan majoriti yang kukuh.
“Saya merayu rakan-rakan Ahli Parlimen rentas politik kepartian supaya kali ini marilah kita berganding bahu membina ketahanan negara di waktu krisis ini,” kata Mujahid.
Menurut Mujahid, UMNO sebagai mangsa sedar bahawa jika mereka terus bersama pembelot bahana ketulahan sumpah sheraton akan menghantui parti itu.
“Sebab itu kita dapati suara UMNO dah mula lantang mengkritik hubungan pelik antara mereka dan TSMY. Mereka sokong kerajaan PN tetapi enggan memetrai perjanjian.
“Pada awal langkah sheraton, niat mereka ialah mahukan parlimen dibubarkan awal untuk membuka jalan kepada PRU.
“Tetapi apabila opsyen itu tertutup mereka ambil sikap menyokong PN tetapi dalam keadaan penuh berhati-hati sambil bergelut memahami kesetiaan PAS dalam MN yang main kayu tiga dengan PN,” kata Mujahid.
Mujahid turut mendakwa langkah Anwar menggamit kesedaran dari kelompok yang menyokong pembelot dan mereka perlu keluar dari sumpahan Sheraton bagi menstabilkan keadaan dari ketidaktentuan yang berlaku.
Justeru katanya, UMNO perlu sedar bahawa demi survival politik, parti itu perlu bangkit dalam keadaan bermaruah dan tidak diperbudakkan oleh parti hingusan seperti Bersatu.
“Tapak UMNO masih kukuh, mereka ada masa untuk reboot dan kembali berpencak di medan demokrasi untuk membetuli keadaan.
“Tidak masuk akal untuk kekal disumpah ‘sial sheraton’ sedangkan DSAI berusaha keras membuangnya. Negara memerlukan MP-MP untuk membentuk satu majoriti yang lebih kukuh dan kerajaan yang stabil dengan sokongan rentas kepartian,” kata Mujahid.
3 ulasan:
Dia merindui hari hari sebagai Menteri. Umno telah kalah pada 2018 dan Mujahid kini terlupa kempen lawan BN / Umno ke masa itu? Biar Umno datang pada GE 15 jika majoriti rakyat terima.
mujahid ni ada hati dgn nurul izzah ... siap tulis surat cinta
Haramjadah melaon kekanda ni memang gila nak jadi menteri lg.Kekanda ni sebenar bawa sial dlm PH hg tumbang..Cakap ugama bertan2 tp sanggup berkomplot dgn penyamun2 demi kuasa..
Catat Ulasan