ADA TIGA
PEKARA PENTING
LAGI TEPAT
DALAM TULISAN INI
AMIN
PKR gagasan besar
sebenar, boleh bergerak
sendiri
MUKTAHIR ini satu persepsi baru iaitu “The Grand Coalition” atau gabungan antara parti secara total sedang dimainkan oleh pemain-pemain politik daripada Perikatan Nasional mahupun dalam kalangan Pakatan Harapan.
Apa yang pasti ialah persepsi ini tidak dimainkan dalam kalangan ahli politik PKR.
Ulasan saya lebih tertumpu kepada cadangan “Grand Coalition” antara parti pembangkang yang pada mulanya dilontarkan oleh Parti Warisan Sabah dan disambut oleh individu yang tidak berparti iaitu Dr Mahathir Mohamad.
Hari ini tanggal 17 Disember, kenyataan bersama pemimpin Amanah dan DAP tanpa pemimpin PKR secara tersirat cuba menyambut lontaran persepsi “Grand Coalition” oleh Ketua Parti yang telah tewas dalam PRN Sabah.
Mereka ini semua seperti tidak keruan melihat kerangka yang lebih besar yang telah dibawa oleh Anwar Ibrahim dan PKR itu sendiri.
Segelintir pihak cuba 1) menunding jari kepada Anwar atas kegagalan pembangkang menolak Belanjawan 2021 baru-baru ini.
Pihak-pihak ini sebenarnya cuba mencari alasan untuk “menghalalkan” percintaan mereka bersama pasangan yang terlanjut usia yang telah terbukti gagal dalam memimpin keluarga dan berlaku curang sehingga runtuhnya sebuah keluarga yang direstui oleh rakyat pada pilihan raya umum yang lalu.
Hari ini mereka masih bermain cinta dan sudah mula memberi reaksi yang lebih terbuka dengan niat 2 cuba menyingkirkan Anwar dan PKR sebagai ahli keluarga yang telah bersama lebih 20 tahun.
Pendapat saya, ini satu tindakan untuk menekan Anwar dan PKR untuk bersama dengan seorang yang telah mengkhianati keluarga sendiri.
PKR satu-satunya parti berbilang kaum yang membawa aspirasi setiap kaum di Malaysia tanpa sedikit pun menidakkan hak kaum lain yang telah terjamin dalam Perlembagaan Persekutuan.
PKR telah membuktikan representasi mereka di Dewan Rakyat adalah sebuah parti yang diterima secara menyuluruh oleh setiap kaum di Malaysia.
Tiada parti politik di Malaysia yang dapat menyatukan pelbagai kaum dalam sesebuah parti dan mempunyai bilangan Ahli Parlimen yang ramai di Dewan Rakyat melainkan PKR.
PKR juga satu-satunya parti yang mempunyai 222 buah organisasi cabang yang lengkap di setiap 222 kawasan parlimen dan ahli yang lebih daripada 1 juta orang.
Jangan kamu bongkak dan sombong untuk 3 menekan Anwar dan parti keramat PKR ini.
PKR adalah “The Real Grand Coalition” yang telah dibuktikan berjaya diterima setiap lapisan masyarakat.
Parti yang membela setiap hak kaum yang ada di bumi Malaysia tanpa menidakkan hak kaum lain dan hak keistimewaan bumiputera yang termaktub dalam perlembagaan persekutuan.
Belum pernah dan tidak akan ada parti politik selain PKR yang berjaya membawa aspirasi setiap rakyat Malaysia.
Parti-parti lain perlu sedar, PKR bukan parti setahun jagung yang perlu mengharapkan ehsan individu yang tidak berparti dan mengaharapkan pemimpin parti yang telah tewas dalam pilihan raya negeri Sabah baru-baru ini.
Dengan segala kekuatan yang telah ada dan pengalaman yang penuh onak duri, saya yakin dan percaya PKR yang dipimpin oleh Anwar boleh bergerak sendiri sebagai satu “The Grand Coalition” yang sebenar.
Menggarapkan segala kekuatan di peringkat akar umbi dan pemimpin parti yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan kaum, sudah pasti tiada tempat untuk rakan-rakan sendiri menikam sekali lagi.
PKR parti masa depan rakyat Malaysia. – 17 Disember, 2020.
* Danish Hairudin ialah aktivis politik di Selangor
2 ulasan:
TT, mamat ni menghidu dengan mata, melihat dengan telinga dan mendengar dengan mata ke? Mamat ni tak tahu apa yang terjadi sejak 20 tahun dulu, jika betul Anwar orang yang terbaik dah lama dia jadi PM jika dia pemimpin yang terbaik tak kan semua orang orang lama PKR meninggalkan PKR.....sedarlah mamat oiiiii
Janji islam sentiasa akan lulus
Catat Ulasan