Rabu, 11 November 2020

JANGAN SALAHKAN NAJIB - LIHAT DIRI DULU

 



 JANGAN 

SALAHJKAN NAJIB

LIHAT DIRI DULU

Awaiting moderation

Haldeli commented on 

"JANGAN SILAP BACA"

1. Janganlah salahkan DS Najib yang berucap dalam Parlimen. Salahkan diri kita sendiri. 2. Kita sendiri sebagai rakyat salah. Kita yang lantik ahli politik dalam pilihanraya. Kalau mereka yang kita lantik orang yang jujur dan yang beriman bagi yang islam maka jujurlah kerajaan kita dilaksanakan. 



Sebaliknya kalau orang penipu, perompak, pembelot, tidk beriman maka kerajaan macam sekaranglah kita dapat. 3. Kita yang pilih mak terima sajalah. 4. Nak harapkan raja untuk membetulkan kerajaan nampaknya "jauh panggang dari api". Titah mereka tak diberi perhatian langsung oleh 0rang politik yang rakyat pilih.



 5. Dalam bidang agama islam perlembagaan negara merakamkan bahawa raja-raja tiap negerilah yang jadi penguasa / ketua tertingginya. Sehingga kini tak dengar apapun titah yang dikeluarkan bagi mengatasi tuduhan-tuduhan kafir dari ahli politik parti islam ke atas ahli politik islam yamg lain. 6. Agaknya raja-raja takut pada orang politik yang di dalam negeri mereka sendiri? 



7. Didoakan agar Allah memberi hidayah dan keberanian kepada raja-raja yang dalam pertabalan mereka bersumpah atas nama Allah akan melaksanakan peranan mereka masing-masing dengan penuh "lillahi ta'ala": kerana Allah Taala. 8. Semoga raja-raja pastikan hakim yang dilantik menjalankan tugas dengan amanah. Jangan biarkan hakim sewenangnya membenarkan telah yang sahih didapati bersalab atas belasan banyaknya kesalahan dijatuhkan hukuman tetapi dibenarkan bebas. 9.Kata ikut undang-undang. Bersalah dijatuhkan hukuman. Mengapa hukuman tidak dilaksanakan. Mengapa pula dibebaskan sementara tunggu keputusan mahkanah rayuan? 



10. Kalau boleh bebas sementara tunggu rayuan bererti mahkamah yang jatuh hukuman iktiraf / akui bahawa pesalah yang dijatuhkan hukuman belum muktamad bersalah. Jika begitu mahhkamah sepatutnya sambung lagi perbicaran sehingga keputusan muktamad diperolehi dan hukuman muktamad pula dijatuhkan iaitu samada bersalah atau tidak. Andai bersalah maka jatuhkan hukuman bersalah dan laksanskan. Sebaliknya jika tidak bersalah istiharkan tidak bersalah. 



11. Jadi pesalah jalan hukuman penjara dan atau denda wang dengan serta merta. 12. Kalau pesalah tak puas hati maka biarlah pesalah buat rayuan lagi (tetapi pesalah berada dalam penjara dan atau telah bayar denda). 13. Harap raja-raja dapat mempastikan perlaksanaab undang daoat dijalankan dengab betul.Maka tidak boleh lagi kata bahawa hukuman hanya untuk rakyat miskin saja


3 ulasan:

cikminah berkata...

Nak buat macam mana, dah kita rakyat sendiri kata, takda pilihan - Semua orang politik sama. Semua kejar duit, kuasa dan kedudukan. Jadi kita takda pilihan, terimalah apa yang ada. Bak kata pepatah, takda rotan, akar pun berguna juga. Pencuri-pencurilah, janji dia tabur duit!

Raja Kumbang berkata...

PKR marah Maria Chin pulak dah sebab keluar dari Parlimen semasa Najib berucap. #PKRsayangnajib

Tanpa Nama berkata...

Tidak aku dan 19 peratus yang tidak mengundi mahu dipersalahkan...jangan tangkap pakaliaw! Contoh cukup jelas, Pekan tetap menang kerusi Pekan walau kera-jaan pimpinan dia jatuh tersungkur...itu menggambarkan sistem yang tidak boleh digunapakai dimana pemilih atau pengundi tidak berfikiran denga jelas bergantung kepada bukti bukti seluruh dunia apa yang telah disonglapkan oleh Pekan.

Sistem perundangan dimana sudah jatuh hukum bersalah tapi masih bebas...sepatut nya disumbat dahulu bab merayu dibuat didalam hukuman berjalan. Satu lagi hukuman dikenakan serentak...dimana hukuman secara total lebih 70 tahun tapi di serentak kan hanya menjadi 12...keadilan yang dilaungkan mat songel perlu di landasan yang tepat...tapi sedangkan mat songel sendiri mendapat keadilan terpilih, kat mana peluang rakyat mendapat keadilan dan peluang yang sama rata?

Tidak ada pemegang kuasa yang bersifat adil melainkan contoh para sahabat nabi Muhammad s.a.w. yang tetap takut dipersoalkan menggunakan lilin hanya diwaktu dia berurusan kerajaan tapi dimati kan cahaya dari lilin itu apabila dia perlu berbicara dengan anak nya sendiri.

Part sampah menaik kan allowance dan gaji di persetujui pembahas parliament negeri sedang rakyat dan negeri masih berantakan. Mendapat ratusan juta dari Tun M exco mendapat habuan kereta berjenama semua...kegilaan demokrasi apakah nih?